Sunday, April 15, 2018

Gaya Koleksi Raya 2018 Bersama TRACYNC Scarves

Asalamualaikum dan Hello Semua

Baru-baru ini aku dijemput menghadiri runway show  bersempena dengan Gaya Koleksi Raya 2018 di The Red Zone di Publika Solaris Dutamas. Memandangkan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba, inilah kesempatan pereka fesyen memperkenalkan koleksi masing-masing. Kali ini, aku dijemput untuk melihat koleksi- koleksi daripada  jenama TRACYNC Scarves.



TRACYNC adalah satu jenama Hijab yang diperkenalkan pada tahun 2014 oleh pereka tempatan yang berasal dari Kuching, Sarawak iaitu Tracy Yong. Keunikan yang ada pada TRACYNC adalah hijab yang dihasilkan adalah 100% buatan tangan dan memiliki elemen - elemen mewah seperti  kristal SWAROVSKI . Menurut pengasan TRACYNC, Tracy Yong, beliau membina jenama hijabnya dengan cara menerapkan imej kehidupan wanita muslim moden .



Dengan bertemakan 'Kisah Musim Bunga', TRACYNC memperkenalkan 24 jenis  hijab yang mempunyai pelbagai warna dan bentuk. Sejujurnya, merelip-relip mata abam tengok hijab yang digayakan  oleh model-model sebab adanya sentuhan kristal Swarovski. Untuk koleksi raya kali ini, TRACYNC telah mengadaptasikan elemen daripada saree dari negara India, bunga Agapantus dan unsur- unsur daripada rekaan bangunan di negara timur tengah. Tujuan utamanya bukanlah semata-mata untuk menekankan pada konsep musim bunga tetapi adalah untuk menunjukkan bahawa Hijab adalah salah satu kecantikan yang ada di dunia. Ewahh =P  Menarik bukan? 





Pengasas TRACYNC , Tracy Yong


Antara Koleksi-Koleksi TRACYNC






TRACYNC boleh didapati di butik mereka yang terletak di THE TWIQ LABEL BOUTIQUE di Bangi Sentral atau untuk pembelian online sila klik link dibawah :




WAZE: THE TWIQ LABEL


Untuk sesiapa yang nak kelihatan kebabom boleh lah dapatkan hijab dari TRACYNC. Kompem merelip - relip dipagi raya uolss =D


3 comments:

Zharif Azis said...

sangat enjoy the show. All the models look beautiful with the scarfs and love all the swarovski details at the scarf

Faries said...

@ZharifAzis Berkelip- kelip tgok kristal swarovski kan =)

dboystudio said...

model-model meletup semua cantik belaka.