Asalamualaikum dan Salam Sejahtera
Larian IJM Land bagi tahun 2018 kembali lagi dengan lebih banyak penyertaan mencecah 9,000 peserta pada kali ini. Larian IJM Land ini diadakan di Dataran Centrio Seremban 2. Hari ini, aku dijemput untuk ke program larian ini sebagai media dan apa yang membuatkan aku rasa tertarik dengan larian IJM Land ini ialah kategori yang di buka sehingga ke golongan veteran dan sambutan sangat mengalakkan dan pihak IJM Land sendiri ada memberikan penghargaan kepada seorang pakcik chinese yang merupakan peserta tertua pada acara larian tersebut dan beliau masih bersemangat untuk mengekalkan gaya hidup sihat taw.
IJM Land Half Marthon dirasmikan oleh YAB Tuan Hj Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan |
Tema pada kali ini ialah 'Run Together, Bond Stronger' dimana pihak IJM Land sendiri mengalakkan komuniti setempat mengamalkan cara hidup sihat dan kekal cergas sepanjang masa. Untuk pengetahuan semua, IJM Land merupakan antara 10 pemaju perumahan tempatan terbaik di Malaysia yang memberikan kesedaran mengenai masalah kesihatan dan sosial. IJM Land juga telah mengadakan program larian ini sejak 2012 lagi dan sambutan sangat mengalakkan daripada seluruh komuniti.
Satu kategori baru yang diperkenalkan iaitu 5 KM terbuka kepada individu yang berumur 18 tahun keatas dan kategori paling jauh di pertandingkan ialah sejauh 21 KM. IJM Land juga memberikan penghargaan kepada pelarian lelaki dan wanita yang paling pantas pada larian tersebut. Para peserta dan pengunjung juga disediakan dengan beberapa makanan percuma seperti minuman daripada Milo, popcorn, aiskrim dan banyak lagi
Raja pecut dan dan Ratu pecut untuk larian IJM Land Half Marathon 2018 |
IJM Land Half Marthon 2018 ditaja oleh pelbagai jenis jenama antaranya Plantinum Ionman Group, BMW, 100 Plus, Ice Mountain, China Press, Sin Chew Daily, Colombia Asia Hospital Seremban, McDonald's, Yakult, SVC, Spoon Health dan Himalaya Salt Sport Candy
Kepada sesiapa yang terlepas acara IJM Land Half Marathon tahun ini, Jangan risau sebab IJM Land Half Marthon 2019 akan kembali lagi pada tahun hadapan iaitu pada 4 August 2019. Jangan lepaskan peluang keemasan ini guys!
Untuk maklumat lanjut, Layari www.ijmlandrun.com
1 comment:
suka tengok geng2 yang suka join Run sana sini. collect medals dan pencapaian. bagus2 =D
Post a Comment