Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bulan ramadhan bakal membuka tirainya pada esok hari.Insyaalah. Rasanya semua sudah bersedia menyambut bulan yang mulia ini. Dalam kegembiraan menyambut bulan barokah ini, Faries percaya ada antara kita semua yang sudah mula juga sikit demi sedikit membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri sebulan daripada sekarang! Ewah rasanya tak sabar nak beraya kan. Korang nak pikir kat mana nak shopping raya tahun ini? Jom ke Festival Gegar Gempak Raya 2019! Nak tahu apa yang best? Korang kena baca sampai habis taw...
Untuk pengetahuan semua, Festival Gegar Gempak Raya 2019 dibawakan oleh Aisy Azka Event Management Services bagi memenuhi keperluan hari raya buat orang ramai yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor. Apa yang menariknya lagi ialah festival ini akan berlangsung selama 72 jam tanpa henti dimana akan bermula pada 24 Mei 2019 seawal jam 12 tengah malam sehingga 26 Mei jam 12 tengah malam. Fuhhh. memang boleh shopping sampai lebam!
Apa yang akan ada dekat Festival Gegar Gempak Raya 2019 ini ialah
200 jenama tempatan ✔
450 booth dibuka ✔
200 buah foodtruck akan beroperasi ✔
Festival Gegar Gempak Raya 2019 ini akan memecahkan rekod Malaysia's Book of Record dengan menyediakan 'Largest Foodtruck Gathering'. Wow!
Apa yang menariknya lagi. Terdapat hampir 45 orang artis akan berkampung disana nanti. Mereka semua akan berkumpul dan akan mengadakan aktiviti rewang menyediakan bubur lambuk, menganyam ketupat dan rendang bagi orang awam. Senarai artis-artis antaranya ialah:
1. ZAIN SAIDIN2. ROZITA CHE WAN
3. RASHID JAAFAR
4. KAPTEN MOHD NOR
5. HAZAN SCAN
6. SHARNAAZ AHMAD
7. NINA FAZURINA
8. SYED ALI
9. ZAZLY BAGINDA
10. HARIEYANTO HASSAN
11. MAZNAH ZULKIFLI
12. QAZEM NOR
13. SITI FAIRUS
14. S.MARIAM
15. NINA ISKANDAR
16. AYU DAMIT
17. REYHANA
18. DEJA MOSS
20. IZZUE ISLAM
21. ASHRAF MUSLIM
22. RIEZMAN KHUZAIMI
23. ERNIE ZAKRIE
24. SYAMEL
25. NORANIZA IDRIS
26. SHAFIQCUTE
27. ZULIN AZIZ
28. NABIL
29. ALIF SATAR
30. MARIA TUNKU SABRI
31. EZZATY ABDULLAH
32. PUTRA AMARIS
33. ELYANA
34. BADRUL MUHAYAT
35. ARIFF AZIZ
36. ACHEY
37. ZAITON SAMEON
38. NIZAM RAHMAN
39.ARJA LEE
40. DANNY X-FACTOR
41. BLACK HANIFAH
42. ZOEY RAHMAN
43. ROSLAN SYAH
Tarikh: 24 Mei - 26 Mei 2019
Lokasi: Maeps,Serdang Hall A
Faries tak sabar rasanya nak cuci mata keperluan raya dekat Gegar Gempak Raya nanti. Semua keperluan dibawah satu bumbung dan yang paling best 72 jam tanpa henti. Korang jangan risau ruangan solat disediakan termasuk untuk solat terawih. Habis terawih boleh terus shopping.
Jumpa korang semua disana! Festival Gegar Gempak Raya 2019
Nak tahu lebih lanjut, boleh pergi terus ke www.instagram.com/gegargempakraya2019
20 comments:
Alaaaa kenapa buat kat MAEPS, jauh la nak ke sana. Biasanya festival sempena raya macam ni buat kat pwtc, senang sikit emi nak terjah. Hehe
Wahhh... Meriah betul bak menjelang Syawal ni. Memang kene spend time duit banyak-banyak je ni. Shoppung dengan harga tawaran yang berbaloi-baloi, inilah masanya. Jadilah pengguna bijak..
