Wednesday, May 30, 2018

Mandian Dashing 2 Dalam 1 Untuk Kegunaan Muka Dan Juga Badan Menjadi Pelengkap Mandian Lelaki Masa Kini

Asalamualaikum dan Salam Semua


Dashing telah mengeluarkan produk baru iaitu Buih Mandian 2 Dalam 1 dimana ianya boleh digunakan di muka dan seluruh badan khas untuk para lelaki. Produk yang sangat menarik kerana aku percaya ramai lagi lelaki di luar sana tidak mempunyai pencuci muka khas dan kadang-kadang tidak mencuci muka langsung atau menggunakan mandian untuk mencuci muka mereka. Dengan adanya Mandian Dashing 2 dalam 1 ini sudah pasti akan memudahkan para lelaki diluar sana kerana dapat membersih muka dan badan sekali gus!



DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki. Sebab tu pakai sabun mandian ini korang rasa macam pakai purfume taw. Bau purfume EDT melekat dan jangan risau pasti bau badan korang kekal wangi sepanjang hari.




COOL 
Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.


ACTIVE
Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif.
Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.

ULTIMATE KICK
Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

HATTRICK
Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan  haruman Amber. 



Dari segi harga pula buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan

RM 17.90
700 ml

KEBAIKAN!

Variasi Cool dand Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan  mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.

Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi  sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.

2 comments:

Illya LeYa said...

Menarik!!!
LeYa ingin cuba pah dapatkannya untuk hadiahkan kepad si jejaka, suamiku.. Hehe... Thanks Fareez for the info

Faries said...

@IIIyaLeya kene dapatkan taw. Mandia baru keluaran dashing ni sangat sesuai untuk sang jejaka sebab boleh digunakan di muka dan badan sekaligus!