Tuesday, October 30, 2018

Pengalaman Kedua Memiliki Iphone Keluaran Terbaru Pada Hari Pertama Dilancarkan!

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Alhamdulillah, akhirnya Iphone 6 ku yang nazak bertukar jua. Eh sebenarnya nak cerita pengalaman memiliki Iphone pada hari pertama dilancarkan. Faries masih ingat pertama kali Iphone 6 dilancarkan pada tahun 2014 pada bulan November. Faries merupakan salah seorang yang beratur di Apple Center iaitu Machines cawangan Mid Valley untuk mendapatkan Iphone 6. Masyaallah, masa tu dia punya ramai tak boleh nak cerita. Tapi alhamdulillah dapat pun phone yang di idamkan.hehehe. Rasanya semua sedia maklum yang Malaysia bukan negara pertama menerima iphone selepas pelancaran. Memang kene tunggu sebulan setiap lah selepas iphone dilancarkan di US.


Sebelum menggunakan Iphone, faries merupakan pengguna Samsung iaitu model Samsung Galaxy S2. Dulu pun dah hebat taw masa mula-mula keluar dan harga pun boleh tahan mahalnya. Lepas guna dan banyak kali jammed phone tu. Faries pun berfikir nak cuba phone jenama apple memandangkan kawan sekelas di Upsi dulu ramai juga menggunakan iphone. Kameranya cantik dan berkenan nak tukar dan pada masa tu model yang latest ialah iphone 5s yang kecil tu. Tapi biasalah dulu kita ada mindset bila pakai iphone ni susah sebab tak boleh bluetooth dan beberapa aplikasi penggunaannya sangat terhad.

Memandangkan faries suka phone yang mempunyai saiz skrin yang lebih besar, jadi macam tak berapa minat sangat. Tup tup Apple keluarkan berita nak keluarkan iphone 6 dengan saiz skrin yang lebih besar. Wah masa tu teruja sangat. Sanggup tunggu sampai 2 bulan taw.

Beberapa hari lepas, faries dah berjaya ulang sejarah yang sama kononya nak jadi pengguna terawal menggunakan Iphone XS. Eh tak adalah sebenarnya phone lama dah teruk sangat sampai tak boleh tekan skrin. Bateri pun dah tak boleh charge. Orang kata dah alang-alang beli tak apalah beli yang baik terus.hehehe. Tapi yang mengejutkan kali ini dah tak ada beratur macam dulu. Yelah harga yang ditawarkan sangat tak masuk akal.


Untuk pengetahuan korang, iphone ada masalah kamera tak berapa cantik bila ambik gambar dalam gelap ataupun dibawah cahaya pada waktu malam. Tapi untuk model Iphone XS ini Apple betul-betul dah perbaiki. Cantik sangat gambar pada waktu malam. Banyak lagi fungsi baru yang belum ada berkesempatan nak explore. Korang mesti nak tahu kan apa yang best sangat pakai iphone ni?

Apa yang best guna Iphone? 

5 Tahun guna, tak pernah sekali phone hang atau jammed. Korang mesti tak caya kan. Iphone menggunakan peranti keluaran diorang sendiri yang dipanggil sebagai IOS dimana sangat laju dan efisien

Bercakap soal kamera, memang tak dinafikan kamera iphone merupakan kamera terbaik walaupun model yang lama seperti iphone 5 masih menghasilkan gambar terbaik daripada model-model lain. Kamera iphone menghasilkan gambar yang natural. Itu yang faries suka sangat.

Reka bentuk iphone sendiri mempunyai keunikan sendiri dan banyak jenama lain mengikut reka bentuk iphone sehingga iphone keluaran paling latest ini

Iphone merupakan phone yang paling selamat. Dulu pernah skali phone tersalah letak. Dengan menggunakan App Iphone Finder senang je nak jumpa!

Sebenarnya banyak lagi yang best. Korang explore sendiri je lah. hehehe. Alhamdullilah, wishlist seterusnya nak ada i-watch pula.hehehe



Akesesori yang ada dalam ni macam biasa, ada earphone, plug, usb cable dan buku panduan. Mesti korang tertanya-tanya kenapa masih memilih warna gold? Gold merupakan warna signature untuk kedua-dua model. Dan warna gold merupakan yang paling tercantik. Rugi kalau tak ambik.hehehe

22 comments:

Shafyqah Azahar said...

kita mampu tengok je belinya belum mampu haha!

