Asalamualaikum Semua
Entri kali ini nampak menarik dan berlainan sedikit dimana ini adalah kali pertama aku akan menceritakan pengalaman menggunakan perkhidmatan berasaskan kecantikan. Gituww =P
Sepanjang 24 tahun hidup, ini adalah kali pertamanya aku mencuba rawatan facial untuk kulit wajah di Dr Medispa & Wellness yang terletak di Kajang, Selangor.Nak tahu kenapa aku pilih Dr Medispa & Wellness untuk aku manjakan kulit wajah yang keras ini dan jenis rawatan facial yang aku pilih? Teruskan membaca!
Sebagai seorang lelaki, penjagaan kulit wajah itu tidaklah sehebat seperti seorang wanita. Bagi aku cuci muka ketika mandi sudah memadai dan tidak perlu pakai apa-apa produk lain. Tapi sebenarnya kita perlu memakai produk lain selain daripada cuci muka kerana kulit wajah kita sering terdedah kepada sinaran UV dan kotoran-kotoran yang datangnya daripada persekitaran kita. Untuk pengetahuan semua lelaki juga terdedah kepada berlakunya beberapa masalah kulit wajah seperti pigmentasi, kulit kusam, pori-pori kasar dan banyak lagi!
Untuk makluman semua, kulit aku tidak mengalami masalah yang teruk cuma pori-pori besar yang terdapat di bahagian hidung dan beberapa parut jerawat menurut beautician disitu. Jadi, rawatan yang disyorkan dan sesuai untuk kulit wajah aku setelah mendapat khidmat nasihat daripada beauticians daripada Dr Medispa & Wellness adalah rawatan Hydradermabrasion atau penggilan lebih mudah ialah rawatan Hydrafacial. Aku akan terangkan proses rawatan ini seperti dibawah:
Rawatan Hydradermabrasion
Sedikit info berkaitan rawatan Hydrafacial ini adalah sejenis rawatan untuk membantu kulit wajah kekal tegang dan glowing serta menghapuskan bakteria-bakteria yang ada pada kulit wajah dengan menggunakan teknik memasukkan serum kedalam kulit wajah menggunakan mesin dan proses dan langkah lebih dalam akan diceritakan dibawah:
Proses 1: Proses Cleansing
Ini adalah proses pertama yang dilakukan terhadap kulit muka bagi menghilangkan kotoran-kotoran dan membersihkan muka secara menyeluruh dengan menggunakan berus khas.
Kulit muka akan disapukan dengan mask mengikut keadaan kulit dimana terdapat 2 jenis mask iaitu buble rose dan juga mask yang berwarna putih tak tahu apa nama.HAHAHA. Tapi kulit aku disapu menggunakan mask bewarna putih.
Proses 3 : Steaming
Proses ini adalah bertujuan untuk membuka liang-liang pori agar semua white head dan black head yang terdapat pada muka senang untuk disedut. Tak panas pon malah seronok sebab rasa wap-wap manja.Gituwww
Proses yang aku tunggu-tunggu dimana aku mempunyai banyak white dan black head dengan kata kasar ialah kelenjar minyak terutama dibahagian hidung. Beautician mengunakan jenis mesin yang bertindak seperti vaccum tapi memandangkan aku punya kelenjar minyak jenis yang degil, terpaksa menggunakan besi dan bagi aku lebih baik dan lebih bersih walaupun sedikit sakit. Jangan risau beautician akan buat perlahan-lahan.HEHEHE
Proses 5 : Hydra Proses
Inilah proses hydra dimana serum akan dimasukkan kedalam kulit menggunakan mesin dan serum yang digunakan berbeza-beza mengikut jenis atau keadaan kulit pelanggan.
Proses 6 : Ultrasonic
Setelah selesai proses hydra, alovera akan disapukan pada kulit wajah dan part ini paling seronok sebab rasa kulit sejuk je. Proses ultrasonic dijalankan pada keseluruhan kulit wajah diamana proses ini bertujuan untuk menutup liang-liang pori yang terbuka
Proses 7 : Led Mask
Ini adalah proses terakhir dimana muka akan dipakaikan dengan topeng LED selama 10 minit dan tujuannya adalah untuk mematikan segala bakteria pada kulit wajah serta memberikan glowing pada wajah taw. Proses last ini aku tidur sebab best sangat manjakan muka.HAHAHA
Untuk menonton video pendek proses Hydra Facial ini, sila klik link dibawah:
Signature Treatments
-Dermapen (Micropen) : RM 280
-Luxurious 75 Pregnancy Massage :RM 150
Other Treatments List
-Hydradermabrasion Facial : RM 180
-Premium Gold Facial : RM 250
-White As Snow Facial : RM180
-Jerawat Go-Away Facial : RM 200
-Jeragat Go-Away Facial : RM 180
-Anti-Ageing Facial : RM 150
-Vampire Facial : RM 490
-Fresh Facial : RM80
-Galvanic Facial : RM 90
-Vitamin C Facial : RM 150
Rawatan terbaru untuk mengecilkan pori muka juga ada iaitu rawatan Cinderella Peel yang berharga RM 160. Antara banyak-banyak rawatan yang disenaraikan, Dermapen adalah rawatan yang paling popular dikalangan pelanggan. Pelanggan juga digalakkan mengambil rawatan secara pakej dimana ianya lebih menguntungkan. Bagi pakej terkini yang ditawarkan boleh lawati sosial media DR Medispa & Wellness
Secara keseluruhan, aku amat berpuas hati dengan rawatan yang diberikan. Hingga ke hari ini kulit masih licin weyh =D Aku pasti akan kembali lagi untuk melakukan rawatan di sini. Korang semua jangan risau kerana di Dr Medispa ini, segala rawatan atas kelolaan penuh Dr Azirawaty Mohd Tadzri yang mempunyai Ijazah Master dalam bidang kedoktoran (Ultrasound&Breastscreening). Tempat rawatan pun sangat selesa dan cantik. Harga yang ditawarkan juga sangat mampu milik dan jangan risau pastinya berbaloi untuk kecantikan kulit anda.Ewah!
Mesin terbaru untuk rawatan Hydra Facial dan rawatan-rawatan lain |
DR MEDISPA & WELLNESS
No 6-1, Jalan Reko Sentral 6,
Reko Sentral, 43000 Kajang
Selangor
No H/P: 03-87339801
Whatsapp: 013-7706708
THANK YOU DR MEDISPA & WELLNESS
No H/P: 03-87339801
Whatsapp: 013-7706708
THANK YOU DR MEDISPA & WELLNESS
No comments:
Post a Comment