Friday, April 6, 2018

Road to Agro Tourism Edisi Khas Bagan Datuk - Keunikkan Industri Berasaskan Kelapa

Assalamualaikum and Hello Semua!

Baru-baru ni aku berpeluang menyertai trip 'Road To Agro' yang di anjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) . Untuk pengetahuan semua, ini adalah trip pertama yang aku pergi sebagai blogger=D. Perasaan teruja tu amatlah sgt ye .HAHAHA . Program ini telah masuk edisi 5 dan kali ini pihak MTC memilih Bagan Datuk sebagai destinasi pilihan untuk dijelajahi. Trip ini hanya untuk 2 hari 1 malam sahaja dan alhamdulillah aku dapat melawat beberapa tempat menarik di sekitar Bagan Datuk.





Bile ckp pasal Bagan Datuk mesti korang rasa macam "Euwww" tempat apa tu? HAHAHA. Masa mula pun aku rasa benda yang sama sebab memang tak tahu apa yang ada dekat sana. Tapi lepas dah jelajah kesana. Baru rasa teruja dengan keindahan dan kayanya Bagan Datuk dengan 'Kelapa'. Jom ikuti kemana tempat yang aku lawati semasa disini .

1- Homestay Pak Ngah

Inilah tempat penginapan aku semasa di Bagan Datuk. Homestay Pak Ngah tersangatlah selesa , luas dan sesuai untuk seisi keluarga. Terdapat 4 buah rumah homestay dan sangat berdekatan dengan kawasan sekitar.Mempunyai 3 bilik serta ruang tamu yang agak luar serta dapur. Harga yang ditawarkan hanya RM 200 semalam. Sangat murah dan pastinya berbaloi. So sapa yang datang ke Bagan Datuk bolehlah mai ke Homestay Pak Ngah



Tu dah siap no contact. Pape boleh contact no diatas yer =P


Cantiknya. Pink Pink gitewww








Ruangan Dapur

2- Sentosa Fibre Sdn.Bhd

Selepas makan, aku terus bertolak ke kilang sabut kelapa yang tidak jauh dari Homestay Pak Ngah. Kilang ini memproses sabut kelapa dan akan melalui beberapa proses sebelum ditukarkan menjadi Fibre. Sebenarnya banyak sangat kegunaan sabut kelapa ini contahnya boleh digunakan untuk menghasilkan tilam, tali, baja dan banyak lagi. Untuk pengetahuan semua, disini hanya melakukan proses menukarkan sabut kelapa kepada fibre dan seteruskan akan dihantar kepada kilang-kilang di Kuala Lumpur untuk diproses menjadi barangan berharga. Tak sangka rasanya banyak kegunaan kelapa ini kan. Tempat ini bukan untuk dilawati taw. Tujuan kami kesini hanya untuk mengetahui kegiatan industri yang dilakukan di Bagan Datuk.




Aku tak beberapa ingat prosesnya tapi boleh tengok gambar diatas dan dibawah . Sabut kelapa yang kasar tu pon leh jadi halus taw. Menakjubkan . Banyak manfaat kelapa ini sesungguhnya. So lepasni simpan ye sabut ke, tempurung ke mana taw leh guna untuk menghasilkan barangan inovasi . HUHUHU




Sabut kelapa yang telah diproses. 


Proses akhir sebelum dihantar ke kilang
3- Rumah Warisan Bagan Datuk

Tempat seterusnya ialah rumah warisan tradisional yang terdapat di Bagan Datuk. Untuk maklumat semua, rumah warisan ini sudah berusia lebih 100 tahun. Masih tersergam indah dan juga kukuh. Rumah ini dimiliki oleh pasangan Daim Mohammad, 87, dan isterinya Jamilah Syafie', 72. Ia telah dibina oleh Allahyarham Mat Ali Kulop Rabu, datuk kepada En. Daim. Rumah mereka sering dikunjung oleh pelancong-pelancong yang bertandang ke Bagan Datuk. Memang cantik dan unik sungguh senireka rumah lama ini




Cantik Bukan ?




Pakcik Daim dan Pasangan
Majlis daerah Bagan Datuk juga telah mengambil beberapa langkah untuk memelihara rumah warisan tradisional ini dengan memberikan peruntukan mengecat rumah dan membaiki kerosakan-kerosakan kecil. Langkah yang diambil boleh dipuji kerana masih prihatin untuk memelihara keindahan warisan silam.

