Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Lebih kurang beberapa hari lagi, seluruh umat islam akan menyambut bulan yang paling dinanti-nanti iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak bagi tahun 2019/1440 Hijrah. Korang semua pasti dah bersedia untuk sambutan bulan Ramadhan pada tahun ini tapi jangan dilupakan golongan-golongan yang memerlukan bantuan.Baru-baru ini, Faries berkesempatan menyertai satu program yang dianjurkan oleh MAIWP iaitu Jelajah Asnaf@Ambang Ramadhan 2019 bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis,Tunku Syed Faizuddin Putra Ibni Tunku Syed Sirajuddin Jamalullail bertempat di Kampung Dato Keramat Kuala Lumpur.
Program anjuran Majlis Agama Islam Wilayah (MAIWP) ini julung kali diadakan dan tetamu Diraja iaitu Raja Muda Perlis ditemani dengan Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusuf serta Menteri Pembangunan Luar Bandar iaitu Datuk Seri Rina Harun. Program ini turut disertai oleh Pengerusi MAIWP, Dato'Sri Syed Hussien Alhabshee bersama ketua-ketua agensi pengurusan islam serta peserta MAIWP Cycling Club.
Program jelalah berbasikal ini bertujuan menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf yang layak untuk dibantu yang tinggal di sekitar kawasan Wilayah Perseketuan. Dalam islam sendiri menyebut bahawa golongan miskin atau asnaf perlu dibantu walaupun kadang-kadang sukar menentukan tahap kemiskinan seseorang. Kemiskinan adalah subjektif dan relatif. Sukar bagi kita menentukan seseorang itu fakir ataupun miskin. Ini kerana, ada orang yang kelihatan bahagia dan nampak senang, sedangkan dia mungkin kekurangan belanja. Ada juga orang yang nampak hebat bergaya, bertali leher dan berkereta besar walhal pendapatannya benar-benar cukup makan. Maka, kaya atau miskin sukar ditentukan dek mata kasar.
Dalam Al Quran sendiri ada menyebut, wang zakat perlu diagih kepada asnaf yang sepatutnya dibelanjakan. Dibawah asnaf zakat,ada amil iaitu orang yang menguruskan zakat. Selain asnaf yang lapan, ia adalah satu penyelewengan sekiranya wang zakat diberikan kepada mereka yang tidak sepatutnya. Ia merupakan satu kesalahan dan dosa yang cukup besar
“Sesungguhnya sedekah (zakat) itu adalah untuk (diagihkan kepada) orang-orang fakir, orang-orang miskin, para amil yang menguruskannya, para muallaf untuk dilunakkan hatinya…” (at-Taubah 9: 60)
Jelajah berbasikal ini berlangsung dengan mengadakan kayuhan ke rumah-rumah yang ingin dilawati bersama DYTM Raja Perlis bersama Menteri-Menteri serta orang ramai menyampai bantuan serta bertanya khabar tentang kehidupan mereka. Faries betul-betul rasa bersimpati dengan nasib-nasib golongan yang kurang senang dan golongan golongan ini harus dibantu. Program seperti ini harus diberikan sokongan.
Tahniah sekali lagi diucapkan buat MAIWP kerana berjaya mengadakan program-program salah satunya seperti program jelajah berbasikal ini membantu golongan-golongan asnaf ini. Percayalah zakat yang korang sumbangkan kepada MAIWP sentiasa disalurkan kepada golongan yang perlu dan layak. Jangan mudah percaya dakwaan dan kata-kata tidak benar daripada orang luar yang mengatakan duit zakat tidak disalurkan.
Diharapkan golongan-golongan asnaf ini diberikan kemudahan dalam menjalani ibadah puasa yang akan tiba dan semoga kehidupan kita semua sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah SWT.
18 comments:
Alhamdulillah... Pihak MAIWP sentiasa ingin melihat semuanya sama rata. Semoga amkebaikan seperti ini diteruskan. Tahniah Faries kerana berjaya di akhir kayuhan membantu dalam sumbamgan memberi golongan kurang bernasib baik sama-sama rasa hidup sempurna.
