Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Siapa kat sini pernah pusing-pusing jalan di sekitar kawasan Maeps Serdang? Cantik bukan suasana dalam taman yang dijaga oleh pihak Maeps sendiri. Korang ada perasan tak sebuah Restoran yang ada didalam kawasan Maeps ini yang dipanggil sebagai Cafe Goat2gofarm. Kali ini Goat2farm nak tawarkan pakej Iftar terbaik dari ladang taw. Nak tahu apa istimewanya makan dekat sini? Jom kita kasi baca sampai abis nohhhh...
Cafe Goat2gofarm telah beroperasi dan sangat dikenali oleh pengunjung yang datang ke Maeps ini. Konsep utama yang dibawakan oleh cafe ini ialah semuanya segar dari ladang. Contoh nak ikan, korang boleh mancing sendiri dan hidangan akan disediakan oleh pihak Goat2gofarm sendiri. Menarik bukan?
Jom kita lihat antara menu-menu istimewa yang ada disini. Kambing golek merupakan hidangan utama taw. Memang sedap!
Harga?
Dewasa: RM 59.90
Kanak-kanak: RM 39.90
(Bawah 5 tahun Percuma)
Eh bukan itu sahaja taw, surau dan solat terawih juga disediakan serta kawasan parking yang luas yang paling penting percuma. Selain itu, promosi tiket masuk ke G2G animal garden juga serendah RM5. Boleh bawak anak-anak tengok haiwan-haiwan.
Secara keseluruhan memang best makanan-makanan yang ditawarkan dekat sini, Kambing golek paling terbaik dan lembut sangat maklumlah segar daripada ladang ternakan kan. Selain itu, menu-menu lain seperti spageti, lauk pauk pun boleh tahan.
Tunggu apa lagi? Jom bawak satu keluarga ke Goat2gofarm ini. Pasti puas hati!
Nak tahu lebih lanjut atau untuk sebarang tempahan, boleh layari terus
Whatsapp +6011 6559 3877 (Afrina) / +6017 2739051 (Yun)
19 comments:
ehh not bad la harga dia.. nak cuba lah berbuka dekat sini
kambing nampak tempting ek, cantiklah cara orang yang grill tuh ek. banyaklah makan tuh kan hahahahha... nasib baik ada menu lelain kalau tak susah jugak untuk orang yang tak makan kambing..
wow, nampak menyelerakan sungguh hidangan berbuka puasa dekat sini. harga pulak sangat berpatutan sesuai dengan apa yg ditawarkan. mesti family dan anak2 suka kalau bawa berbuka kat sini.
i really love lamb so much and now i wanna go there to hop on all those foods... omg!! im hungry now!!
waa mcm best jee berbuka puasa kat situ! makanan2 semua nampak best dan sangat menyelerakan, tambah2 lagi pulak dengan harga yg boleh kata sgt affordable la jugak tu kan, murah drp yg lain! siap surau & everything mmg bagus senang unt pengguna.
kambing golek tu nampak sedap!! paling suka dessert tu semua, kalau dah ambil buffet memang rugi kalau tak rasa semua hidangan. sikit sikit tapi biar puashati haha
Awas yer tengok kambing golek tu hehehehe menyelerakan awak bawa kita makan sini nak juga makan lagi kita suka kambing mereka bestnya.... Murah dan tempat cantik dan selesa....
Kalau ada menu kambing memang lah fav kita tau. Memang tak boleh tinggal sebab peminat setia.
Murah je harga buffet dia! Harga berbaloi dengan kualiti daging kambing dekat sini. Menu lain pun nampak sedap. Tempat pun nampak cantik dan selesa
Firstime dengar tempat ni.. Menarik.. Kira menu dia dagingvla ye.. Hehehw.. Tengok menu disediakan sedp lahaii.. Nak kene google lokasi dia dekat mana.. Tempat dia pun not bad
Wow kambing tu. Makanan lain pun not bad jugak. Harga pun okay je. Lagi best bila budak bawah 5 tahun free. Tu gamabr last tu kenapa hahaha
Pernah byk kali teringin nak pegi sini bawak anak-anak tgk animals tapi x pernah sampai. ni peluang nak pergi la kot boleh buka puasa kat sana terus. Harga pun not so bad.
Kambing tu kena cubalah... memang nampak sedap sekali! kesukaan akak tu kambing grill pakej menarik dapat masuk zoo tu yang best sekali,
eh ada restoren dalam MAEPS ni, ingat waktu siang je meriah. kambing lovers memang elok datang berbuka kat sini. menu hidangan pun sedap & yang penting kambing tu fresh dari ladang okeh. aum sedap je tengok gambar ayam bbq tu cicah dengan sos BBQ
wow, kacaknya awak berbaju melayu. Awak tak pernah pon ajak saya or belanja saya makan kan. Nanti bawak kita makan sini please. belanja tau.
Bestnya...harga masih murah lagi, mana nak dapat harga mcm ni kat town KL. Kalau lah dekat memang sis dah terjah ni, maklumlah..sis ni kan peminat kambing..hidangan lain kalau ada kambing memang sis tak pandang lah..hehehe
Wah... Harga buffet dia berpatutan laaa dengan ada nya kambing golek gitu. Pilihan mrnu pun meriah ya amats. Sesuai ni bawak family berbuka puasa kat sini. Thanks sharing
Rawlins sukakan suasananya yang tenang walaupun dikira masih dalam kota. Nyaman je terasa, especially time berbuka. Lagi best sebab ada busking yang menyanyikan lagu-lagu kegemaran kan hahahaha
Reramai sing along macam kat karaoke
Wow best sangat tempat ni, kawasan sangat tenang and nyaman untuk buka. The food also very fresh from their farm, terbaik la kalau makan kat sana.
Post a Comment