Tahun 2019 sudah masuk bulan yang ke 3 dan minggu hadapan cuti sekolah sudah bermula. Korang dah rancang percutian untuk tahun ini? Baru-baru ini, Faries bersama-sama kawan telah bercuti di Bukit Gambang Resort City yang terletak di Gambang, Pahang. Korang nak baca kisah percutian Faries kesini dan kenapa Faries memilih BGRC sebagai tempat percutian kali ini? Jom teruskan membaca yer....
Bukit Gambang Resort City merupakan salah satu tempat percutian yang menarik yang terletak jauh daripada kesibukan ibu kota. BGRC mempunyai keluasan tanah sebesar 727 hektar. Bukit Gambang Resort dibangunkan sebagai satu tempat percutian yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik. Untuk pengetahuan semua, BGRC telah dianugerahkan dengan beberapa anugerah antaranya ' Taman Tema Air Terbesar Di Malaysia' dan juga " Dewan Terbesar Di Malaysia".
Everia Villas Resort
Tempat penginapan kami untuk 3 hari 2 malam di Bukit Gambang Resort City. Everia Villas ni sangat luas dan boleh dikategorikan sebagai Banglo yang mempunyai 4 bilik dan 4 bilik air. Memang sesuai untuk seisi keluarga. Everia Villas Resort ini mempunyai 3 jenis iaitu San Francisco, Amsterdam Villas dan Venice Villa. Tempat yang kami tinggal ialah San Francisco. Memang cantik dan setiap rumah mempunyai warna yang berbeza-beza. Cantik taw nak OOTD uolss.hehehe. TV pun dilengkapi dengan internet. Layan Youtube je lah dan tengok juga rancangan-rancangan tv lain.
Selain itu, kalau korang datang berdua korang boleh juga tempah penginapan di Arabian Bay Resort atau Carribean Bay Resort. Kedua-dua tempat ini cantik dan selesa juga
Bukit Gambang WaterPark
Active Academy
Selepas check in masuk ke bilik, tempat pertama yang kami terjah ialah ke Bukit Gambang Water Park. Untuk pengetahuan korang, ini merupakan kali kedua Faries ke sini. Dah banyak perubahan. Apa yang Faries paling suka dengan Bukit Gambang Watarpark ini ialah suasana taman tema dalam air didalam hutan. Tenang dan sejuk je. Best! Rasa waterpark ini pernah dianugerahkan sebagai waterpark terbesar pada tahun 2011.
Gelongsor yang paling best dekat sini mestilah The Longest Family Ride. Boleh naik beramai sampai 8 orang. Memang havoc giler. Gelongsor superman tu pon best sangat. Terbang taw rasanya.Hahaha. Kiteorang pun sempat main bola tampar meluangkan masa bersama-sama. Eh ada benda lagi Faries nak bagitaw, kat sini pizza dia sedap gilerr.hahaha
Hari kedua, kami mulakan aktiviti kami di Active Academy Bukit Gambang Resort City. Apa yang bestnya dekat sini. Korang boleh buat macam-macam aktiviti macam tunggang kuda, paintball, memanah, ATV ride, Skytrail dan juga flying fox. Serius best! Ini merupakan pengalaman pertama Faries try flying fox. Teruja habis weh.hehehe.
Bukit Gambang Safari Park
Selepas seronok menghabiskan masa di Active Academy, kami terus ke tempat yang Faries tunggu-tungu iaitu ke Bukit Gambang Safari Park. Kepada sesiapa yang suka tengok haiwan live dan dekat boleh ke sini iaitu WILD SAVANNAH. Kiteorang dibawa masuk menaiki bas kecil kedalam kawasan haiwan-haiwan liar. Selain itu, kiteorang pun dapat ride sendiri ATV jalan-jalan dekat tempat haiwan ni. Macam-macam haiwan ada dekat sini taw antaranya Liama, Bear dan banyak lagi haiwan-haiwan yang Faries sendiri tak tahu kewujudannya.HAHAHA.
Eh bukan itu aja, disini juga terdapat 4 pertunjukan yang korang boleh tonton sepanjang satu hari korang dekat dalam Bukit Gambang Safari Park ni. Jadi korang dah boleh bayangkan kiteorang keluar dari sini jam 9 malam.hehehe Jangan risau sebab memang enjoy sangat.
Antara pertunjukkan yang ditunjukkan ialah:
-Predator Instinct Show
-Wonderful Bird Show
-Multi Animal Show
-Indiana Stunts Show/Night Jungle
Kesemua pertunjukkan best dan Faries paling suka pertunjukan Indiana. Terhibur habis. Eh dieorang pun ada pertunjukan Api sebelum persembahan Indiana Show. Kami juga menikmati makan malam di Simba Hill Gourment dimana restoran berdepan dengan kandang Singa Putih. Makan-makan sambil tengok Singa Uollsss.hehehe. Restoran Simba ni pun best taw. Makanan yang disediakan ialah makanan western. Faries suka konsep restoran ni.
