Sunday, April 8, 2018

Ramadhan Buffet 2018 : Iftar Ramadhan di Hotel Hilton, Petaling Jaya

Asalamualaikum dan Salam Semua 

Memandangkan bulan Ramadhan semakin menghampiri, Hotel Hilton telah mengambil kesempatan untuk menyediakan pelbagai menu dan hidangan untuk pakej berbuka puasa yang akan tiba tidak lama lagi. Aku dijemput untuk menghadiri review ramadhan di Hotel Hilton beberapa minggu lepas. 




Bertemakan ' Jom Makan ' pada tahun ini Hotel Hilton menyediakan lebih daripada 150 jenis hidangan dan masakan untuk pengunjung yang hadir. Antaranya ialah, masakan melayu, masakan cina , masakan india, masakan jawa , masakan barat dan berbagai-bagai lagi.













Kambing menu wajib 


Kelainan yang cuba dibawakan Hotel Hilton pada kali ini ialah menyediakan Food Truck diluar kawasan hotel untuk mempelbagaikan lagi menu-menu yang dihidangkan. Menurut salah satu chef , kali ini Hotel Hilton bekerjasama dengan vendor-vendor food truck dan hanya membawakan vendor  food truck yang  terbaik ke dalam kolabrasi kali ini.



Durian uolsss
Based on pengalaman aku, asam pedas yang disediakan sangatlah menjilat jari dan sangat segar dimana kite boleh pilih jenis ikan dan chef akan masak on the spot. Selain itu, durian juga disediakan di foodtruck walaupon aku tak makan durian tapi aku tahu orang Malaysia sangat cintakan durian. 


Inilah asam pedas yang abam cerite tu. Sedapnya




Pengunjung juga akan dihiburkan dengan muzik angklung mendendangkan muzik bertemakan hari raya taw. Kelazz kan =P


Tiba masanya untuk bagitahu pula harganya . Lihat bawah :


Untuk 3 hari pertama Ramadhan (15 May - 17 May 2018)
RM 169 (Dewasa) dan RM 89 (Kanak-kanak)

Untuk hari berikutnya (18 May - 10 June 2018)
RM 189 (Dewasa) dan RM 99 (Kanak-kanak)

Untuk 3 hari terakhir Ramadhan (11 June - 14 June 2018)
RM 169 (Dewasa) dan RM 89 (Kanak-kanak)

Cepat tempah sekarang, sebabnya kalau korang tempah awal boleh dapatkan voucher buffet Ramadhan dengan harga RM 149 (Dewasa) dan RM 79 (Kanak-kanak). Macam mana nak tempah ?

Hubungi talian berikut : 03-7955 9122 atau layari www.zestPJ.com


Jom ramai-ramai serbu Hotel Hilton, Petaling Jaya bulan ramadhan ini. Insyaallah pasti berbaloi dan berpuas hati dengan menu yang disediakan. Pasal surau jangan risau ye, surau sangat besar dan selesa. Selamat beriftar di Hotel Hilton ya =D



No comments: