Wednesday, September 26, 2018

IndoBowl Cafe Menyediakan Sajian Mee Segera Indomie Dengan Sambal Balado Yang Cukup Power!

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Korang pernah makan atau dengar pasal Indomie? Mee segera  daripada Indonesia. Masa kecik-kecik dulu memang selalu makan Indomie siap bertambah-tambah. Sedap tak terkata. hehehee.Sekarang kalau korang nak rasa Indomie tu korang dah boleh datang ke IndoBowl cafe. Baru-baru ini aku telah berkunjung ke salah satu cafe yang pernah viral satu masa dulu sebab gunakan Indomee ni lah. Tapi masa tu kenapalah aku tak  tahu.hahaha. Ada banyak bende menarik aku nak cerita pasal cafe IndoBowl ini. Korang teruskan aje lah membaca!

Untuk pengetahuan semua, IndoBowl Cafe telah dibuka pada tahun lepas dan sudah hampir setahun beroperasi. Indobowl Lakeside Sungai Besi merupakan cawangan pertama dan kini IndoBowl telah membuka cawangan kedua di Subang Jaya. Hebat bukan baru setahun beroperasi dah mampu buka oultet baru. Nampak tak orang Malaysia suka makan maggi goreng segera.hahaha. Korang tengok hiasan dalam kedai dulu. Cantik taw!




Sekarang aku nak cerita part menu pulak. Korang mesti tertanya-tanya apa menu yang sedap dan menarik di IndoBowl Cafe ni kan? Mestilah maggi goreng daripada Indomie tapi bukan itu sahaja. Menurut pemilik kedai, sebenarnya tarikan utama di IndoBowl ini ialah Sambal Baladonya. Memang tak nafikan memang sedap sambal balado yang merupakan resepi rahsia IndoBowl. Sambal balado ni sangat popular di Indonesia. Sesiapa yang dah pernah pergi Indonesia mesti tahu macam mana rasa sambal balado tu. Jom tengok antara menu-menu popular yang ada kt IndoBowl Cafe:




Mambo Jumbo Seafood Soto


Indomie Ayam Balado


Indomie Cheese Chicken Chop


Indomie Salted Egg Chicken



Indomie Dendeng Balado 


Indomie Ayam Madura


Soda Gembira & ES Cendol

Sejujurnya aku boleh katakan semua menu yang aku rasa semuanya kene dengan tekak. Setiap menu aku campur dengan sambal balado tu baru naik rasa makanan tu. Tak pedas sangat pun cuma pedas-pedas manja je. Sambal balado kat sini memang sedap! Aku paling suka indomee salted egg dengan indomee cheese. Eh korang yang rasa nak makan nasi pun ada taw. pelbagai menu berasakan nasi pun ada dijual disini. Selain itu, satay dan seafood turut ditawarkan di IndoBowl. Korang jangan risau pasal harga sebab sangat berpatutan dan murah sangat. Portion untuk setiap hidangan tu pun banyak. Bagi minuman pula Soda dengan cendol tu merupakan minuman signature kt sini. Ada dua saiz ditawarkan iaitu saiz kecil dan besar.




Terima Kasih IndoBowl Cafe!

Nak tahu lebih lanjut mengenai IndoBowl Cafe? Klik link dibawah


IndoBowl Cafe Lakeside

72, Jalan Tasik Utama 7, 
Lake Fields, Sungai Besi, 
57000 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Beroperasi:
Isnin - Ahad
11 a.m - 10 p.m

IndoBowl Cafe SS15

66, Jalan SS 15/4c,
 Ss 15,47500 Subang Jaya, 
Selangor

Waktu Beroperasi
Isnin - Ahad
11 a.m - 10.30 p.m

22 comments:

Siti Yang Menaip said...

dulu kat hostel seludup2 la meggi ke indo mee ke dari warden takot cikgu rampas. nikmatnya indo mee di tengah malam. perghh srkgn ade cafe siap bagai..

Illya LeYa said...

