Asalamualaikum dan Salam Semua
Baru- baru ini, aku telah dijemput untuk mempromosikan Ramadhan Preview di BBQ Lamb KL Kemensah. Tempat ini pernah viral di facebook tahun lepas kalau tak silap disebabkan persekitaran hijau yang cantik dan santai serta konsep makan diatas air sungai yang mengalir. Persekitaran di kawasan ini sangat nyaman dan tenang dan amat sesuai bagi mereka yang ingin menikmati makanan sambil menghirup udara segar di kawasan Kemensah ini. Perasaan gembira teramat sangat bila dapat peluang ke sini dan apa yang diperkatakan tentang tempat ini adalah benar belaka! Ewah
Pengalaman makan di atas air. Pasti menyeronokkan |
Suasana Siang |
Suasana Malam |
Untuk pengetahuan semua, Restoran BBQ Lamb KL Kemensah telah beroperasi daripada tahun lepas lagi iaitu bermula pada 7 Julai 2017. Restoran ini dihasilkan dan idea daripada pasangan suami isteri iaitu Encik Zainuddin dan isterinya, Mie Mie. Restoran ini telah diambil alih daripada tuan tanah dan telah di ubahsuai menjadi tempat yang sangat unik dan santai oleh pasangan suami isteri ini. Konsep restoran ini ialah makan di atas air sambil merasai suasana kampung. Beralih pada konsep makanan yang di ketengahkan mestilah konsep barat iaitu Western. Daripada nama restoran kita dah boleh agak kan?Kemudahan tandas dan surau juga disediakan untuk para pengunjung dan menurut Encik Zainuddin, perancangan untuk menambah baik faciliti seperti menyediakan chalet masih didalam perancangan.
Untuk promosi Ramadhan pada tahun ini terdapat 3 set yang ditawarkan iaitu :
MEAT
RM 188
Set ini semestinya daging kambing yang diperap sempurna dengan perisa BBQ . Lembut dan sedap!
BIRD
RM 168
Set Bird ini terdapat daging itik, ayam dan juga burung
SEAFOOD
RM 188
Set yang paling menyelerakan sebab terdapat pelbagai seafood antaranya ialah Ikan Salmon yang diimport,Sotong, Ketam dan juga Udang Lobster! Recommended
Kesemua set yang ditawarkan adalah untuk 4 PAX makan!Bukan itu sahaja taw. Setiap set akan dilengkapi dengan :
- Nasi 4X ( Boleh Refill)
- Dessert 2 jenis 4X ( Bertukar-tukar )
- Kurma
- Sup
- Air 2 Jug mengikut pilihan pada menu
- Air Kosong 1 Jug
Menu air yang disediakan. Kopi Tok Abah terbaik! |
Kepada yang ingin menikmati makanan lain selain daripada set yang ditawarkan juga ada. Jangan risau kerana terdapat menu tanpa set juga ditawarkan. Tengok senarai menu dan harga dibawah:
Info tambahan, kesemua set Bird dan Meat akan disalai ( Smoke ) dahulu untuk beberapa jam sebelum sedia dihidang kepada pelanggan manakala untuk Seafood set menggunakan style reheat sahaja.Selain daripada itu, Restoran ini juga boleh memuatkan seramai 80 orang dalam satu masa.
Tempat menyalai daging dan burung |
Untuk maklumat lanjut sila lihat info dibawah:
Tempahan: Tempahan awal digalakkan dan boleh direct ke FB BBQ LAMB KEMENSAH
Kemudahan: Surau, Tandas , Kolam Renang .
Operasi: Selasa- Jumaat: 6pm-11pm
Sabtu dan Ahad : 12pm-4pm, 7pm-11pm
Lokasi: Waze “BBQ Kemensah”
Website: FB BBQ Lamb KL Kemensah
Secara keseluruhan pengalaman makan disini sangat memuaskan dari semua segi. Cubalah dan aku pasti menikmati hidangan di BBQ Lamb KL Kemensah ini pasti menjadi kenangan yang berharga buat korang.
2 comments:
sedapnya. kena repeat iftar ramadhan kat sini
@BudakBandungLaici kan memang best. Daging die fresh sangat dan well marinated dgn view yang sangat cantik
Post a Comment