Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Dalam diam tak diam dah nak masuk penghujung tahun 2018. Korang dah tunaikan zakat? Atau ada zakat yang masih tertangguh dan tak berkesempatan nak bayar. Baru-baru ini, Faries telah menghadiri satu majlis pelancaran kempen yang dilancarkan oleh Pusat Pungutan Zakat PPZ- MAIWP di Wisma PPZ di Cheras, Selangor. Kempen kali ini dipanggil sebagai ' Jadi Kaya Dengan Zakat'. Macam menarik bukan kempen yang dibawakan oleh PPZ-MAIWP kali ini.
Menurut Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, antara Zakat Harta yang boleh ditunaikan bagi bulan Disember ini antaranya ialah:
Zakat Pendapatan✔
Zakat Perniagaan✔
Zakat Wang Simpanan✔
Zakat Emas✔
Zakat KWSP✔
Zakat Saham✔
Dan digalakkan juga untuk menunaikan zakat-zakat yang tertanguh daripada tahun sebelumnya dengan menunaikan Zakat Qada. Beliau turut memberitahu 4 saluran pembayaran zakat yang telah disediakan oleh PPZ-Maiwp sendiri untuk kemudahan orang ramai.
Saluran Pembayaran Zakat di PPZ-MAIWP?
Terdapat 4 saluran pembayaran zakat yang diperkenalkan seiring dengan slogan PPZ-Maiwp sendiri iaitu ' Memudahkan anda Berzakat. Kali ini terdapat kelainan sedikit dimana setiap saluran disertakan dengan beberapa artis dan penceramah tempatan yang akan turut serta mempromosikan dan menjayakan kempen ini antaranya Amar Bahrin, Bell Ngasri, PU Azman, Ustaz Haslin Ibrahim, Norman Hakim dan banyak lagi.
1. Melalui 11 Kaunter PPZ-MAIWP
Shamelin Perkasa (HQ PPZ-MAIWP)
|
Plaza RAH, Kampung Baru
|
Masjid Negara
|
KLSC, Wangsa Maju
|
UTC KL, Pudu Sentral
|
Presint 9, Putrajaya
|
Presint 15 Diplomatik, Putrajaya
|
Masjid Al- Imam Al-Ghazali,Kepong
|
Anjung NIaga Masjid At-Taqwa,TTDI
|
Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Jalan Puchong
|
Labuan Times Square
|
Waktu beroperasi- Daripada 1 Disember sehingga 25 Disember 2018(
7 Hari seminggu termasuk cuti umum)
Bermula dari jam 8.15 pagi sehingga 4.45 Petang
2. Melalui Portal PPZ-MAIWP : WWW.ZAKAT.COM.MY
Faries rasa ini tempat paling mudah sebab dalam era teknologi ni semua bende dihujung jari kan. Klik itu klik ini selesai. Kadang-kadang bila terlalu busy bekerja membuatkan seseorang tak berkesempatan untuk menunaikan zakat walaupun sudah lama menyimpan hajat. Eh korang tak perlu risau sebab dengan pembayaran melalui portal ini korang boleh dapat resit bayaran online, Kiraan kalkulator automatik, melakukan pembayaran zakat melebihi satu melalui Troli Zakat dan banyak lagi. Ada yang best lagi taw, Amar Bahrin merupakan selebriti yang akan turut serta dalam kempen pembayaran zakat melalui saluran portal ini.
Contoh pengiraan pembayaran zakat |
3. Melalui Perbankan Internet
Konsep paling ringkas dan mudah sebab Faries percaya korang semua ada aplikasi perbankan di telepon mudah alih korang kan. Untuk pengetahuan semua, sebanyak 14 buah institusi perbankan dilantik oleh PPZ-MAIWP sendiri sebagai ejen kutipan zakat. Tiada alasan lagi ya untuk tidak membayar zakat. Dan untuk saluran ini, PPZ-MAIWP memperkenalkan Imam Muda Asyraf sebagai duta bagi saluran ini.
4. Melalui Zakat Bergerak ( Door to Door)
Ini maksudnya pihak PPZ-MAIWP sendiri akan bergerak ke rumah korang untuk pembayaran zakat. Nama pun pintu ke pintu. Lagi mudah taw. Korang cuma perlu beri tahu korang nak bayar zakat sekian sekian kemudian Pihak PPZ sendiri akan kesana ataupun Bell Ngasri dimana beliau merupakan salah seorang duta untuk saluran door to door ini.
Bersama Bell Ngasri yang merupakan salah satu selebriti bagi saluran zakat door to door |
Eh bukan itu sahaja taw, PPZ MAIWP juga memperkenalkan satu tabung yang dinamakan sebagai Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP. Tabung ini berfungsi untuk mendidik anak-anak lebih dekat dengan ibadah zakat dan memperolehi tabung khas bagi mengalakkan aktiviti tersebut dijalanakan. Dengan hanya bermodalkan sebanyak RM 10. Murah bukan! Tabung Didik ini akan dikelolai oleh PU Azman sebagai selebriti yang akan mengalakan aktiviti ini.
