Asalamualaikum dan Salam Sejahtera
Di pagi hari Jumaat yang mulia ini jom sama-sama kite melakukan amal ibadah yang lebih. Aku ada satu soalan. Korang dah menunaikan zakat? Kalau belum, aku nak maklumkan iaitu Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) telah melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Portal PPZ-MAIWP iaitu Jom Berzakat @ za,kat.com.my yang berlangsung mulai 1 Ogos hingga 31 Oktober 2018 (3 bulan)
Untuk pengetahuan semua,Portal PPZ-MAIWP merupakan salah satu saluran kemudahan bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP untuk menggalakkan masyarakat umum menunaikan kewajipan berzakat bagi membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf. Melalui kemudahan portal ini, pembayar zakat boleh membuat bayaran menerusi online pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat.
Berita Baik!
Antara objektif lain kempen ini dijalankan adalah khusus bagi menggalakkan para peniaga online, sendirian berhad yang mempunyai keuntungan di Wilayah Persekutuan dan pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan namun bekerja di luar negara serta amnya kepada umum yang ingin memudahkan pembayaran zakat mereka.
Seiring pelancaran kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my, PPZ-MAIWP akan berusaha mempergiatkan penggunaan medial sosial rasmi PPZ-MAIWP agar ia dapat menarik minat lebih ramai lagi pembayar untuk membayar zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP. Sepanjang tempoh tiga bulan kempen ini berlangsung, pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,500 pembayar baru yang tidak mengulangi pembayaran zakat mereka dengan kutipan sebanyak RM2.5 juta.
SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN:
Bayar zakat melalui Portal PPZ-MAIWP – www.zakat.com.my/kempen dalam tempoh kempen bermula dari 1 Ogos 2018 – 31 Oktober 2018.
PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam terutamanya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat melalui platform Portal PPZ-MAIWP agar ianya dapat mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang ada di dalam harta kita disamping mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar.
”PPZ-MAIWP
Memudahkan Anda Berzakat”
Untuk Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila layari:
20 comments:
Wahh!! Bestnyer.. berzakat sambil tue boleh menangi hadiah.. berzakat ini bagus utk menyucikan jiwa dan dapat membantu golongan yg lebih memerlukan..
Such a good way to encourage people, berzakat and there are prizes to be won as well.
berzakat. dpt hadiah. menarik.
tapi utk wilayah ajer ekk. melaka so far silent on anything.
nak kena explore jap.
aida & asben memang ketepikan duit utk zakat.
kami byr lump sum every end of the year.
depends on kenaikan gaji. agar dpt 100% pelepasa income tax.
Bagus pendekatan macam ni. Moga lebih ramai dapat menunaikan kewajipan mereka dengan membayar zakat. Tapi area Pahang tak de pula contest ni kan...
Wah bagusnya kempen ni supaya orang ramai sedar mengenai pembayaran zakat dan dapat membantu golongan asnaf yang memerlukan . kan best kempen ni ad area Pulau Pinang juga .
Alhamdulillah , good sharing , senang nak berzakat bila guna platform secara online sebab sekarang semua di hujung jari je
PPZ-MAIWP ni memang aktif buat kempen untuk galakkan orang bayar zakat. Tahun lepas pon siap ada contest dengan hadiah best untuk mereka yang aktif bayar zakat. memang bagus sangat usaha diorang ni. Then diorang banyak bagi info tentang zakat dan cara pembayaran. Hehehe good sharing :)
Kalau dulu org nak buat pembayaran zakat kena ke pejabat zakat sekarang senang je melalui online je dah boleh tunaikan tanggung jawab. bagus usaha PPZ-MAIWP ni galakkan orang berzakat. dapat pahala dapat hadiah sekali.
Wah, bagus ada program macamni. Sambil berzakat ada peluang untuk menang hadiah. Pembayaran pun boleh dibuat secara online, memang fleksible..
Nak berzakat dah semakin midah sekarang.. di hujung jari je.. semua online.. yang bestnya dal berzakat tu ada pulak peluang menang hadiah.. best nyaa
Wow bagusnya kempen berzakat ni...
Gud to know their efforts to make it easier for us to berzakat...
No more excuses kan!
Bagus ada kempen macam ni. Sambil kita menunaikan zakat samnil tuh kita berpeluang menang hadiah yang menarik dan lumayan
Zakat jangan dibuat main.kalau ada income lebih tu jangan lupa bayar zakat.dari berzakatlah rezeki kita kan lebih melimpah ruah.percayalah.dan apa yang dibuat oleh MAWIP ni memang sangat bagus utk galakkan org kita berzakat.Ingat dalam rezeki kita ada rezeki orang lain jugak.
Sekarang takde alasan dah ya tak nak bayar zakat! hahahaha. Memang bagus ada kempen sebegini untuk create awareness. Nice entry!
Bila ada platforn mcm ni memudahkan kita untuk membuat urusan berzakat. Pelbagai hadiah menarik juga ditawarkan itu juga satu tarikan
You can kill two birds with one stone here. Doing good.contributing to the charity and win prizes for yourself as well. :)
Bagus kan pusat zakat ni. Selalu tengok deorang buat promo macam ni. Boleh naikkan kesedaran orang awam.
Bagus betul PPZ buat pendekatan bayar zakat macam ni. sambil bayar zakat boleh dapat hadiah. banyak pulak tu hadiah menarik yang diorang tawarkan. memang terbaik
wah boleh bayar ikut portal dah sekarang
Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators
Post a Comment