4- S&P Santan


Pasti nama S&P ini sangat dekat dengan pembaca-pembaca semuakan . Maklumlah Syarikat Santan S&P ini antara pengeluar santan segera terbesar di Malaysia. Syarikat ini telah beroperasi sekitar tahun 1983 dan kini telah mengeksport kepada lebih 30 buah negara.Tambahan pula, santan serbuk lebih baik dari segi ketahan berbanding santan cair.





Syarikat ini mengunakan teknologi terbaik dan moden untuk memproses kelapa kepada santan cair dan akan melalui beberapa proses lagi sebelum ditukarkan kepada santan serbuk. Terdapat beberapa perasa untuk santan serbuk antaranya ialah  original ,pandan dan omega 3. Syarikat ini juga mengeluarkan kerisik kelapa taw =)

5-Mardi Bagan Datuk

Tempat seterusnya yang aku rasa agak best sebab dapat naik lori beramai-ramai. Mardi Bagan Datuk memfokuskan penanaman Pokok Kelapa memandangkan Bagan Datuk sendiri sangat terkenal dengan kelapanya. Mardi mengambil inisiatif untuk melakukan beberapa kajian terhadap kelapa dan menghasilkan beberapa produk berasaskan kelapa disini.






Langkah menjaga pertumbuhan pokok kelapa








Proses penghasilan Minyak Kelapa Dara

Aku dibawa melawat kawasan penanaman kelapa menaiki lori. Kawasan penanaman agak besar dan dipenuhi dengan pokok kelapa. Proses menjaga kelapa supaya tumbuh dengan baik , cara mengopek kelapa dan proses menjadikan minyak kelapa dara juga ditunjukkan disini. Yang paling best dapat merasa nikmat air kelapa itu sendiri.

6-Beting Beras Basah

Tempat seterusnya ialah sebuah tempat bersejarah. Iaitu jeti Beting Beras Basah. Beting nie merupakan tempat sultan Perak telah mencampakkan mahkota beliau kedalam laut setelah perahu kecil beliau tersangkut. Korang boleh google kisah ini. Sangat menarik. Bertapa berdaulat negeri Perak dengan pemerintahan diraja. Beting beras basah ini akan menjadi tempat penting bagi melengkapakan pertabalan sultan Perak yang baru ditabalkan dan untuk diiktiraf sebagai Sultan. Panjang sangat nk cerita dekat sini.




Tempat istirehat Sultan Perak




Nampak tak beting ?


7- Bagan Datuk WaterFront

Tarikan terbaru untuk warga Bagan Datuk bersama-sama seisi family. Terdapat banyak gerai makan yang menarik dan kemudahan-kemudahan yang lain. Yang pasti tempat menarik untuk ambil gambar sbb banyak signage Bagan Datuk =P




8- Restoran Tok Moh Tom Yam

Kalau dtg Bagan Datuk mesti kene singgah restoran Tok Moh ni. Makanan pelbagai ditawarkan dengan rasa yang sangat memenuhi tekak (Sedap) dan yang pasti sangat murah. Restoran ni masih baru dan terletak di sekitar Bagan Datuk . Recommended!




Erm Dapnya ..
Akhir sekali, Bagan Datuk juga ada tarikan terbaru untuk pengunjung iaitu Sky Mirror and Blue Tears. Since aku tak dapat explore kesana lagi so tak dapat nak bagi review tempat tu. Tapi yang pastinya sangat cantik. Dan korang boleh google untuk mendapatkan perkhidmatan untuk pergi ke dua-dua tempat ni. Pakcik Google kan adooo =P

So dah smpai garisan penamat untuk entri Bagan Datuk ini. Aku nk ucap terima kasih terutama kepada pihak MTC bersempena trip Road To Agro Tourism kelolaan Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), siri ke-5 edisi khas Bagan Datuk dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk kerana sudi menjemput untuk menyertai sesi jelajah kali ini.Terima kasih untuk pengalaman yang sangat berharga ini=) 

4 comments:

Illya LeYa said...

Kannn... Rupanya tempat yang kita tak sangka menarik tuh ada daya tarikannya tersendiri.. Memang sangat menarik juga untuk dikunjungi.

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

saya...kaki travel khairuddin.

Faries said...

@lllyaLeya betul2. Next time jom kite repeat ke sini. Pergi Sky mirror plak.huhu

Faries said...

@MuhammadKhairuddinLim saya dh follow sir =D