Wednesday, February 13, 2019

Raikan Perayaan Tahun Baru Cina di Sunway Lagoon- Best Reunion Ever

Assalamualaikum dan Salam Semua


Hampir 2 tahun Faries tak menjejakkan kaki ke Taman Tema Terbesar di Malaysia iaitu Sunway Lagoon. Dulu kerap juga kesini bersama keluarga dan kawan-kawan. Baru-baru ini, Faries berkesempatan sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina ke Sunway Lagoon.

Apa yang menarik bersempena dengan Tahun Baru Cina tahun 2019 ini? Kali ini SL telah membawakan memberapa persembahan dan aktiviti-aktiviti menarik bersempena dengan Perayaan Tahun Baru Cina ini. Tema untuk Perayaan Tahun Baru Cina ini ialah Sunway Lagoon Best Reunion Ever. 

Jom kite tengok antara aktiviti-aktiviti yang diadakan.

1. Welcome Dance Prosperity For All
9.50 am- 10.00
Main Entrance


2. Meet & Greet 
God of Prosperity, Captain Quack and Lady Quack
9.50am- 10.20 am
Carousel Stage


3. CNY Sand Art Workshop
12 am- 2 pm
Surf Beach



4.Majestic Drum Show
1.30 pm- 1.50 pm 
Surf beach


Ini antara tempat-tempat yang sempat Faries terjah. Terlalu banyak aktiviti dan terlepas beberapa. Ada juga beberapa lagi aktiviti yang ditawarkan sehingga 19 Februari ini, antaranya:

*Hua Ren Heritage- Surf Beach
*Cny Meet And Greet Spongebob and Patrick- Nicklodeon Lost Lagoon
*Angpow Give away

Memandangkan lama dah tak kesini banyak juga tempat Faries pergi seperti rumah hantu, zoo dan mandi manda di Surf Beach. Kali ni pergi berdua je dengan si Zharif. Kau ramai-ramai mesti seronok. Permainan extreme2 Faries tak naik yer sebab takutttt. Masyaallah...







Jom datang beramai-ramai ke Sunway Lagoon untuk merasai keseronokan yang ada disana serta sertai beberapa aktiviti menarik yang ditawarkan bersempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina 2019 ini. 


Nak tahu lebih lanjut, Jom layari

19 comments:

Syamimi Saad said...

Ramai juga ye rakan rakan ke sunway lagoon time cny haritu..
Syok main air dengan kawan kawan..
Pastu ada mini zoo sekali kan dalam tu.
Harimau putih tu susah nak jumpa kan sekarang.
Nampak cantik.

Murni Alysa said...

Syoknya korang..akak dah lama teringin nak pergi sini. Nanti kena menabung laa boleh bawa anak2 masa cuti sekolah hujung tahun nanti..

Chris_Sella said...

banyaknya aktiviti dekat Sunway Lagoon time CNY. mesti sesak juga kan sebab musim cuti sekolah lagi.

Ruby said...

Seronoknya!!!! CNY tahun ni cuti panjang. Memang elok sangat pergi mandi manda di Sunway Lagoon tu. Akak balik kampung pun anak dah ajak ke pantai. Takleh duk rumah, rasa terperap aje. hahaha

Huda Halid said...

Syok yer faries, time cuti CNY dapat main air dan tengok macam2 haiwan kat sunway lagoon. Lama tak tengok tarian singa. Menarik betul promosi sempena CNY di sunway lagoon dengan pelbagai aktiviti menarik

adianiez AIDA said...

ramai sungguh buat review ni.
surely penuh sunway lagoon dgn blogger / influencer.
lama aida x gi.
baca baca uolls buat review ni, tertarik nak gi plak.
tgk la camne.
menarik. ni antara taman tema otai kat Malaysia. trusted lah.
confirm seronok punyer. aida pernah sekali masuk, back in year 2000.
still bujang, gi dgn kawan2 Uni.

Ezna Khalili said...

Lama dah tak pegi Sunway Lagoon ni. Setakat lalu je masa nak pegi Sunway Pyramid. Banyak dah tarikan dia eh?. Kena terjah juga ni.

Cik Min said...

Sahhh kemain sakan awak ye sambut CNY kat sunway lagoon. Syiok jugakan bawak family kat sini

cindyrina said...

Sunway Lagoon ni dah macam macam attraction dia. Makin menarik and makin best. Mesti meriah tahun baru you celebrate kat sini.

Māmy Syu said...

Lama tak ke sunway lagoon. Last pergi masa 2011,masa tu single lagi ahaks. Sekrang kalau nak pergi sudah berlima haha

Mawardi yunus said...

Bestnya wak dapat sambut raya cina kt sunway lagoon. Kita kat batam masa ni. Tak dapat join

Hanny Abdullh said...

Wahh bestnya, cuti CNY jenjalan ke Sunway Lagoon. Sis dok rumah menanggung sakit je..huhuhu. Lama jugak tak kesana, nanti dah sihat leh le sis terjah sana

Nadia Johari said...

best betul kalau datang ke sunway ni tau..sehari macam tak cukup je.Banyak tempat mandi, banyak permainan..kalau boleh semua nak cuba

Tekkaus said...

Since it's a whole strecth of holidays a lot didn't miss the opportunity to spend quality time with friends and family. Sunway Lagoon is really such a good place to spend quality time together and have fun.

mrsliez said...

tempat paling best untuk habiskan masa dan lupakan masalah. dah lama tak pergi sunway lagoon.. last sekali tahun 2015 kot tu pun sebab ada event keluarga dekat sini. seronokm dapat main-main air dengan main extreme game dekat sini

Rawlins GLAM said...

Kenapa tak ajak Rawlins sekali hari tu? Rawlins mereput je kat rumah masa cuti CNY tu. Kalau ikut, bestnya mandi seharian kat situ.

Zayani Zulkiffli said...

Sunway ni tak pernah puas datang walaupun selalu masuk. Banyak tarikan dengan promo pun best.

Mahamahu said...

Untunglah kita raya cina kat kampung jer awak tak dapat pergi tempat best macam ni hehehehe lama tak pergi sunway lagoon rasa macam nak mandi lagi kat vuvuzela tu betul ker heheheh..

miao sai said...


ayo daftarkan diri anda di 4g3n365*c0m :D
WA : +85587781483