400 booth dibuka? jenuh la pusing-pusing satu round pun tak habis ni.. heheheh.. kena mai awal la kalau macam tu.. fuh.. part Largest Foodtruck Ghatering tuuu.. Rugi tak join event ni.. kena set time ni .. TB suka ala-ala foodtruck ni.. rasa meriah sangat .. bermacam-macam corak pada foodtruck tu buat menarik..
alaaa jauhnya nak menapak ke serdang! Kenapa dia tak buat dekat shah alam? Semoga event ni berjaya capai target, mesti meriah sebab ada 450 booth & 200 foodtrucks, ramai pulak tu artis terkenal yang datang
Banyak betul karnival dan jualan sempena raya.Rambang mata dibuatnya. Sebab semua macam best-best. Yang tak bestnya, nanti poketlah kita yang sengsara. Nak congak dululah bajet belanja raya tahun ni
festival mcm ni la masanya untuk org ramai shopping raya pada harga murah. ada juga yg ambil kesempatan nak jumpa artis. kalau saya exited bab foodtruck
ala.. kalau dkt nk juga mai sini.. mcm best tgok aktiviti dia.. dulu masa study kt nilai bolehlah ke sana ke mari... mesti meriah event ni kan sbb ada artis2 sekali datang bg meriahkan majlis ni.. nak raya ni mcm2 ada kan..
Betul2 festival 72 jam tanpa henti. Haha.
Kat MAEPS ni pergi sehari tak cukup. Tempat luas. Nak2 kalau booth sampai 400 pengsan kena berkampung laaa kat MAEPS.
Wahhh hebat betul festival yg dibuat kali ni. Sure byk pilihan n rambang mata kalau pergi ni. Kena bawak duit bebanyak kalau nak ke sini..kalau x nanti kempunan pulak..hehehe
Wow.. Meriahnya..
Sambil membeli boleh tengok artis kesayangan secara live tu..
Bestnya time tu. Shopping dipenghujung ramadan kan..
Kemeriahan nak raya tu, memang dah terasa la.
Wah menarik ni. Tak jauh dari rumah, boleh laa ajak hubby i pi nanti. Mau sakit kaki tu round sampai 450 booth pastu rambang mata tatau nak makan apa foodtruck banyak sgt hehehhe
Rakainya artis terlibat. Sampai 40++ artis. Yang best banyak pilihan barangan dan produk yang dijual. Confirm meriah dengan macam macam produk dan artis. Kalau akak pergi ni mahubtak nak balik sebab sibuk nak bergambar dengan artis. Nak nak kalau artis tu akak minat memang mudah terpengaruh jawabnya. Hahaha
Ni tempat shopping sakan ni,selain membeli belah dapat juga jumpa artis. Mesti ramai yang tak lepaskan peluang ni. Akak dah set date nak gi sini, nak cari keperluan raya keluarga. Harap tak borong bebanyak kat sini.
nie yang tak sabar nak beli belah untuk raya nie. 72 jam tanpa henti ? wow ! mesti banyak barang2 yg dijual kan. harga pon mesti mruah sbb nak hujung2 puasa.
Ramainya artis biar betil messti meriah dan ramai orang datang hehehe kita kalau sesak-sesak ni kurang sikit baik beli online jer hehehehe.. Tapi mana gambar awak dengan Vivi nak tengok hehehehehe....
Wow syok yer ada tempat shopping yang macam2 jual jenama artis2 terkenal tanah air. Kalau dekat ni memang wajib bawa satu family shopping raya kat sini. Mark date kat kalendar siap2
fuh kena save the date ni. nasib baik dekat dengan rumah senang nak pergi cari baju raya nanti. macam ni baru best boleh shopping dengan tenang tak payah risau kedai tutup, lepas setel cari baju raya boleh terus berbuka/sahur. balik rumah terus boleh tidur hahaha
Wow memang gempak lah kalay festival raya kat situ. Semua boleh dapat kat sana sambil boleh buka kat sana juga kan.
Gilalah..punya lah ramai artis...tapi kan yang paling syok i think will still be the foodtrucks. Banyak kut! Sempatlah melahap sampai tak boleh berjalan...Food coma la katakan.
cuma di sini agen jud! online dengan proses yang sangat cepat :)
ayo segera daftarkan diri anda di agen365 :)
WA : +85587781483
Post a Comment