Friday, July 5, 2019

LuLu Hypermarket Merasmikan Pembukaan Cawangan Kedua di 1 Shamelin Mall, Cheras

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Rasa macam dah lama tak membebel dalam blog ni. Almaklumlah cuti raya sebulan sampai blog pun berhabuk.hehehe. Eh dah melencong jauh pulak kan. Nak dijadikan cerita awal-awal bulan ni poket masing-masing mesti tengah penuh kan, baru gajilah katakan.Dah beli barangan keperluan rumah? Korang kena baca entri ni sampai habis pasti korang terjebak nanti.hehehe. Sebenarnya Faries nak kongsi yang tentang pembukaan LuLu Hypermarket cawangan kedua di 1 Shamelin Mall Cheras. Nak tahu apa yang menarik? Jom la baca sampai habis

Rasanya ramai yang tahu yang Lulu Hypermarket merupakan pasaraya terbesar di negara timur tengah antaranya Oman, Qatar, Kuwait, Bahrain, Egypt, Saudi Arabia, India, Indonesia dan juga Malaysia. Cawangan pertama LuLu Hypermarket di Malaysia terletak di Capsquare Kuala Lumpur. Pembukaan LuLu Hypermarket di 1 Shamelin Mall Cheras ini telah dirasmikan oleh Menteri KPDNKK, Saifuddin Nasution Ismail. Menurut Pengerusi LuLu Hypermarket, Yusuff Ali, LuLu Hypermarket akan membuka 4 lagi cawangan di Malaysia menjelang tahun 2020. Menarik bukan?


Lautan manusia beratur nak bayar. Perghhh!!!

Korang dah terjah belum ke LuLu Hypermarket cawangan terbaru ni? Promosi terbaik yang LuLu Hypermarket tawarkan sehingga penuh daripada hari pertama pembukaan sehingga kehari seterusnya.. Korang mesti nak tahu kenapalah Faries rasa LuLu ni best sangat sampai pakaian raya haritu pun borong kt LuLu sampai beratus-ratus.hahaha. LuLu Hypermarket merupakan satu-satunya pasaraya yang menawarkan potongan harga terendah dan korang boleh bayangkan berapa banyak kali potongan harga tu diadakan? Terlalu kerap. Selain tu barang-barang kat LuLu ni agak unik memandang LuLu merupakan sebuah pasaraya yang berasal dari negara timur tengah, jadi banyaklah makanan-makanan, barang keperluan dan banyak lagi di import daripada sana. Belum lagi cerita tentang cabutan bertuah untuk pelanggan setia? Hadiah dia lain maciam sebab boleh bawak balik kereta weyh




Antara barang-barang yang dijual di LuLu. Tak semua la yer kang tak muat pulak space.hahaha
Kacang-kacang yang sangat popular kt negara timur tengah

Nak tahu apa yang promosi gila-gila sempena pembukaan LuLu Hypermarket tempoh hari? Sini nak senaraikan, peti ais berharga RM 799 dimana harga asal RM 1300, telur sepapan berharga RM 5 ringgit sahaja, TV 40 inci berharga RM 600 ringgit sahaja. Kalau nak senari semua ni nanti tak habis pula. Yang penting korang kena datang LuLu Hypermarket dan rasai sendiri! Mana tahu lepas ni LuLu Hypermarket menjadi tempat pilihan korang semua untuk membeli keperluan diri dan rumah.hehehe

Ada gaya macam manager LuLu tak.hahah. Hey sebenarnya abam nak promote beras tu. Murah betul.

Apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai berkunjung ke LuLu Hypermarket di 1 Shamelin Mall!!

Muka banyak senyum sebab shopping sampai terkeluar troli.HAHAHA

Nak tahu lebih lanjut tentang LuLu Hypermarket, boleh layari terus ke



LuLu Hypermarket 
Lower Ground Floor, Taman Shamelin Perkasa, 
56100 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

2 comments:

Barracuda said...

Thanks for sharing, sukses terus..

nurul aqidah azahar said...

boleh tahan besar jugak hypermarket die..wah shooping sakan tu. Harga dah murah time ni la mesti beli