Program macam ni memang menarik. Baru boleh menarik lebih ramai individu yang berkemampuan untuk turut menyumbang kepada yang memerlukan. Dalam masa yang sama dapat menunjukkan program kebajikan macam ni tak semestinya membosankan
Bagus sesekali join event macam ni. Bukan je dapat membantu malah dapat memberi kesedaran pada diri sendiri juga supaya bersyukur dengan apa yang ada dan insaf. Syabas!
satu program cukup bagus tuk dekatkan dengan golongan memerlukan. harap boleh dijalan secara berkala & tidak hanya pada bulan ramadan. sambil tu boleh exercise keluar peluh sambil hulur bantuan kan. seronok dapat pusing naik basikal
Bagus anak muda macam ni yang kita cari dan juga kita kena jadikan Ikon sebab boleh buat semua perkara termasuk program amal dan kebajikan macam ni hehehe... Bagus juga usaha MAIWP untuk memberi bantuan kepad aasnaf yang memerlukan...
Allahiakbar! Bagus sangat program macam ni. Sedikit sebanyak terbela nasib golongan² asnaf dan miskin ni. Kita kadang2 tak perasan pon akan keadaan mereka sebba kita sibuk dgn dunia kita. Tapi golongan ini masih bersyukur dengan nikmat hidup waima tidak sempurna seperti insan lain. Syukur dengan adanya program sebegini. Alhamdulilah.
Bagus insiatif yang dibuat oleh MAIWP ni untuk mendekatkan diri kita jepada nereka orang orang asnaf. Raja Muda Perlis pun humble sangat kan sanggup turun padang bersama sama untuk meninjau nasib golongan asnaf ni. Satu program yang wajib dijadikan contoh kepada semua
seronoknya dapat join program macam ni.. dah la program amal sambil dapat beriadah pulak tu.. lainkali kalau ada program macam ni roger kita eh.. nak join jugak!
Pergh baguslah aktiviti macam ni.. Berbasikal sambil bantu asnaf.. Beriadah sambil beramal.. Fuh.. Terbaikk.. Banyak juga aktiviti maiwp ni erk.. Kadang kita tak nampak.. Tapi bila jmput media mcm ni baru tau
Dah lama saya tak pergi cycling. Used to love to cycle. Bagus buat majlis amal macam ini.
antara kerabat diraja yang kak liez suka. sbb sangat humble, muka manis bila dengan rakyat dan banyak habiskan masadengan rakyat. Bagus aktiviti macam ni dibuat selalu sebab nak bantu golongan yang memerlukan dan yang penting dapat pahala.
Tahniah MAIWP kerana mengadakan event seperti ini. Semakin nk dekat puasa nie semakin perlu kita utk bantu org2 asnaf utk persediaan bulan puasa. Semoga ada lagi event seperti ini di masa akan datang
Bagusnya MAIWP adakan program sebegini, mereka betul-betul prihatin dengan masyarakat kita. Sambil meningkatkan kesihatan diri, dapat beramal denga orang sekeliling.
Alhamdulillah Tahniah MAIWP buat program macam ni, anak muda pun boleh join sekali untuk lebih dekat dengan golongan kurang mampu asnaf ni, sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka dengan bantuan yang diberikan.
baguslah program macam ni riadah sambil beramal :)
yanmie
www.yanmieonline.com
Bagusnya pihak MAIWP adakan program dan kempen jelajah berbasikal macam ni.. dapat membantu golongan asnaf dengan kutipan disalurkan kepada mereka yang memerlukan..
alhamdfulillah , tahniah MAIWP dan yang terlibat , buat kerja amal sambil berbasikal ni macam rare jugak kan ...terbaiklah semua , semoga dapat meringankan beban dan semoga yang terlbiat juga dirahmati ALLAH swt
bagus aktiviti ini sambil berbasikal...kita lawat golongan asnaf golongan yang snagat memerlukan perhaian masyarakat islam khasnya
Wah tahniah fareez muda2 dapat join program hebat mcm ni sambil tu beriadah utk sihatkan badan. Tahniah juga MAIWP. Moga byk juga program2 mcm ni diteruskan selepas bulam ramadhan nanti
Post a Comment