Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Masakan asam pedas sudah sememangnya terkenal sejak dulu lagi. Negeri yang paling terkenal dengan masakan asam pedas ialah Melaka. Rata-rata rakyat Malaysia memang sukakan masakan asam pedas termasuk Faries sendiri. Nak cerita, baru-baru ini Faries pergi ke kedai asam pedas yang agak popular yang terletak di Ukay Bistari Ampang iaitu Kantin Asam Pedas. Nama kantin tu tak tahu mana dapat tapi masakan asam pedas kt sini memang kaw kaw lah.
Kantin Asam Pedas merupakan perniagaan pasangan suami isteri iaitu Puan Lin dan suaminya, Mereka berasal daripada Melaka. Korang boleh bayangkan tak bila orang Melaka sendiri masak asam pedas. Fuhhhh! Apa yang menariknya di Kantin Asam Pedas ini ialah asam pedas yang ditawarkan berbeza-beza rasa mengikut permintaan yang isi apa yang korang nak. Maklumlah sesetengah kedai asam pedas dieorang guna kuah yang sama dan isi saja yang berbeza. Inilah istimewanya restoran Kantin Asam Pedas ini.
Selain daripada itu, konsep kedai yang agak klasik akan membuatkan korang mengimbau atau berada dizaman 70 an dan 80 an. Memang unik konsep dan hiasan yang terdapat di restoran ini. Menurut Puan Lin, hiasan kedai 100% rekaan dan idea daripada suaminya yang juga merupakan seorang anggota polis.
Jom kita lihat jenis-jenis asam pedas yang terdapat disini:
Antara jenis-jenis asam pedas yang ditawarkan termasuk ayam goreng dan ulam ulaman. |
Asam Pedas Telur Ikan Mayong
Kegemaran ramai. Kalau nak datang untuk dapatkan telur mayong ni korang boleh contact kedai dulu taw |
Asam Pedas Daging Tetel
Daging tetel pun best. Rasa asam pedas rempah. Memang kaw |
Asam Pedas Ikan Tengiri
Eh bukan ni je taw, ada lagi pelbagai pilihan antaranya
Ikan Merah
Ikan Jenahak
Ikan Duri
Ikan Parang
Ikan Sembilan
Ikan Kembung
Kepala Ikan
Untuk pengetahuan semua, kesemua jenis asam pedas di sini ditawarkan termasuk set yang boleh dimakan untuk 2 orang. 1 set terdapat asam pedas, nasi, telur masin, ikan bilis, ulam-ulaman dan air sirap kenduri kawin. Huishh. Nasi dan air sirap boleh refill ya.
Ikan masin dan Telur Masin |
Ulam-ulaman |
Lempeng kelapa merupakan salah satu signature kat sini. Memang sedap! |
Harga?
Mesti nak tahu pasal harga kan?Faries rasa harga yang ditawarkan memang sangat berpatutan dengan portion makanan yang disediakan agak banyak. Untuk set asam pedas untuk 2 orang makan lebih kurang dalam RM 15 kebawah. Untuk telur ikan mayong pula lebih kurang dalam RM 50 tapi portion yang disediakan lebih banyak taw.
Secara keseluruhan memang Faries berpuas hati. Memang Kantin Asam Pedas akan jadi salah satu tempat pilihan ni. Memang nak kene repeat lagi. Jom ramai-ramai ajak keluarga, kawan-kawan kesini.
Terima Kasih Kantin Asam Pedas =)
Untuk pertanyaan lanjut, boleh layari
03-4101 9876
Waktu beroperasi: Selasa hingga Ahad 11.30 pagi hingga 4.30 ptg
E - G - 14, Residensi Bistari,
Jalan Ukay Perdana,
Taman Ukay Perdana,
Hulu Klang,
68000 Ampang,
Selangor
18 comments:
dekat dengan office i ni.. rasa nak pergi try try.. asam pedas my favourite... drooling!
So bagi mereka yang berminat untuk makan telur mayong tu kenalah call dulu untuk tanya sama ada ada lagi stok kan? Makanan di sini semuanya sedap sedap belaka.
Allahu, sedap tengok menu2 adam pedas dr kantin asam pedas ni..nak2 pulak makan asam pedas lawan dengan sambal belacan, telor masin, ulam2..mmg padu!!!Tapi asam pedas teloq mayong tu dr ikan mayong ke..mayonis hahaha..tengok sedap baq hang..nti turun kl..wajib singgah
Menarik...semua lauk pauk nampak sedap..akak masih dalam pantang makan lagi ni tau...tapi bila nampak makanan tu terus mendidih perut..laparnyaaaa..nanti nak terjah la..harga pun reasonable..deco restoran pun menarik penuh nostalgia
sedapnyer tengok lauk2 tu sume.... i love asam pedas!! boleh try la ni!
menarik sangat semua menu di kantin asam pedas ni terutamanya yang telur ikan mayong tu... harga pun not bad memang kena sangat lah dengan apa yang dihidang, tempat dan deko pun nampak sangat nostalgia, i should go check out !
I don't like asam pedas but i like the environment here looks good. Will go here to try eat in this ambience. Thank you for sharing.
Teringinnya nak makan asam pedas telur ikan mayong tu! Walaupun Nad tak pernah rasa and taktau pun rasa dia camne, tapi nampak menggiurkan betul. Kena tanya kedai dulu eh asam pedas yang tu ada ke tak kalau nak datang. Mesti larisss tu.
Mengundang betul tau bila tengok gambar-gambar ni. Now dah terbayang bayang balik keenakkan asam pedas di sana terutama telur ikan mayong tu..adehhh sedapnya, nampak gaya kena repeat semula ni..:D
teringat-ingat asam pedas telur ikan mayong di sini. Ya Allah sedap sangat ! first time rasa terus jatuh cinta. lokasi dia agak jauh dan tak berapa strategik tetapi berbaloi datang. nanti nak repeat lagi.
Suka gila dekorasi kedai makan ni...
Suka jugak asam pedas tu...
Alahai..
Alahai
Sedapnya yg asam pedas tetel tu...
Nak jugakkk
oh gosh, looking by your photo i already feel like sweating! the asam pedas memang looks very gao gao, like super spicy type! but i like it! good to go with a bowl of rice! haha
Omgg sedap2 lauk kat sini. Especially yang asam pedas tu mmg nampak kaw betul kuah dia. Boleh rekomen kat member utk dtg mkn kat sini satu hr nanti
Food aside, I just fell in love with the kefai decoration. Cantiknya. Nampak classic sangat.
tak pernah makan lagi telur mayong tu.. kalau popular mesti sedap gila sampai kena contact dulu.. hehe
sedap semuanya..siapa tak suka asam pedas kan..tengok ni pun dah terliur..Kedai pun nampak unik , macam dekat kampung dah..ehehe
Banyak betul pilihan asam pedas kat sini makan dengan ulam, nasi putih panas + ikan masin. Memanh tambah berpinggan macam ni.
asam pedas lagi....mesti sedap betul ni...ramai rakan-rakan p bwt review kt asam pedas ni...mcm mana pn bonda mesti jgk la nk p rasa asam pedas yang viral ni...
Post a Comment