PPZ- MAIWP Memudahkan Urusan Zakat Anda
Nak tahu lebih lanjut, sila layari
Pusat Pungutan Zakat
Wisma PPZ,68-1-6,
Dataran Shamelin, Jalan 4/91,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
03-92895757/03-92895757
info@zakat.com.my
21 comments:
pada sha yang paling mudah nak bayar zakat dengan cara online dan online banking tu. sekarang semua dihujung jari je kan, so takda alasan la kalau taknak bayar zakat ke apa. btw menarik nama program ni, semoga semua orang bayarlah zakat yang tertangguh tu :D
Banyaknya cara nak bayar zakat sekarang ni kan. Paling senang online je kalau lokasi kita jauh daripada kaunter zakat MAIWP tu. Tak tau plak boleh bayar melalui online banking. Sekarang da tau senang la nanti nak bayar zakat fitrah pun boleh kan?
memang bagus kempen macam ni menggalakkan orang lain membayar zakat. ada jugak orang yang tak bayar zakat sebab lupa, sebab tak tahu cara. ni dah ada kempen macam ni harap lebih peka la
Memang terbaik ada program zakat ni.. Satu lagi senang bila dah ada pembayaran zakat secara online.. Mcm tempat zaza.. Nak ke bandar jauh sikit..
Alhamdulillah.. Thank you ingatkan pasal zakat ni. Pnting untuk kita ada kesedaran bayar zakat. Tak rugi dan tak miskin dengan berzakat. Btw ai follow sini ya.
bagus betul bila adanya pelbagai inisiatif bagus dan memudahkan macam ni untuk orang ramai bayar zakat sekarang ni kan. takde alasan lagi untuk taknak bayar zakat sebab macam2 cara boleh dah, nk online boleh, siap ada servis pembayaran by door to door concept lagi. memang bagus!
Saya kalau paling senang buat pakai online je. Senang dan jimat masa. Tapi rasanya ramai lagi yang ambik mudah benda ni.
Pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak PPZ MAIWP untuk memudahkan orang ramai menunaikan zakat..akak sokong usaha mereka dengan mengagakan kaunter bergerak, orang ramai tak boleh gunakan pelbagai alasan tak munasabah untuk tidak membayar zakat..
Betul tu ada Hadisth yang menyatakan tentang perkara ini kita tidak akan miskin kalau berzakat dan zakat menyucikan harta dan jiwa kita. Bagus kena selalu buat kempen macam ni...
Banyak betul cara mudah nak bayar zakat. Tak payah beratur panjang kat kaunter. Yang lain tak payah bagi alasan taknak bayar zakat. Sekarang banyak cara mudah.
Banyak betul cara mudah nak bayar zakat. Tak payah beratur panjang kat kaunter. Yang lain tak payah bagi alasan taknak bayar zakat. Sekarang banyak cara mudah.
Iday tahu tentang PPZ-MAIWP ni tahun lepas sebab diorang ada contest bayar zakat dan menang hadiah. Banyak effort diorang untuk galakkan orang Malaysia bayar zakat, siap provide cara pembayaran yang mudah hehehe
Bagusnya ada effort saling mengingatkan sebegini. Moga dipermudahkan tugas PPZ agar lebih ramai yang akan mendapat manfaat dari usaha sebegini
Bagus kan skrg mcm2 cara nk bayar zakat ni.. Xperlu susah2 nak pergi kaunter kalau tak sempat...skrg hujung jari pon dah senang.. Dpt membuat kita sentiasa ada kemudahan utk bayar zakat... Dh byk cre dibuat utk memudahkan urusan utk byr zakat.. Hrp lepasni ramai yg byr tanpa alasan xsempat kan..
Bila ada konsep macam ni bukan lagi jadi alasan untuk tidak bayar zakat. Semuanya dah dihujung jari je sekarang. Bagus PPZ buat macam ni. Lepasni tak perlu nak beratur panjang lagi, sambil tengok tv pun boleh bayar zakat.
Lebih mudah nak dapatkan info tentang zakat dan memudahkan pembayaran zakat
Banyak jenis zakat ye, ikut mana kita nak bayar. Saluran untuk bayar zakat pun banyak memag memudahkan kita kan. Takda alasan tak dapat ataupun sibuk nak bayar zakat. Bayar zakat pun nak tolong golongan asnaf ringankan beban mereka..
Bagus inisiatif yg dilakukan oleh poz. Memudahkan orang ramai untuk membayar zakat secara online. Paling penting kita bayar pd saluran yang betul
Bagusnya ada banyak cara nak bayar zakat.. terutamanya boleh bayar melalui online.. tu paling memudahkan sangat-sangat kan.. so, sekarang ni dah tiada alasan untuk kita lari dari bayar zakat..
Alhamdulillah. Bella tengok PPZ dan MAIWP memang selalu buat program2 tentan zakat/ pungutan zakat untuk memudahkan orang ramai membayar zakat atau belajar lebih mendalam tentang untungnya berzakat dsbnya. Bagus sangat pendekatan PPZ dan MAIWP ni. Motto "Jadi Kaya Dengan Zakat" tu pun menarik perhatian. Yang penting, zakat tu dibayar di saluran yang betul dan since dah ada saluran begini, takde sebab untuk umat Islam negara ni tak membayar zakat.
Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators
Post a Comment