Assalamualaikum dan Salam Semua
Tidak lama lagi, bulan yang penuh barokah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam di seluruh dunia bakal tiba iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Rasanya baru je puasa tahun lepas dan tahun ini dah kembali lagi bulan yang suci ini. Eh bila bercakap pasal bulan ramadhan je mesti korang dah boleh syak Faries nak kongsikan apa untuk korang pada bulan istimewa ini. hehehe..
Rasanya daripada tajuk je korang dah boleh agak. Tahun ini Faries nak kongsi tempat berbuka ramadhan yang merupakan salah satu tempat kegemaran Faries berbuka puasa setiap tahun iaitu di Restoran Riverside, Putra World Trade Centre (PWTC). Nak tahu kenapa Faries suka sangat berbuka puasa disini? Jom teruskan membaca....
Untuk pengetahuan semua, pada tahun 2019 ini PWTC membawakan tema " Citarasa Warisan " dan menawarkan hampir 250 menu menarik untuk semua para tetamu. Wah! Menarik sungguh. Pasukan Chef PWTC yang diketuai oleh Eksekutif Chef, Suzaini Mohamed Salih yang akan menghidangkan menu istimewa masakan kampung dan akan bertukar jenis setiap minggu. Antara menu-menunya ialah Ayam Kampung Kerisik, Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk, Ikan Patin Tempoyak dengan Timun Tua dan pelbagai juadah lagiPakej Buffet Ramadhan ini akan bermula pada 8 Mei sehingga 3 Jun 2019.
Barisan Chef-Chef yang menyediakan juadah makanan |
Selain itu, hidangan pelbagai jenis Ulam-ulaman hampir 13 jenis. Pilihan keropok, Ikan Masin, Jeruk dan hampir 14 jenis sambal disediakan. Pelbagai pencuci mulut juga ditawarkan. Memang best. Minuman juga terdapat pelbagai daripada yang sejuk dan juga yang panas. Maklumlah minuman merupakan benda yang korang wajib cari dulu sebelum berbuka puasa. hehehe
PWTC juga menyediakan hampir 24 gerai kecil yang menyediakan pelbagai pilihan makanan menarik. Korang nak apa? Sup, Bubur, ABC, Goreng pisang, Bubur, dan pelbagai lagi disediakan di setiap gerai kecil ini. Fuhhh!
Pilihan pelbagai jenis lemas. Lemang jagung pun ada taw.hehehe |
Antara gerai-gerai kecil yang disediakan. Banyak pilihan makanan uolsss |
Bukan itu sahaja, apa yang istimewanya setiap tahun PWTC menyediakan satu tempat yang dipanggil sebagai "Craving Station" yang menyediakan pilihan Kambir Panggang serta sos lada hitam dan sos cendawan yang pasti membuatkan para tetamu beratur!
Nak tahu lebih lanjut atau membuat tempahan,Sila layari,
Harga?
Dah bagi tahu antara menu-menu istimewa dan menarik kan. Jom kita tengok harga yang ditawarkan pula. Harga bermula serendah,
Dewasa: RM 88 pax
Kanak-Kanak: RM 45 pax
Warga Emas 60 Tahun keatas: RM 75 pax
Pakej berbuka puasa Persendirian dan Koprat : RM 98 pax
Untuk tempahan minima 100 pax keatas
Termasuk Dewan Khas, Sistem Audio, Parking Tetap Bernilai RM 5, Tempat solat Khas
Berbaloi bukan harga yang ditawarkan dengan menu yang disediakan. Nak senaraikan semua memang tak larat dan tak habis sebab terlampau banyak. Jom korang bawa seisi keluarga dan kawan-kawan ke PWTC untuk menikmati juadah berbuka puasa tahun ini.
Eh satu lagi, PWTC menyediakan pakej 'Early Bird' dimana korang boleh tempah awal pada harga yang lebih murah serendah RM 75 setiap seorang sebelum 5 Mei 2019 dan korang juga mendapatkan promosi menarik dan baucer di aplikasi Fave dan 11 street.
