Asalamualaikum dan Salam Semua
Kepada sesiapa yang merindui suasana kampung dan masakan kampung boleh lah mai ke Ancasa Residences ini untuk memenuhi selera anda. Dijamin pasti berbaloi =)
Bulan puasa akan membuka tirainya tidak lama lagi, jadi di kesempatan ini Hotel Ancasa Residences, Port Dickson telah mengambil kesempatan untuk menyediakan pakej berbuka puasa di Hotel mereka pada bulan ramadhan nanti . Boleh bayangkan tak berbuka puasa berdekatan pantai dengan nikmat angin sepoi-sepoi bahasa. Ewah ! Dengan tema ala 'KAMPUNG BOY' pastinya menu ala- ala Negeri Sembilan la uolss.
Kelainan yang dibawakan kali ini oleh Hotel Ancasa ialah makanan yang dihidangkan mengikut selera Negeri Sembilan taw. Setiap booth makanan diletakkan dengan nama setiap daerah dan tempat yang ada di Negeri Sembilan ini. Menariknya! Memandangkan aku asal dari Jempol, aku nk pilih menu apa yang ada di Warong Jempol. HAHAHA
Warong Jempol air je? sabar yola tpi banyak juga pilihan air taw |
Menurut salah satu chef di Hotel Ancasa ini, makanan tradisional Melayu diutamakan terutamanya masakan ala Negeri Sembilan iaitu Masak Lomak Cili Api. Apa yang istimewanya ialah pilihan makanan laut dimasak dengan masak lomak cili api secara fresh. Sedapnya !Menu lain juga turut disediakan seperti Rendang ayam, Kambing Golek , Kuew Teow Goreng , Bubur , dan bermacam- macam lagi.
Antara Seafood pilihan untuk dimasak dengan selera masak lomak cili api !!
Makanan yang dihidangkan sangat menyelerakan dan kepada sesiapa yang suka masak lemak cili api sangat recomended datang kesini. Masak lemak die perghhhhh sedap sangat ! Makanan lain juga tidak kurang juga sedapnya. Selain itu, para tetamu juga akan dihiburkan dengan muzik tradisional Cak Lempong. Untuk pengetahuan semua, para pelayan juga memakai pakaian bertemakan ala-ala kampung gituw berkain batik taw.
Berapa pula harganya?
Dewasa : RM 48
Kanak-kanak (4 - 12 tahun): RM 30
Dan sekiranya pelanggan membeli baucer sebelum 12 Mei 2018,
harga untuk dewasa ialah RM 40.
ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON
Batu 8 1/2 Jalan Pantai Teluk Kemang,
71050 Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 03-2026 6060
Website : www.ancasahotels.com
Untuk menginap di Hotel Ancasa Residences ini pon digalakkan kerana Hotel ini menyediakan kemudahan apartment dan sangat sesuai untuk seisi keluarga taw. Terdapat 3 bilik, ruang tamu, dapur dan 2 bilik air. Balconi turut tersedia dan kalau dapat view menghadap laut lagi cantik !Selesa dengan kemudahan yang ada di dalam apartment serta kemudahan lain seperti kolam renang, gym dan juga SPA urutan.
Harga untuk bilik pula?
1 unit apartment (3 bedrooms) per night with breakfast
Weekdays : RM 488
Weekends : RM 668
Masyaallah .HAHAHA |
Kepada sesiapa yang merindui suasana kampung dan masakan kampung boleh lah mai ke Ancasa Residences ini untuk memenuhi selera anda. Dijamin pasti berbaloi =)
Selamat Beriftar semua di Ancasa Residences !
3 comments:
suka makanan negeri sembilan! tapi tak pernah habis explore hahaah. btw first time masuk sini. kah!
@khaiArtzfar kene rasa makanan negeri sembilan kt ancasa residences. Mmg terbaik =P Jemput singah.haha
Bestnya berbuka kat Negeri Sembilan ni ya. Pastu tido hotel plak, tepi pantai pulak... alangkah bahagianya hidup ini ..hehehe
Post a Comment