Saturday, October 6, 2018

The Square, Jaya One Petaling Jaya Tempat Mesra Komuniti Untuk Anda!

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Korang pernah pergi ke Jaya One Seksyen 13, Petaling Jaya? Kalau korang pernah kesini, Jaya One akan membuka semula kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Palm Square. Jaya One ingin menjenamakan semula dan menamakan tempat ini sebagai 'The Square'. Projek pengubahsuaian ini telah dilakukan oleh syarikat Bina Tetap Tiara Sdn Bhd. Projek ini telah bermula pada bulan Mac 2018 dan dijangka dibuka pada bulan Disember tahun ini. The Square ini dibina untuk memenuhi kehendak komuniti dan mempunyai beberapa keistimewaan lain. Korang nak tahu lagi mengenai The Square? Jom teruskan membaca

Untuk pengetahuan semua, Projek pengubahsuaian The Square memakan belanja sebanyak 15 juta ringgit diatas keluasan tapak 75,000 kaki persegi. Bangunan ini mempunyai 2 tingkat dimana bahagian bawah akan dipenuhi dengan 40% lot kedai manakala ditingkat atas pula sebanyak 40% ruangan pejabat serta 15% lagi akan dilengkapi dengan Galeri PJ Live Arts.

Apa yang menariknya tentang The Square ini ialah ciri rekaannya berkonsepkan bangunan  perindustrian yang diberi sentuhan terkini yang lebih moden, luas, mesra pengguna yang terdiri daripada tiga astaka (pavilion) utama. Bangunan ini ditutupi dengan kepingan logam beralun berwarna biru seakan konsep IKEA. Konsep ini diterapkan bagi membolehkan sinaran cahaya matahari menembusi  bahagian dinding dan bumbung bangunan ini.



Selain itu The Square juga menyediakan ruang kerja yang dipanggil sebagai Common Ground. Menurut Charles Wong, Eksekutif Direktor Bina Tetap Tiara Sdn Bhd, beliau mendapati permintaan menyediakan ruangan pejabat bersama  didalam satu bangunan membeli belah mendapat permintaan tinggi. Beliau percaya pelanggan akan menikmati makan malam yang enak dan mempunyai banyak pilihan setelah penat seharian bekerja di pejabat.


Kelainan  lain yang terdapat di The Square ini juga ialah turut menawarkan restoran yang menawarkan hidangan makan malam yang enak dan segar. Dimana akan disediakan sebanyak 30% tempat makan ala al-freso (menikmati hidangan di luar, tiada air cond) dan juga 70% ruang menikmati makanan di bahagian dalam (berhawa dingin). Selain itu, dengan dekorasi dan keselesaan didalam The Square juga boleh dijadikan tempat acara korporat dan aktiviti (sekiranya ada permintaan)



The Square masih dalam pembinaan hampir 70 % siap. Belum siap lagi tapi dah rasa tempat ini akan menjadi tumpuan ramai pengunjung. Tak sabar rasanya nak tunggu keseluruhan pembinaan siap dan dibuka pada Disember nanti. Korang mesti tertanya-tanya mengenai harga sewa kan?

Mengenai harga sewa yang ditawarkan di The Square ini seperti dibawah:

Lot Kedai
( Tingkat 1)

15 unit
Pejabat
( Tingkat 2)

13 unit

Kadar sewa RM 8.00 – RM 10.00 per sq


Kadar sewa RM 4.00 – 5.00 per sq


Nantikan pembukaan semula The Square Disember nanti !

Untuk maklumat lanjut, Boleh layari 
www.jayaone.com.my

Atau hubungi
012-3233563
Emel: tenant-relations@jayaone.com.my

19 comments:

Lin liena said...

wah..ada pasaraya baru nak bukak eh...bolehlah kak lin lin war2 kan kada kawan2 yg nak bukak kedai kat sini

Cik Lily Putih said...

wah revamp baru ek, dulu kak lily pi pun tak semua kedai yang kita minat ada di situ. hopefully bila dah revamp ni kedai-kedainya lagi menarik hati pembeli lah kan

Cik Min said...

Menarik ni Faries. Akak mmg pernah la gak ke Jaya One ooo sekarang dah revamp br ek..hehe tak sabar tgg disember ni

JMR said...

Jaya One rasanya pernah pergi ke area sana..takdela suram sgt, tapi still tak semeriah seperti mall lain..harapnya lepas rebrand ni makin meriah area sana

Syiera Firdaus said...

Wah rebranding balik. Best la pengunjung boleh lepak santai sambil menikmati makanan yang ada di restoren. Very good concept.

Eiza GreenAppleKu said...

Ni kiranya rebranding dan diberi nafas barulah. Kat Penang banyak bangunan lama dah di beri nafas baru. Memang tampil unik dan terkini.

Hasif Hamsyari said...

Wah.. Konsep pejabat bersama tu memang menarik dan sangat popular sekarang. Bagus juga untuk networking dan dengan banyak lagi kemudahan dan hiburan yang ada, memang selesa dan convenient sangat kawasan ni. Tak sabar tunggu siap!

nikkhazami said...

menarik konsep bangunannya. macam gudang. harap2 ia akan lebh beri peluang kepada usahawan muda yang baru nak bukak bisnes

Hanny Abdullh said...

Menarik kan..tak sabar nak tunggu siap, rumah akak kalau naik keta 5 min dah sampai dah..so memang tak sabar le nak lepak2 kat sana n bawak anak2 bulus lepak sekali...:D

Syaza Redzuu said...

The Square dekat Jaya One memang menarik! Untuk memeriahkan tempat yang baru dibuka sebegini, kena ada marketing strategies yang meluas! hehe. Nice entry!

Meh visit blog SR: www.syazaredzuu.com > banyak entri tentang jana duit online! Kalau suka travel, kita boleh geng! hehe

Zharif Azis said...

Yeay, new exciting mall is going to open very soon. I heard the place is a pet free area. Cant wait to go there and explore the new The Square. Lets go !

sayaidaydotcom said...

Lagi menarik nampak tempat ni. confirm jadi tumpuan dan tempat lepak. konsep pon lebih kurang macam ikea. hehehe tak sabar tunggu bukak. tak lama dah bulan 12. hehe

Nadratul Syazwana said...

Mula-mula baca ingatkan kawasan perumahan, rupanya lot kedai dgn bangunan pejabat adeh. Kalau ikut konsep bangunan Ikea mesti nanti hasil akhir dia kemas :)

Emi said...

Nanti bebila free nak try ke sini la. Rasanya tak jauh pun dari tempat emi. Asyik jalan2 kat mall yg sama je bosan jugak, hehe.

Alia Farhan said...

Ohhh..revamp balik..ingat mall baru...byk sgt mall tumbuh bagaikan cendawan lpas hujan sampai akak pun xtau dah latest mall kt kl nun

Syamimi Saad said...

Untungnya kalau ada pasaraya baru nak dibangunkan balik. Dah ada tempat untuk cuci poket. Hehe
Untung yang duduk kawasan bandar. Mall bersepah sana sini.

Abby Onety said...

Wahh... asyik nih bisa dapat tempat kongkow yg asyik di Petaling Jaya. Saya seringa main di petaling. Apa ini sama dengan jalan yg di Petaling Street dekat sentral market?. Klo iyya okelah...

Nadia Johari said...

Tak pernah dengar pasal Jaya one ni..biasalah kita ni mana ada jalan-jalan sangat..hehee..baca entry ni baru tau..tunggu dia siap la nak tengok macam mana rupanya nanti..

zuhair said...

Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators