Friday, May 30, 2025

Filem Balas Balik (2025) — Kisah Dendam dan Rahsia Korporat yang Menggetarkan

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Baru-bari ini, Faries telah hadir ke preview filem Balas Balik yang merupakan satu naskhah yang menarik perhatian pembaca sejak baris awal lagi. Filem ini telah di pancarkan di pawagam bermula 29 Mei 2025. Cerita ini, mengangkat tema dendam, keadilan, dan pengampunan, cerita ini membawa pembaca menyusuri perjalanan emosi yang penuh konflik dan persoalan nilai kemanusiaan.

Filem ini menampilkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Shukri Yahaya yang memegang watak utama sebagai Detektif Zul, bersama Tony Eusoff sebagai Roslan dan Marisa Yasmin sebagai Angel. Turut membintangi ialah Isyariana sebagai Nadia, Adam Lee sebagai Adam, dan Zarul Husin (Zarul Umbrella) sebagai Kamal. Selain itu, filem ini turut dimeriahkan dengan lakonan Meor Mohd sebagai Jauhari, Razman Mahyuddin sebagai Ikhwan, Josiah Limsebagai Danial, serta Maisara Sufia sebagai Mimi. Kesemua pelakon ini berjaya menghidupkan watak masing-masing dengan penuh berkesan dalam sebuah filem yang sarat dengan aksi, emosi, dan konflik yang mencengkam.

Saturday, March 15, 2025

Geo Resort and Hotel Menawarkan Pakej Iftar Kayangan Ramadan 2025

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Baru-baru ini Faries dan kawan-kawan  pergi staycation pada bulan Ramadan di Geo Resort & Hotel Genting Highlands. Kenapa pada bulan ramadan kan? Sebab mereka ada promo khas untuk penginapan sepanjang bulan ramadan. Untuk korang yang tercari-cari nak pergi short staycation, korang boleh ke Geo Resort and Hotel. Sangat menarik!

Monday, March 10, 2025

Buffet Ramadan Review 2025: Palm Garden Hotel Putrajaya

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Pada Ramadan kali ini, Palm Garden Hotel, Putrajaya, sebuah Tribute Portfolio Hotel, menjemput anda untuk merasai Bazar Citarasa Kita, bufet iftar yang besar yang diadakan di Ballroom hotel ini dari 2 hingga 30 Mac 2025.



Masuki suasana bazar yang meriah, lengkap dengan khemah elegan yang dihiasi lampu peri yang berkelip, pelbagai gerai masakan langsung, dan barisan bufet yang menghidangkan pelbagai rasa asli kampung untuk menjadikan buka puasa anda benar-benar tidak terlupakan. Nikmati hidangan di *Bazar Citarasa Kita* bersama keluarga, rakan-rakan, kakitangan, dan rakan perniagaan anda. Bufet yang menakjubkan ini terletak di antara dewan utama, Rafflesia Ballroom serta Adenium dan Begonia.