Sunday, April 15, 2018

Ramadhan Buffet 2018 : Iftar ala ' Kampong Boy ' Di Ancasa Residences Port Dickson

Asalamualaikum dan Salam Semua

Bulan puasa akan membuka tirainya tidak lama lagi, jadi di kesempatan ini Hotel Ancasa Residences, Port Dickson telah mengambil kesempatan untuk menyediakan pakej berbuka puasa di Hotel mereka pada bulan ramadhan nanti . Boleh bayangkan tak berbuka puasa berdekatan pantai dengan nikmat angin sepoi-sepoi bahasa. Ewah ! Dengan tema ala  'KAMPUNG BOY' pastinya menu ala- ala Negeri Sembilan la uolss.



Kelainan yang dibawakan kali ini oleh Hotel Ancasa ialah makanan yang dihidangkan mengikut selera Negeri Sembilan taw. Setiap booth makanan diletakkan dengan nama setiap daerah dan tempat yang ada di Negeri Sembilan ini. Menariknya! Memandangkan aku asal dari Jempol, aku nk pilih menu apa yang ada di Warong Jempol. HAHAHA

Warong Jempol air je? sabar yola tpi  banyak juga pilihan air taw 







Menurut salah satu chef di Hotel Ancasa ini, makanan tradisional Melayu diutamakan terutamanya masakan ala Negeri Sembilan iaitu Masak Lomak Cili Api. Apa yang istimewanya ialah pilihan makanan laut dimasak dengan masak lomak cili api secara fresh. Sedapnya !Menu lain juga turut disediakan seperti Rendang ayam, Kambing Golek , Kuew Teow Goreng , Bubur , dan bermacam- macam lagi.




Antara Seafood pilihan untuk dimasak dengan selera masak lomak cili api !!







Makanan yang dihidangkan sangat menyelerakan dan kepada sesiapa yang suka masak lemak  cili api sangat recomended datang kesini. Masak lemak die perghhhhh sedap sangat ! Makanan lain juga tidak kurang juga sedapnya. Selain itu, para tetamu juga akan dihiburkan dengan muzik tradisional Cak Lempong. Untuk pengetahuan semua, para pelayan juga memakai pakaian bertemakan ala-ala kampung gituw berkain batik taw.

Berapa pula harganya?


Dewasa : RM 48
Kanak-kanak (4 - 12 tahun): RM 30

Dan sekiranya pelanggan membeli baucer sebelum 12 Mei 2018, 
harga untuk dewasa ialah RM 40. 

ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON

Batu 8 1/2 Jalan Pantai Teluk Kemang,
71050 Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tel : 03-2026 6060 


Untuk menginap di Hotel Ancasa Residences ini pon digalakkan kerana Hotel ini menyediakan kemudahan apartment dan sangat sesuai untuk seisi keluarga taw. Terdapat 3 bilik, ruang tamu, dapur dan 2 bilik air. Balconi turut tersedia dan kalau dapat view menghadap laut lagi cantik !Selesa dengan kemudahan yang ada di dalam apartment serta kemudahan lain seperti kolam renang, gym dan juga SPA urutan.


Harga untuk bilik pula?

1 unit apartment (3 bedrooms) per night with breakfast
Weekdays : RM 488
Weekends : RM 668

Masyaallah .HAHAHA

Kepada sesiapa yang merindui suasana kampung dan masakan kampung boleh lah mai ke Ancasa Residences ini untuk memenuhi selera anda. Dijamin pasti berbaloi =)



Selamat Beriftar semua di Ancasa Residences !

3 comments:

khai artzfar said...

suka makanan negeri sembilan! tapi tak pernah habis explore hahaah. btw first time masuk sini. kah!

Faries said...

@khaiArtzfar kene rasa makanan negeri sembilan kt ancasa residences. Mmg terbaik =P Jemput singah.haha

Asyraf Asri said...

Bestnya berbuka kat Negeri Sembilan ni ya. Pastu tido hotel plak, tepi pantai pulak... alangkah bahagianya hidup ini ..hehehe