Assalamualikum dan Salam Sejahtera
Akhir tahun dan musim cuti sekolah merupakan waktu terbaik untuk bercuti serta meluangkan masa bersama yang tersayang. Korang dah start bercuti bersama dengan orang yang tersayang? hehehe. Baru-baru ini, Faries telah mengambil percutian untuk merehatkan diri setelah sibuk menyiapkan projek akhir dan kerja-kerja sampingan yang lain. Rasanya semua dah tahu yang Faries telah bercuti ke Swiss-Court Holiday Apartments, Damai laut yang terletak di Lumut, Perak. Nak tahu 5 sebab kenapa korang perlu bercuti ke sini? Teruskan membaca!
Untuk pengetahuan semua, Swiss-Court Holiday Apartments merupakan salah satu jenis penginapan di bawah Swiss Garden Beach Resort. Selain itu, jenis villa turut disediakan disini. Lokasi Swiss-Garden ini juga terletak jauh dari hiruk pikuk kota. Berhadapan dengan Pulau Pangkor dan laut yang cantik sememangnya membuatkan ramai pengunjung kesini.
Faries memilih penginapan Studio apartment sebagai tempat penginapan untuk percutian kali ini. Apa yang memeranjatkan Faries ialah bilik studio apartment ini sangat luas dan cantik! Kalau bawak satu family pun cukup. Ruang tempat memasak turut disediakan memudahkan untuk pengunjung memasak. Korang boleh lihat persekitaran ruang yang bilik yang cantik ini.
5 Sebab kenapa korang wajib bawa keluarga ke Swiss-Court Apartment Damai Laut?
1.Terletak jauh dari kesibukan kota
Jalan daripada luar Swiss apartment ini sejauh 7 km kedalam sambil menikmati pemandangan laut lumut yang cantik betul-betul bertentangan dengan Pulau Pangkor.
2. Bilik yang serba moden dan luas
Kesemua bilik di sini mempunyai kelengkapan yang moden dan cukup selesa buat pengunjung. Bilik studio yang Faries duduk sendiri cukup besar dan boleh memuatkan sehingga 4 orang didalam satu bilik. Tempat masak turut disediakan
Single-single pun dpt burung kiss.hehehe |
tempat masak yang siap dengan kelengkapan |
Pemandangan daripada balkoni bilik. Cantik kan? |
3. Fasiliti lengkap dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan
Disini, pelbagai fasiliti menarik disediakan antaranya,
- Sauna
- Darts, Table Tennis, Basketball, Soccer, American Pool Table, Monopoly & Chess
- Karaoke
- Mini-Water Theme Park at Resort
- Swimming Pool with Variety of Floats
- Jungle Trekking
- Night Fun Fishing
- Barbeque Pit Rental
- Sunset View at the beach
- Golf Course Tour
- Playground
Makanan yang disediakan disini juga sangat menarik dan pelbagai. Bab rasa dah tentu-tentu sedap kerana disini kerana chef-chef mereka adalah chef yang berpengalaman dan juga sangat ramah dengan pengunjung. Paling suka rendang tok. Termimpi-mimpi sampai sekarang. Lagi satu harga yang ditawarkan pun agak berpatutan
5. Pemandangan Laut yang cantik
Kawasan ini berhadapan dengan laut cantik yang hanya boleh diakses untuk pelanggan Swiss-Garden Beach Resort. Jadi tak begitu ramai. Pelbagai aktiviti laut boleh korang buat disini seperti naik banana boat, fishing, naik kuda dan banyak lagi
Harga?
Mesti ramai yang nak tahu tentang harga kan. Harga untuk 1 malam bermula daripada RM 200- RM 300 bergantung pada musim yang korang pilih untuk pergi. Biasanya harga berubah-ubah.
SGI Vacation Club Membership?
Selain itu, korang juga boleh daftar membership SGI Vacation Club untuk dapatkan pelbagai tawaran hotel menarik pada harga rendah. Faris nak cerita sikit apa itu SGT Membership. SGI Vacation Club Berhad (SGI VC), merupakan anak syarikat OSK Holdings Berhad yang menyediakan program dan perkhidmatan kelab percutian sebagai sebahagian daripada bahagian Hospitaliti OSK Group. Ia ditubuhkan pada September 2001 dan merupakan pengendali kelab bercuti terkemuka di Malaysia. Ahli SGI VC mempunyai pilihan untuk menikmati penginapan mereka di hartanah yang dimiliki Vacation Club dan lebih daripada 3,000 hotel dan resort yang berkualiti di seluruh dunia dengan Interval International, rakan kongsi pertukaran global syarikat.
Sehingga hari ini, SGI VC telah menyediakan 4 hartanah rumah di Malaysia termasuk Holiday Court Apartments Damai Laut di Perak, Swiss-Villas Damai Laut di Perak, Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur dan SGI Vacation Club Melaka
Apa yang korang dapat kalau sertai SGI Vacation Club Membership seperti dibawah:
Penjimatan kos efektif untuk penginapan ✔
Kadar bilik bermula dari RM 81 ++ setiap malam di seluruh dunia. Pengiraan didasarkan pada harga keahlian Discovery.
Peluang untuk melakukan perjalanan ke lebih dari 3,000 hotel dan resort berkualiti ✔
Menikmati pilihan percutian tanpa henti ✔
Perlindungan terhadap inflasi harga penginapan hari ini selamat untuk semua percutian yang akan datang✔
Perlindungan nilai terhadap pertukaran mata wang ✔
Korang boleh berjalanan selama 15 tahun ke luar negara tanpa bimbang tentang turun naik mata wang. Anggaran harga setiap malam kekal tidak berubah walaupun mata wang turun naik. Menarik bukan? Jadi tunggu apa lagi? Jom daftar sebagai Ahli SGI Vacation Club Sekarang!
