Sunday, September 16, 2018

Street Churros 2nd National CHURROS Eating Championship 2018 Tidak berpihak Kepadaku!

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Sedihnya tajuk.Hahaha. Semalam merupakan hari yang mendebarkan buat aku, Zharif dan juga Zahin dimana kiteorang telah menyertai satu pertandingan makan churros. Sebenarnya rancangan masuk pertandingan ini tidak dirancang dan last minit diterima masuk. Mula-mula seronok dan tak sabar sebab satu lagi team yang akan betanding merupakan kawan baik kiteorang juga iaitu Murni, Dboy dan juga Asyraf. Tapi rupanya dieorang terpaksa menjadi group backup. Masa tu mood nak masuk tu dah 50-50. Yelah ingatkan ramai-ramai rupanya 3 team sahaja untuk pusingan preliminary ini.

Gambar kiteorang sumbit setelah diedit, Masyaallah dik mmg divaa .HAHAHA

Zharif merupakan ketua kumpulan dan aku sendiri yang letak nama dia.Hahaha. Pada awalnya, Pr daripada Street Churros memaklumkan yang kami merupakan team backup sebab memang kiteorang daftar last minit gila. So kiteorang okey sebab dapat juga voucher kan. Maklumlah tak penah lagi makan Churros dari Street Churros. Tiba-tiba pr bagitaw yang ada kumpulan tarik diri dan kiteorang jadi penganti. Dari situ dah seronok sebab dpt bertanding dengan kawan sendiri. Pr ad mintak deposit untuk pastikan kiteorang datanglah event tersebut. Pastu mintak gambar tu aku  tu pon pening posing banyak kali sebab tak dapat gambar yang nice. Akhir sekali pasal nama kumpulan, nama kumpulan kiteorang 'Diva Churros' meletop kan uolss. Sebenarnya nama tu aku yang cadangkan sebab aku selalu guna ayat diva tu tapi tak tahu pulak si Zharif ni letak betul2 .Errr

Semalam merupakan hari pertandingan di Street Churros MyTown Shopping Centre. Alhamdulillah kumpulan kami " Diva Churros ' telah dinobatkan sebagai naik juara. Gittuw. Tak berharap menang pon tapi alhamdulillah. Kami berjaya menghabiskan 18 churros dalam masa 10 minit. Team juara pon lebih satu je daripada kiteorang. Manakala team ke 3 berjaya habiskan 6 churros kalau tak silap. Tak jauh kan jumlah churros yang kiteorang makan dengan team juara. Tahniah juara team'Churros Sado' All the best untuk pusingan akhir yang akan diadakan pada Disember nanti.
Kami dapat membawa pulang RM 150 cash voucher Street Churros, sijil dan juga cornery popcorn.

25 Churros yang disediakan perisa coklat, cinnamon dengan salted egg. 18 berjaya kiteorg abiskan! Fuh




Terima Kasih Street Churros!


Minggu hadapan pusingan prelimenary masih berlangsung di The Empire Shopping. Kalau free boleh la datang!

Kepada sesiapa nak cuba nasib tahun depan pun boleh untuk 3rd National Churros Eating Championship 2019 dan juara berpeluang makan Churros secara percuma selama 1 tahun di Street Churros!

Thanks korang datang support! <3

Nak tahu lebih lanjut, korang boleh layari:


3 comments:

Siti Yang Menaip said...

menariknyaa siap dapat sijil tu. hehe..

Illya LeYa said...

Tahniah Faries dan team. Berjaya meraih tempat kedua. We proud of u. Hehe... Apa-apa pun hebat juga dapat habiskan 18churros. Best lah tuh.. Dpt sijil dan wang tunai..

rozana said...

congrats