Eh lupa nak cerita tempat makan kami disana, sepanjang 3 hari 2 malam kami makan di Arabian Cafe. Makanan pun best-best taw dan banyak pilihan. Dan pada malam pertama, kami berbqq di hadapan resort kami. Kalau korang menetap disini korang boleh BerBBQ dengan pilihan sendiri ataupun diuruskan oleh pihak resort.
Sejujurnya, Faries memamg berpuas hati bercuti di Bukit Gambang Resort City ini. Selesa dan pelbagai aktiviti korang boleh lakukan disini. Sebenarnya banyak lagi aktiviti seperti Fun Fair untuk kanak-kanak, Karaoke ke, Snooker dan banyak lagi. Tak sempat nak explore semua. Tapi soon insyaallah Faries akan bawa Family kesini pula.
Terima Kasih Bukit Gambang Resort City <3
Nak dapatkan maklumat lanjut mengenai Bukit Gambang Resort City, Sila layari:
atau hubungi
+609-5488000
Email: enquiry@bgrc.com.my
21 comments:
wanted to go but no chance yet. Glad you sharing here, if have family bonding time will be great. I have a teenager son maybe he likes to check this too.
Pool besar tu menariknya lah😍
Menarik juga kat sini. Pernah datang sekali je kat sini. Paling best kat dalam ni banyak aktiviti. Masa tu tak sempat nak tengok safari ni. Mandi kat water park dia je cuma masa tu hujan pun turun jadi tak boleh nak stay lama2. Kena repeat balik la camni. Anak gajah tu punya gading kena potong ke tu?....
Setakat ni tak pernah lagi la bercuti di Bukit Gambang tu. Selalu baca perkongsian kawan kawan je yang bercuti disana.
Tengok tempatnya menarik.
Kalau pergi sana macam complete la tempat percutian tu.
Anak anak boleh bersukaria di taman tema air.
Kalau ada anak lain nak tengok haiwan dan binatang pun ada safari dia kan.
Syok la hai..
Cantiknya villa tu. Besar dan luas pulak tu. Nampak macam simple sebab tak banyak perabut. Tu yang buat dia nampak kemas dan teratur. Saya last pergi gambang main air dengan tengok haiwan dalam 5 tahun lepas. mesti dah banyak perubahan kan
I memang suka pergi Bukit Gambang. Lots of activities for kids to explore.
amboi bukan seronok dapat naik atv pusing taman safari. dah lama tak pergi bukit gambang resort city, last rasanya 3 tahun lepas. luas jugak villa resort..ingatkan rumah orang rupanya villa untuk customer stay. nampak cantik dari tepi jalan otw nak masuk resort tu..nanti cuti sekolah boleh la suggest ayah datang ke sini
Nampak menarik. Saya belum pernah pergi sana lagi. Should plan a trip there soon.
Not bad la tempat ni cantik dan luas. Boleh lakukan macam2 aktiviti pulak tu. Kalau nak buat gathering boleh rekomen tempat ni..
Wahh, asyik pergi main air je ye. Bella tak pernh sampai ke Taman Tema Air. Btw, biliknya besar dan selesa ya. Teringin juga nak naik kuda tu walaupun kuda padi. hehehe.
Gedabak besaqqq. Ni satu keluarga belah mak cukup ni sumbat sumbat dalam bilik. Dah lah dekat eh taman tema Gambang? jap gambar lawa guna camera apa? Hahaha
Rawlins pun suka waterpark dia. Rawlins pernah stay kat BGRC dulu untuk konferens pelajar siswazah. 3 hari duk sana so memang enjoy memacam la. Entah bila lagi nak pergi hehe
Memang besar la pool dia. Ni kalau anak dara kinah nampak ni mau tak nak naik ni. Selain taman tema tu, banyak jugak aktiviti menarik boleh kita join. Wowwww nak pergi la nanti
Bestnya tengok.. Rumah villa tu cantik dan luas ye.. Boleh bawk masuk ramaiborang. Aktoviti dekat sana best juga ye.. Ada tempat haiwan, memamnah.. Menarikla tengok.. Enjoy sangat tengok korang p sana
Syiokkkk nya! Kita dah lama sangat tak pi Gambang. Suka pi sana tenang!
Besar selesa villa tu. Kita tertarik. Nanti nak booking laaa bawak family besar ramai ramai.
bestnya pergi buat aktiviti dekat gambang resort. Iza yang duduk kuantan ni pun tak pergi lagi. hahah. ntah bila ntah nak pergi. tapi gambang macam dah banyak aktiviti best je. boleh la nanti pergi. tak jauh pun.
Cantik jugak bukit gambang ni, luas dan byk jugak aktiviti blh dijalankan. Blh plan famili trip ni kat bukit gambang!
Est pa dia gi jalan2..hehe cantik kan gambang ni rupanya. Dulu2 zaman i dok study kat ikip, gambang ni tak ada apa pun tp sekarang dh jadi tarikan
I have yet to visit this resort. Wow by the look of it, there are definitely so many activities to be done and so much to be seen. Will surely visit this place one day.
ayo daftar di agen365*com :D
WA : +85587781483
Wahh..best ni
Post a Comment