Monday, July 23, 2018

Kembali Lagi Ke BBQ LAMB KL Kemensah Edisi Makan di Dalam Sungai Bersama Artis Istimewa Aiman Tino

Asalamualaikum

Dalam blog post yang lepas, aku telah post berkenaan pengalaman keseluruhan makan di BBQ KL Lamb Kemensah berserta dengan menu dan untuk edisi kali ini posting akan lebih tertumpu kepada menceritakan sendiri pengalaman makan di dalam sungai dimana ianya adalah satu tarikan utama pengunjung kesini. Tapi kali ini ada sedikit kelainan kerana kita makan bersama artis taw. Siapa artis tersebut? Tak lain dan tak bukan iaitu Aiman Tino. Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali kedua aku bersemuka dengan Aiman Tino dan sejujurnya beliau adalah seorang yang mesra dan sangat menghormati orang lebih dewasa. Patutlah banyak wanita-wanita gila sangat dengan si Aiman ni =P

Berbalik kepada pengalaman makan di dalam sungai, memang sangat berbeza dan lebih seronok! Ini pengalaman pertama aku dan korang bayangkan makan didalam sungai yang mengalir. Fuhh best. Kaki rasa sejuk je. Sambil menikmati BBQ yang sangat enak sambil menikmati keindahan alam sekitar. Untuk pengetahuan semua, tempat makan di dalam sungai ini sangat terhad dan sekiranya korang ingin merasainya, sila pastikan menempah beberapa hari sebelum ya =)


 Untuk maklumat mengenai harga, menu dan lain-lain sila klik link di bawah:

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai BBQ KL Lamb Kemensah :


Operasi: Selasa- Jumaat: 6pm-11pm


Sabtu dan Ahad : 12pm-4pm, 7pm-11pm


Lokasi: Waze “BBQ Kemensah”


Website: FB BBQ Lamb KL Kemensah




Terima Kasih BBQ Lamb KL Kemensah dan Aiman Tino dan Family atas kesudian meluangkan masa bersama kami semua rakan bloggers
Secara keseluruhan review kali ini sangat memuaskan dan pengalaman makan di dalam sungai merupakan satu kelainan yang dibawakan oleh BBQ Lamb KL Kemensah ini dan pasti menjadi kenangan untuk aku dan semestinya pada masa akan datang aku akan kesini lagi.Insyaallah. Sesi beramah mesra bersama Aiman Tino juga berjalan dengan lancar taw! HAHAHA. Jadi korang tunggu apa lagi, kalau mempunyai kelapangan masa jom menikmati makanan disini dan lari sekejap dari kesibukkan bandar =)

1 comment:

Illya LeYa said...

Memang menarik dan tertarik serta tak jemu untuk menikmati hidangan makanan di BBQ Lamb KL Kemensah... Terbaeeeekkkkkk