Asalamualaikum dan Salam Sejahtera
Rumah merupakan benda paling asas untuk kita miliki sebagai tempat untuk berteduh tapi masalah yang kita hadapi kini ialah dengan harga rumah yang ditawarkan agak mahal dengan persekitaran kawasan rumah yang agak tidak mesra penduduk. Keputusan membeli rumah juga satu keputusan penting dimana kita juga perlu memikirkan pelaburan ini berbaloi untuk masa hadapan ataupun tidak. Pada beberapa hari yang lepas, aku telah berkunjung ke DK Impian Sales Gallery yang terletak di Subang. Jenis rumah dan kemudahan yang ditawarkan sangat menarik perhatian aku dan insyaallah satu hari nanti ada rezeki aku ingin membeli hartanah di DK Impian. Nak tahu apa yang istimewanya rumah di DK Impian ini? Jom teruskan membaca....
DK Impian menawarkan rumah jenis Apartment 1 Blok yang mempunyai ketinggian setinggi 14 tingkat bersamaan 658 Unit rumah, 3 tingkat parking kereta dan 5 unit kedai. DK Impian merupakan kawasan yang sangat strategik dan menghubungkan banyak tempat seperti kemudahan Pengangkutan awam, Pusat membeli belah, Pusat Kesihatan, Pusat Pendidikan dan banyak lagi. Untuk keterangan lanjut seperti dibawah :
Pengangkutan
Awam
KTM Subang Skypark
MRT Kwasa Sentral
LRT Ara Damansara
Rapid KL Taman Puteri Subang
Sultan Abdul Aziz Shah Airport (SAAS)
|
Pusat
Pengajian
HELP University
Asia Pacific Smart School
MSU
REAL International School
IGB International School
|
Pusat
Beli Belah
Star Avenue Lifestyle Mall
Sunway Giza Mall
Hero Supermarket@ Subang
Jaya Grocer@ Bukit Jelutung
Giant Kota Damansara
Tesco Extra Ara Damansara
|
Pusat
Kesihatan
Tropicana Medical Centre
Ramsay Sime Darby Ara Damansara
Subang Jaya Medical Centre
Hospital Sungai Buloh
|
Rekreasi
Mudtrekker Paintball Park@U9
GCE Cycling Route
Sky Simulator @Skypark Terminal
Denai Alam Recreation & Riding Club
Monterez Golf Club
|
Akses
Mudah
DASH Highway
Guthrie Expressway
NKVE & Elite
Federal Highway
|
Jom kita lihat jenis-jenis rumah yang ditawarkan oleh DK Impian pula!
Ini part yang best aku nak cerita sebab aku memang minat jenis rumah macam ni dimana DK Impian menawarkan 3 jenis rumah jenis Flexi Dual Key Concept dimana rumah ini terbahagi kepada 2 bahagian dan mempunyai 2 pintu. Menarik bukan? Kalau korang nak sewakan untuk satu lagi bahagian rumah yang korang beli di DK Impian ni pon boleh tanpa menggangu korang sama sekali.
TYPE 1D
TYPE 1B
Untuk maklumat lanjut sila layari:
atau hubungi :
017-2002322
017-2006662
Berkunjung terus ke DK Impian Sales Gallery :
No.25-G, Jalan Uranus AG U5/AG,
Bandar Pinggiran Subang,
Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor
18 comments:
Rumah ni sizing dia sesuai untuk bujang dan familky kecik.Untuk investment pun okai ni.Ada pro dan kontra dia kan fariz
beki rumah ada fasiliti swimmingpool..ank akak mmg suka la...rumah skarang pn mahal..kena rajin survey2..utk keluasan tu kecik juga dgn harga mcm tu maybe sbb lokasi & kemudahan disediakan tu psl mahal
wah banyak facilities menarik. tapi harga rumah sekarang ni semua mahal kita yang biasa2 je ni kena usaha sangat nak kumpul duit beli rumah
Pelaburan hartanah memang memerlukan belanja yang besar, kalau nak beli untuk sewa dan jual semula kena kaji baik buruknya tempat tu kan
pelaburan jangka panjang bagus terutama untuk anak-anak muda. harga dan lokasi memang antara ciri terbaik kenapa projek perumahan ini sgt berbaloi kalau dibeli...
Saiz rumah dan design dia nampak agak crowded. Kalau family ada anak rasanya kurang sesuai ni. Tapi kalau bujang, berbaloi
Semua nampak menarik taktahu nak pilih mana satu . Kalau untuk family kurang sesuai . Kalau untuk bujang, student , atau pasangan Yang baru berumah tangga boleh pilih rumah jenis ni
Ada duit semua jadi kan. kalau nak beli rumah biar ikut kemampuan. Paling tidak pun kita ada dana simpanan hari kecemasan kan
ruang dalam rumahnya agak kecil.. mungkin sesuai untuk bujang. tapi cantik, kemudahan sekeliling pun banyak. ok juga kalau nak buat sewa
www.maisarahsidi.com
Tunggu awak jer beli rumah kat sini kita nak jadi jiran awak lah heheheh best sikit boleh pergi event sama-sama hehehehe... Rumah cantik dan murah kat sini dapat dua rumah lagi tu bestnya....
Baguslah konsep rumah camni.. lagipun byk fasiliti dan dekat dgn kemudahan pengangkutan awam.. ada rezeki mmg nak beli konsep rumah camni.. santai, unik dan fleksibel..
Biarpun kecik, tapi tengok tempatnya sangat selesa. Sesuai kalau kita beli pastu sewakan kepada orang..Tak pun untuk orang bujang ni boleh je duduk macam ni..
Aada je 'Damansara', harga pasti best..Bila dah siap DASH, konfem harga makin naik ni..sesuai sangat untuk buat rumah pelaburan ni..
Siap lebuh raya baru DASH tu otomatik naik harga kan. Letak je nama nama damansara mesti ramai orang beli kan.
Cantiknye rumah ni. Ada 2 pilihan pulak tu. Lebih2 lagi dekat dengan kemudahan pengangkutan dan fasilitas lain.
Membeli rumah memang memerlukan kesabaran,bajet yg mampu utk memenuhi impian seseorang yg ingin memiliki umah
Sesuai utk yg nk buat investment ni. Kalau sis pun sesuai gak dok sini sb keluarga sis kecik je..3 org je..utk keluarga ramai kena cr lagi besar
terbaiklah rumah ni, memang menarik betul. tengok pada lokasi dia tumemang sangat strategik. dekat dengan kemudahan-kemudahan yang penting. tak rugi kalau beli ni
Post a Comment