Asalamualaikum dan Salam Ramadhan Mubarak
Baru-baru ini aku dijemput menghadiri review buffet ramadhan Kontiki Restaurant di The Federal Hotel Kuala Lumpur disamping meraikan anak-anak yatim dari Rumah Nur Kasih Bestari. Kontiki tu cuba korang teka apa dia? Meh la aku jawab .hahahah. Kontiki tu adalah patung2 kayu yang menjadi hiasan utaman di dalam restoran ini taw. Teruskan membaca untuk mengetahui keistimewaan yang ada di Kontiki ni taw.
suasana dalam restoran |
Inilah dia Kontiki |
Walaupun Kontiki restoran ini nampak mewah tapi hidangan tradisional yang ditawarkan hampir 100 jenis hidangan pasti membuatkan pelanggan tertarik untuk berkunjung kesini.Untuk pengetahuan semua, Kontiki juga menyediakan makanan kegemaran Perdana Menteri Pertama kesayangan kita semua iaitu Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj antaranya gado-gado, rojak buah, ikan masin, ulam-ulam kampung dan beberapa lagi jenis masakan kegemaran beliau .
MENU UTAMA
Part yang paling best ialah pemandangan berlatarkan KLCC dan juga kolam renang merancakkan lagi suasana iftar di Kontiki restoran ini.
JUADAH KAMPUNG MENU
DESSERT
MAKANAN LAIN
Oh ya lupa pula pada majlis ini juga Kontiki meraikan anak-anak dari rumah Nur Kasih Bestari Segambut dengan memberikan duit raya dan juga beberapa sumbangan.
Harga untuk buffet disini pula seperti dibawah :
Dewasa : RM 138
Kanak-kanak : RM 35
Warga Emas : RM 69
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Tel : 03-2148 9166
Email : fnb@federal.com.my
THE FEDERAL KUALA LUMPUR
35, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Terima Kasih Kontiki Restaurant <3
2 comments:
scroll sini tengah malam adeh tengok makanan sedap2. time macam ni buffet laku.. time untuk gathering ramai2..
psst !! kite follow sini =D
Juadah menyelerakan! Kita pun tumpang happy tengok anak2 tu happy.
Post a Comment