Nak tahu lebih lanjut atau membuat tempahan,Sila layari,
Atau terus ke kaunter tempahan di aras 2, PWTC dari jam 9.00 pagi- 5.00 petang
Restoran Riverside 03-26146701/6702
21 comments:
woahhh makanan sebanyak ni kalau hari2 makan during fasting month agak2 boleh capai tak target nak kurus. huhuhu.. ok xpe still ill keep it dlm my wishlist punya post berbuka.
bestnya.... nanti nak cari voucher dekat Fave la
Alahai..
Best nya menu menu mereka semua tu..
Ada lauk siput sedut eh.. Sedap tu..
Pencuci mulutnya pun semua best best..
Bestnya kalau bulan puasa nanti berpeluang ke sana.
Banyak dah tempat open preview ramadhan. Masing² berlumba nak bagi yang terbaik dan memuaskan hati semua pihak. Tengok sahaja kepelbagaian makanan dan ahrga yang ditawarkan. Semuanya affordable . So ramai yang akan jadi teruja untuk pilih tempat mereka untu berbuka bulan puasa nanti
wow nice to know of this place, long time no go PWTC area. I think has got few years now. Good to let friends that planning to go for buka puasa meal. I usually like eat dessert first :D
Ok.. Telan ailio tengok menu2 nya.. Sedap nya dik... Akak kt penang ni bila ntah reviewnya
Pernah review River Side last year. Memang food kat sini sedap dan amat berpatutan dengan harganya. Pilihan memang banyak! Rugi lak tak pegi this year. Huhuhuu
Wow banyaknya makanan kat sini hehehehe kita pun suka makan sini sebab makanan tempatan mereka semua ada rasa yang sebenar dan sedap. Heheheh awak nanti belanja kita yer makan kat sini buka puasa hehehehe awas nanti ada orang nak ambil gambar ngan artis hehehehe..
menarik promosi dan pakej bufet Ramadhan dekat River Side ni... tertarik dengan menu siput sedut masak lemak dengan kambing grill tu memang fav Bonde tu...
Ok juga, the dishes looks sedap and also terdapat varieties of selection. Plus the harga also berpatutan.
Banyak juga menu yang ada di sini ya. Ada 250 menu kan. Kalau akak mahu ramvang mata nka pilih menu apa untuk iftar nanti. Nak try makan semua tapi perut kita bukan besar pun nak masuk semua. Harga yang ditawarkan juga berpatutan.
Makanan kat sini memang sedap2 dan harga pun sangat berpatutan. Variasi lemang yang ada kat sini tu yang menariknsangat tu!
Kita suka bubur lambuk dan kambing golek tu.. serius last year pun asyik makan bubur lambuk tu.. semua makanan sedap dan kena citarasa. Bila bulan puasa memang org cai makanan melayu. Gerai minuman tu pun best, ada iar sejuk dan panas.. sedap minum air tebu dan mata kucing.mmg kena masuk list restoran riverview pwtc
Sekejap je bulan puasa nak datang kan.. Banyak dh tempat buat preview buffet ramadhan ni.. Sini pun nampak sedap semua makanna dia. Kambing bakar yang tak tahan tu..
kalau pegi ramadan buffet mmg puas hati dapat makan sedap macam ni.. dah la banyak booth. booth kambing tu mesti yg paling rmai org serbu
sedapnya daging golek tu..terus terliur tengok menu-menu kat PWTC ni. Harga boleh tahan murah bawah RM100, nanti boleh la suggest family datang iftar kat sini.
banyaknyaaa makanan ehhe rambang mata nak pilih makan yang mana. sedap2 pulak tu nampaknya. skrng da musim nak promote ramadhan buffet kan.. meriahla dengan makanan =D
Siput sedut tu sedap kannnn. Emi every year memang target buffet ramadhan yg below rm100 la kalau nak buat iftar dengan family & colleagues. Kalau dapat yg bawah 100 macam ni memang berbaloi sangat2 la.
Banyaknya makanan buffet Ramadhan ni, siap ada kambing golek lagi. Untuk mouse mommy, lemang dengan rendang tu wajib makan semasa buffet ramadhan dan Raya Aidilfitri ni!!!
wah menu makanan betul2 alah kampung lah. memang menarik betul2 warisan ni. tengok ada ketupat terus rasa x sabar nak raya. harga pun bawah RM100 je kan.
pergh menu pelbagai dan semua nampak sedap..ciktom memang pantang kalau tgok dessert..nati blh pergi utk buffet ramadhan..
Post a Comment