Wednesday, May 1, 2019

Pembukaan Butik 5 Waktu Khas Buat Para Jejaka di Seri Bangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Siapa yang tak kenal dengan jenama kurta 5 Waktu yang sangat terkenal dan telah menapak di industri fesyen hampir 4 tahun sejak tahun 2016 lagi. Baru-baru ini, Faries telah pergi ke pembukaan Butik 5 Waktu yang bertempat di Seri Bangi bersebelahan dengan Restoran RSMY cawangan Bangi. Apa yang menarik dengan pembukaan Butik 5 Waktu ini? Nak tahu korang kenalah baca sampai abis....


Jenama 5 Waktu terkenal dengan rekaan gaya terkini dan jenis slimfit boleh dikatakan menepati citarasa lelaki masa kini.Ewah!hehehe. Memang tak dinafikan hampir semua koleksi keluaran jenama 5 Waktu menjadi rebutan kerana menepati dan sesuai untuk semua golongan umur. Jenama 5 waktu terkenal dengan pakaian Kurtanya, Jubah dan juga Baju Melayu. Apa yang Faries rasa tertarik dengan jenama 5 Waktu ini ialah rekaan bajunya sangatlah unik dan yang paling penting berkualiti dan kemas serta pilihan warna yang ditawarkan sangat menepati citarasalah.hehehe



Untuk promosi pembukaan kali ini, 5 waktu menyediakan 100 hadiah menarik untuk 100 pembeli terawal. Faries datang pun dah beratur panjang dan boleh lihat memang jenama 5 Waktu ini tak asing lagi untuk semua orang walaupun sambutan Hari Raya ada lagi dalam sebulan dari sekarang. Harga yang ditawarkan semasa hari pembukaan juga betul-betul murah dimana korang boleh dapatkan sehelai Kurta pada harga RM59 ringgit. Memang berbaloi!!!





Terdapat juga penampilan istimewa daripada model 5 Waktu iaitu, Chazynash dan juga pelakon terhangat di pasaran iaitu Aeril Zafriel dan Wawa Zainal untuk merasmikan pembukaan Butik 5 Waktu di Seri Bangi ini.



Buat korang yang tinggal berdekatan Bangi, boleh lah datang serbu ke Butik 5 Waktu Cawangan Bangi untuk dapatkan koleksi-koleksi terbaik daripada jenama 5 Waktu. Pastikan korang kekal hensem di pagi raya dengan mengenakan pakaian daripada jenama 5 Waktu !

Terima Kasih 5 Waktu!!

Nak tahu lebih lanjut, boleh terus ke 


Butik 5 Waktu

G10 Jalan 8/35 Seksyen 8
Seri Bangi 43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

(Berdekatan Restoran RSMY Nan Cheese Bandar Baru Bangi)

21 comments:

Jueliza Jamani said...

Kemahin hensem pakai baju kurta 5 waktu ni yerrr

Kayathre said...

First time dengar brand ini. Tapi collection dia nampak menarik. Boleh share dengan kawan-kawan

Ruby said...

Untung la duk Bangi ada banyak butik utk lelaki abam abam shopping. Akak nak beli utk anak dan suami pun kering idea. Pakaian ni kena cuba. karang sendat ketat bila beli online. Lepas tu warna, anak cerah, suami mendung. Nanti hari raya tak kacak, kita sedih. hahahahaha.

Tengkubutang said...

Smart la kurta 5 waktu ni.. berapa harga sepasang tu ye ? nampak kemas jahitan dia.. design pun nampak lain .. rasa macam nak sambar satu je untuk baju tambahan hubby di hari raya.. heehehehe

el said...

tengok semua badan fit2 slim2 je muat pakai baju 5w ni..size besar xde ke..manalah tau nak beli kat tok laki hamba ni..dia skrg nak pakai kurta lak raya nti..kalau ada size besar boleh lah hamba grab 2 3 pasang kurta 5w..kain dan pilihan warna menarik sgt

Rawlins GLAM said...

Kenapa tak ajak Rawlins sekali? Rumah Rawlins tak sampai 5 minit pun dari situ. Memang menarik design yang ada kat 5 Waktu nie.

Julia Mahir said...

Wah kemain la jejaka jejaka sekarang ni baju melayu, kurta semua style slim fit. Hehe. Tapi nampak smart jugak kalau ikut si pemakai. Meriah la raya korang ye tahun ni. Hehe

Atul Hamid said...

cantik warna-warna kurta nya

Bella Jamal said...

Kurti (ni bukan salah ejaan ye, hehe) wanita 5 waktu ada tak awak??? So tahun ni beraya pakai kurta jenama 5 waktu lah ye? Kurus mcm awak bolehlah pakai slim fit. Oklah dah beli baju raya, sis masih krik krik lagi ni.

Balqis Athirah said...

Cantik-cantik baju kat sini. Boleh akak carikan baju raya untuk ayah akak kat sini. Dekat dengan rumah pulak tu. Meriah raya tahun ni.

cindyrina said...

Hebat betul grand opening butik ni. Banyak betul pilihan baju baju kat sini. Boleh la datang shopping Raya nanti. Tak sabar nak singgah dekat je dengan rumah I ni

Cik Min said...

Wahhh bergaya la dia di pagi raya nanti..kemain ek meriah event ni..banyak pilihan pulak tu..

Zharif Azis said...

wahhhhh bestnya beli kurta 5 waktu ketika grand opening. dengar cerita hari tu ada sales kan ? dan 100 org pembeli terawal dpt hadiah istimewa. best betul
nak pergi hari tu tp berpusu-pusu org nak masuk. kagum betul dengan jenama nie

Mahamahu said...

Ehhh awak model dalam gambar Jubah 5 Waktu tu ker hehehe tegoda kita tengok hehehehe tapi kita nak pakai cuma kita tak mampu lah awak hehehe tak ada saiz lah kita waakakakakka...

Bonde Zaidalifah said...

Meriah raya Faries ada kurta 5 waktu nih, nampak teletak dekat badan tu hah, Nak terjah juga nanti nak beli untuk suami.. sebab nampak warna dia menarik.. harga on ok..

budakbandunglaici said...

fuh full house sampai penuh orang. ni semua pakat beli baju raya awal2 sebab tak nak berebut time hujung puasa la tu. boleh la statg singgah sini cari kurta sehelai dua. cantik warna baju kurta 5 waktu

yanmie said...

namak exclusif, nak grab juga untuk hero2 ni insyaALLAH. tengok kat ig mun gempaklah jo and the geng punya video. tak sabar nak tengok video promosi jubah 5 waktu ni :)

oh ye yang bestnya hargamampu milik. rugilah sapa tak grab.

yanmie
http://www.yanmieonline.com

Sizzling Suzai said...

nice sgt baju melayu die mmg kemas and warna2 dia i loike! tp slim fit kn cutting dia? hahaha ingt nk tgk2 kn utk bapakk haaa dh sudahh

Syamimi Saad said...

Rasa macam jenama pakaian 5 waktu ni dah beberapa tahun di pasaran kan..
Kalau tak silap la..
Ni dia bukak cawangan baru ekk..
Tengok orang pakai cantik kemas je terletak.
Harga mahal tak?

Jia Shin Lee said...

Such lovely designs and they have a variety to choose from those who yet to do their raya shopping should pay them a visit.

Mek Onie said...

Ya Allah ramainya yang datang haritu eh. Memang onie sendiri pun suka tengok material kurta ni, terbaik dan orang laki pakai pun selesa. Harga dia pun sangatlah berbaloi dan macam-macam design dan warna. Terbaik.