Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Perayaan Tahun Baru Cina bagi tahun 2019 sudah melabuhkan tirainya. Macam mana perayaan Tahun Baru Cina tahun ini? Meriah bukan walaupun Faries tidak menyambut perayaan ini, kemeriahan itu terasa dengan adanya perhiasan-perhiasan menarik seperti replika pelbagai jenis tanglung, bunga-bunga musim luruh, banner ucapan “GONG XI FA CAI”, rumah-rumah Cina dan hiasan menggunakan angpau serta percikan bunga api. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum kite menghormati budaya dan adat setiap kaum dan itulah kunci keharmonian Malaysia sehingga kini. Ewah! Berkata-kata pulak kan.
Faries nak cerita yang baru-baru, Faries telah menghadiri satu majlis iaitu Yee Sang Thank You Party bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC). Korang pernah makan Yee Sang? Ini adalah satu menu penting bagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Untuk pengetahuan semua juga, ini kali pertama Faries merasai sendiri Yee Sang ini. Rasanya sedap dan unik dan kombinasi ikan salmon segar dan campuran Yee Sang sangat harmoni.
Selain itu, tema untuk majlis ini ialah Crazy Rich Asian dan mula-mula dapat tahu pasal tema tu siap google nak pakai apa. Hahaha. Faries pakai biasa-biasa je malam tu dengan mengayakan kemeja berkolar. Tak nampak macam crazy rich tapi nampak hensem.hehehe
Perjalanan majlis juga lancar dengan menu-menu hidangan bertemakan chinese cuisine dan disertakan beberapa persembahan nyanyian dan tarian Naga. Part paling best ialah cabutan bertuah yang hadiahnya sangat-sangat hebat ye. Malam tu tak bertuah tapi kawan-kawan dapat pun dah rasa seronok. Pengalam pertama menghadirkan diri di majlis sambutan Perayaan Tahun Baru Cina ini betul-betul membuatkan diri ini rasa teruja menyambut perayaan kaum lain. Diharap tahun depan dapat sertai lagi majlis-majlis seperti ini.
20 comments:
pagi-pagi tgk ikan seketoi tu....rasa macam lapar la pulak. memang meriah sangat tu nampaknya majlis nih. Beruntung di jemput.
Tak pernah cuba lagi yee sang. Teringin sebenarnya nak try. Nak nak lagi bila try yee sang yang betul betul orang cina punya. ada tempat sebab melayu ramai, dieorang olah sikit isi yee sang kan
Tengok senarai menu dia tu...aduhai..kecur air liur...memang rusgi la akak tak pergi..tak rsvp sebab takut tak dapat tunggu lama...hahaha..padan muka sendiri kan...lepas ni kena pergi la...baru sedap makan ye tak...
meriahnya..akak pon baru taun ni berkesempatan merasa yee sang masa sambutan CNY dekat office..sedap yee sang..akak suka..
Tahun ni sempat juga Yee Sang dengan hubby haha.. Tapi tak dapat Yee Sang ngan kawan2 macam tahun lepas2. Menu tu nampak sedap betul. Tiger prawn tu fuhh.. DELICIOUS!
Sedap yee sang ni. Sis suka sangat bila dapat makanan chinese cuisine ni tau. Setiap kali hari raya china mesti dapat join yee sang dengan mereka.. Best sangat
Makn yee sang seronoknya masa lambung lambung tu. Masing2 jerit wish masing2 kan..yee sang berterabur pun dah tak kisah hehe
Orang kata yee sang ni sedap.
Tapi setakat ni tak pernah lagi rasa mcm mna rasa dia..
Seronok dapat join event perayaan mereka.
Sambutan makin meriah.
Sedap nya dapat makan Yee Sang reramai. Sis 2 kali je dapat join makan Yee Sang. Memang sedap..kalau lah selalu adakan best..hehehe
belum pernah tengok live dan merasa suasana yee sang....kita ni walaupun berlainan bangsa tapi kita tetap rakyat malaysia , so tak salah untuk kita raikan bersama sebab ini bukan perayaan agama sesuatu kaum tapi lebih kepada sambutan tahun baru mengikut kalendar....masa kat Korea baru2 ni saya pun sempat tengok dan lihat depan mata Korea Lunar New Year’s Day (Seollal) disambut mereka yang harinya sama dengan CNY kat Malaysia dan serata dunia....
Wah meriahnya wak. Best dapat meraikan ramai2 bersama kawan2. Dapat juga jnputan ritu tapi tak dapat nk bagi komitment utk ke sini.
Takde rezeki duduk semeja ye kita haritu. By the way sebab emi sampai lambat, tak sempat nak tengok tarian naga tu. Tapi suka event macam ni, terasa kemeriahan tu.
Wah. Ikan seketul tu memang sungguh menarik rasa. Rawlins teringin gak nak join so please next time ajak Rawlins ye. Best sungguh acara meriah sebegini kan.
Nampak memang meriah majlis ni. Lama x datang event macam ni. Seronok kalau dapat keluar dengan kawan2 dan makan2 bersama. Tema dia pun ohsem
Wahhh panjang nye yee sang table. mesti meriah sgt ni kan. untung kita duduk malaysia ni, byk perayaan yg kita boleh share dgn kawan2 bangsa lain.
Tahun ni rata-rata onie tengok agak meriah sambutan CNY wak. Tapi kita tak berkesempatan nak join. Hehe... Yee Sang tu onie tak pernah cuba lagi,hehe
Tak pernah makan yee sang, dan memang teringin nak makan. Best yer makan chinese food, nampak sedap dan menyelerakan
Wow! best nyer dapat pergi yee sang party macam ni. Makanan pun sangat mewah and dapat tau kawan kita juga memang hadiah lucky draw yang best best.
Besarnya yee sang. Ramai betul manusia. Tema menarik! Crazy Rich Asian.
agen365 agen jud! online terpecaya dan teraman di indonesia :)
WA : +85587781483
Post a Comment