Yeay... Tak sabar nak gi makan jugak di IndoBowl cafe ni.. Jom!

rozana said...

sedapnya

Nina Mirza said...

Gulpp...!! Tertelan air liur nengok Mombo Jombo Seafood Soto. Menyelerakan ..
Pastu macam nak try Indomie Salted Egg Chicken tu... Nyum nyummm

Kak Su @Kak Su said...

Nina Mirza.. kannn.. akak suka gak makan Indomie ni tapi tak rajin nak memasaknya walaupun mengambil masa tak sampai 10 minit hihi
so now, kalau teringin tekak ni, boleh terus ke Indobowl.. best nya
Thanks for sharing

Zayani Zulkiffli said...

Ya Allah, seafood soto dia tu mengancam betul. Lapar terus baca post ni. Range harga macam mana, ok tak?

Sherry Go Sharing said...

wow didn't know KL got such nice place to eat. Yeah love to try all in post here, I love eat Indomie shall let my dear know now!

Zaza Iman said...

Kalau zaza pi kl nanti boleh la singgah makan kat indobowl cafe ni.. Teringin pulak nk cuba indomie iga daging tu..dgn ayam madura..

mama tisya said...

mee segera indomie biasa la mkn..wah ada cafe dh skarang ek..nmpk menarik menu2 tu

Alia Farhan said...

Perghhh..everuthing berasaskan indomie eh...gud one lah..teringin nk rasa yg mambo jumbo seafood soto tu..nampak sedap n mnyelerakan...eh tapi semua pun nmpk sedap2 lah😁

Suria Amanda said...

Dah lama x makan indomie la..ehhh..kena cari ni...tapi indomie ni popular kat Indonesia kan..semua nampak tempting bila dah dipelbagaikan menunya

Rawlins GLAM said...

Indomie memang kegemaran Rawlins dari dulu. Hurm. Please jangan goda dengan memu tu semua. Nie buat Rawlins nak pergi nie.

cindyrina said...

Teringin nak gi try indomie bowl ni. Banyak betul creative ideas they all ni. I love indomie compare to other brand. The soy sauce is so sedap.

Seriwangi said...

Wah...byknya menu Ida,tp jauhlah plk nk gi��

Ibu Syurga said...

Ramai blogger yang review tempat makan sedap ni. nyum nyum. tak de lah jauh tapi nak pergi tak berkesempatan lagi. Tuan, nak komen kena verify dengan gambar dulu. Internet Ibu slow. Susah betul nak komen. Boleh tak turunkan tahap comment moderation tu pada moderate saja. tak perlu ada verify image tu

Syamimi Saad said...

Pagi pagi trngah perut lapar singgah sini pulak, rasa terliur aihhh dibuatnya.
Menarik menunya. Confirm sedap kan. Tapi rugi pulak tak dapat nak pergi. Jauh pulak..

mrsliez said...

Dh lm teringin nak mkn indobowl ni.. next week maybe nak pergi rs juga. Nak test kepedasan yg diwarwarkan.. lgpun xyh ke indonesia lg. Hihihi

Hanny Abdullh said...

Melepas peluang nak cuba makanan kat sana, tak apalah..lom ada rezeki. Kalau ada kesempatan nanti leh le cuba sendri makan kat tempat ni

Lia Hasty said...

Adoi tengok gambar je pun dh terliur .Sedapnya semua makanan kat restoran Indobowl ni. Nak kena pergi juga nanti.

AyuArjuna BiGoshh said...

semuanya nampak sedap...tak sangka mee indo mie banyak juga boleh dibuat untuk menjadikan dia lebih menarik..ingat nak datang cubalah satu hari nanti

JMR said...

owh..baru tahu..macam-macam menu gak boleh buat dengan indomie ni ye..nampak sedap plak tu

Sembang Kopi said...

IndoBowl Cafe mcm pernah dengar tp tak pernah makan lagi dekat sini, tempat pun cantik tgk...makan mesti sedap kan? bila nk belanja kita?