Suria Amanda said...

Akak mampuntengok je faries..akak dulu suka samsung..pas tubrosak x mampi beli hp lain beli MI note, ni baru tukar Huawei Nova 2i...sampai la skrg ..

cre8tone said...

wow! I never really can afford to follow the new model of the phone like this.. first day already using it d... great iphone!

Fadzi Razak said...

Bestnya. Saya memang mampu pandang je bila tengok harga macam tu. Memang berkenan nak cuba pakai iphone tapi berkenan je lah. Nak beli tak mampu hehehhe

Airah Syahirah said...

wahhh bestnya kita pun mampu tengok je masih guna ip 6plus ni haaa.teringin jugak nak tukar

Tengkubutang said...

wahh.. iphone baru tu.. terliur kami yang komen ni melihatnya.. huhu.. tapi mesti yang membeli puas hati kan.. TB teringin gak..tapi nak beli rasa kedekut je duit nak bawak keluar poket.. haha

Emi said...

Wahhhh beli fon baru. Lepas ni kalau pergi event boleh la tumpang bergambar dgn phone faries. tak gitu?? kehkeh 😁

Jia Shin Lee said...

Wow that is such a treat, wish I could own one but it's just too expensive. Maybe in the future lol

nikkhazami said...

orang yang pernah guna iphone je tahu macam mana smooth nye ios ini.. saya masih guna iphone 5s. tak pernah hang sampai sekarang.

Seriwangi said...

Bestnya dpt iphone baru tentu seronok dpt amik gbr byk2 baru semangat nk buat keja

Mahamahu said...

Tahniah lah ini level KOL yang dah mampu nak beli telefon mahal dengan duit blog hehehe bestnya untunglah job masyuk hehehee.. Tapi kita Samsung Lover opssss.....

Balqis Athirah said...

Cantik iPhone nye. Yelah.. alang2 nak Beli.. baik beli Yang terbaik kan..

Mat Drat said...

Saya pun dulu pernah pakai S2, S3 n S4... Pastu ada org bagi Iphone 5...tak serasi pakai iphone... Tukar balik ke Android...

Tapi tgk iphone X ni rasa berkenan pulak nak try semula..

Huda Halid said...

Wah best yer, murah rezeki awak. memang best kan feeling bila jadi antara orang yang terawal guna model iphone yang baru ni. Sesiapa yang dah guna iphone pasti puas hati dan takkan tukar model phone lain.

Hanny Abdullh said...

Meleleh air liur sis tengok tau. Sis mampu pakai apa yang ada ni aje, ni pun tunggu sampai x leh pakai baru mampu tukar baru. Kalau ada rezeki nak gak merasa..:D

Qaseh Dalia said...

Wow have have ni haha gurau jek , iphone memang best guna , still ada 5s wpun dah retak seribu hahah XS ni mampu tengok jeee

JMR said...

Pergh pergh..tapi betul la kan, iphone ni susah nak hang&masih reliable walaupun dah lama. 1st pakai henfon 5s, dapat free drp blogging..terus jatuh cinta. then beli ipad, pastu ip8..sekarang macbook..dulu2 menyampah dengan produk Apple..sekarang suka sgt2 plak..tp tak bagitau kawan2 sgt, sbb mesti kena boo psl dulu anti-Apple haha

Mouse Mommy Treats said...

Cool! Saya pun iPhone user. Mmg suka fungsi keselamatannya. Skrg tengah guna iPhone X , blh sy tahu fungsi dan features beza sgt ke dgn iPhone baru ni? Terima kasih.

Zharif Azis said...

Saya pon iphone user. Mmg suka kualiti gambar yg terhasil dan faktor keselamatan yg ditawarkan. Mmg xkn cari lain. Hihi

dr-Life said...

i used to be apple user but change to android. lolz.
iPhone indeed a great and intelligent hp. i still love it!

Nadia Johari said...

wah iphone tu..cayalah..kan kalau dah rosak, kenala cari lain sebab telefon ni tempat utk kita bekerja..nad pun rosak dah beli baru, tapi beli biasa2 je..ni pun dah cukup hebat..tak hang laju je..hehe

zuhair said...

Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators