Asalamualaikum
Dalam blog post yang lepas, aku telah post berkenaan pengalaman keseluruhan makan di BBQ KL Lamb Kemensah berserta dengan menu dan untuk edisi kali ini posting akan lebih tertumpu kepada menceritakan sendiri pengalaman makan di dalam sungai dimana ianya adalah satu tarikan utama pengunjung kesini. Tapi kali ini ada sedikit kelainan kerana kita makan bersama artis taw. Siapa artis tersebut? Tak lain dan tak bukan iaitu Aiman Tino. Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali kedua aku bersemuka dengan Aiman Tino dan sejujurnya beliau adalah seorang yang mesra dan sangat menghormati orang lebih dewasa. Patutlah banyak wanita-wanita gila sangat dengan si Aiman ni =P
Untuk maklumat mengenai harga, menu dan lain-lain sila klik link di bawah:
Operasi: Selasa- Jumaat: 6pm-11pm
Sabtu dan Ahad : 12pm-4pm, 7pm-11pm
Lokasi: Waze “BBQ Kemensah”
Website: FB BBQ Lamb KL Kemensah
Terima Kasih BBQ Lamb KL Kemensah dan Aiman Tino dan Family atas kesudian meluangkan masa bersama kami semua rakan bloggers |
Secara keseluruhan review kali ini sangat memuaskan dan pengalaman makan di dalam sungai merupakan satu kelainan yang dibawakan oleh BBQ Lamb KL Kemensah ini dan pasti menjadi kenangan untuk aku dan semestinya pada masa akan datang aku akan kesini lagi.Insyaallah. Sesi beramah mesra bersama Aiman Tino juga berjalan dengan lancar taw! HAHAHA. Jadi korang tunggu apa lagi, kalau mempunyai kelapangan masa jom menikmati makanan disini dan lari sekejap dari kesibukkan bandar =)
1 comment:
Memang menarik dan tertarik serta tak jemu untuk menikmati hidangan makanan di BBQ Lamb KL Kemensah... Terbaeeeekkkkkk
Post a Comment