Apa yang Faries boleh cakapkan, Swiss- Court Apartment memberikan servis yang cukup baik dan sangat selesa. Sepanjang 3 hari 2 malam disana pelbagai aktiviti yang Faries lakukan dan yang pastinya Faries akan kesini lagi bersama-sama keluarga dan juga kawan-kawan.
Terima kasih Swiss-Court Apartments, Damai Laut <3
Nak tahu lebih lanjut, korang boleh layari
+605 618 1133 / 1409 / 1100
Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut
Persiaran Swiss-Garden,
Jalan Damai Laut,
Off Jalan Teluk Senangin,
32200 Lumut,
Perak, Malaysia
22 comments:
Wahhh bestnya korang! nampak menarik la tempat ni. Kalau pergi sini, mesti anak-anak pon seronok dgn payground, pool semua tu. Dah la view pun cantik sgt.
Memang cantik view kat sini. Dah lama juga tak ke sini. Rindu pulak bila tengok balik gambar terbaru dari blog Faries ni...
boleh tahan besar bilik harga rm200. kalu datang 4 orang baru rm50 sorang. nice jugak lepak tengok sunset tepi resort. la depan tu pulau pangkor ke? mati2 ingat tanah besar haha
seronoknya kalau dpt bercuti kt swiss garden ni...kiranya sama ke yg damai laut tu..yg apartment ni tk pernh dgr plak...biasa dgr yg swiss garden damai laut....syok tu ada floater unicorn giant tu...murah juga rate tu..tq for sharing..bole plan cuti2 ngan family
this place looks so great.. makes me feels like wanna go for a vacation now.. so enjoyable..
Wahhhh cantiknyaa boleh nampak laut dari hotel ni. Boleh honeymoon ngan husband kat sini nanti. Pemandangan pun cantik dan romantik betul bilik dia.
Bestnya dapat duduk bercuti tempat yang cantik dan jauh dari kesibukan kota kita lama teringin nak pergi bercuti duduk hotel cantik dan mewah macam ni hehehe bestnya bila awak nak bawa kita...
Best hotel ni! Kemudahan banyak, macam-macam ada disediakan. Susun atur dalamannya pun cantik, banyak perabot kayu-kayu. Lagi best dapat tengok pemandangan cantik dari hotel tu.. tenang je rasa kan
www.maisarahsidi.com
Laa tempat dia kat tepi pantai kan.. Mati2 pikir tgh2 hutam sbb nmpk damai je.. Hehhe.. Tapi bestla view dia..nampak tenang je.. Sesuai kalau nk rehatkan minda citi ke sini amik angin .... Bilik dia pon simple tp nice! Kalau kita dpt suasana cmni mmg nk lama stay je. Hahaha
Wahh beruntung dapat gi jenjalan gan kenkawan. Dapat duduk kat tempat yang cantik pulak tu. Pernah gi damai laut tapi tak ingat lak duduk kat mana sb dah berzaman dah.
lama dulu pernah ke sini jugak, memang best dan puas hati dengan semuanya , cuma kami tak makan kat situ..tapi takper ...next time nak stay situ dan cuba hidangan yang ada
Can't remember when was my last trip here. Miss this place so much!!!
Bestnya haaaa dapat bercuti. Kita duk terperuk je kat KL ni. Hahahha. InsyaAllah bleh pilih hotel ni. Anak-anak dah nak ke pantai. Belum berkesempatan.
Macam pernah dengar dan familiar dengan nama Damai Laut ni. Bila baca entry ni, baru tahu kenapa macam familiar sebab macam selalu dgr orang cakap. Tapi menarik sungguh tempatnya. Accomodarion pon really looks high class! It is the best moment bila dapat jalan² dgn geng. View hotel yang sangat tenang dan dapat release everything.
Bestnyaaa weekend getaway! Banyak juga tengok facilities tempat dia, ada extra charges tak kalua nak guna? Teringin nak naik benda alah unicorn tu hahhaah. Sauna dia pun best. Ni kalua holiday memang duduk kat dalam tu saja, tak pergi tempat lain dah hahah.
yes thats what i heard too, become their member is more worth it and yearly can go to any of their hotels for a getaway. hahaha
How to deal with markets ups and downs?
Wah best giler apartment dia.. Semua serba serbiblengkap. Bilik pun cantik dan luas. Memang sesuai dengan harga dia. Nampak tennag je. Kemudahan pun bnyak.. Siap ada mini themepark tu.. Memgbseronokla kalau bercuti dekat sini
Betul2 lepas stress keje bila tgk view yg cantik cenggini.. Tapi bilik studio dia Betul2 luas dan selesa.. Siap ada peti ais n dapur elektrik memasak.. Mmg sesuai bawa famili datang nie..
Damai laut is such a beautiful place and the hotel looks amazing, I always like hotels that comes with a kitchen after I have kids it's more practical for me.
Korang memang pakat pakai baju color biru ke apa ni? Takde rezeki nak join korang trip kali ni. Next time mungkin.
Mcm mn nk booking yg apartment ni? Sy dah 2 kali check in situ tp dkt swiss garden beach resort damai laut je yg paling belakang tu dkt dgn pool yg ada theme park... Xpernah pula dpt booking apartment yg belah dpn ni...
Klu stay sini ada pool sndiri x?atau pool yg sm ada theme park blkg tu...?kena bwk kereta la ke blkg ye?
Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators
Post a Comment