Friday, July 19, 2019

Tadom Hill Resort Tempat Wajib Bagi Pencinta Aktiviti Lasak dan Inginkan Kedamaian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Sepanjang 5 bulan bekerja, tak sempat dah nak pergi tenangkan pikiran, al maklumlah kononya busy.hehehe. Hari ini, Faries nak kongsi pengalaman join trip ke tempat yang sangat popular dan Faries rasa semua orang tahu iaitu Tadom Hill Resort. Sebenarnya dah lama plan nak kesini tapi masa tak menyebelahi walaupun rumah dekat sangat. Nak tahu apa yang bestnya Tadom Hill ini, jom teruskan membaca!



Untuk pengetahuan semua, Tadom Hill Resort dahulunya merupakan kawasan penempatan orang asli dan kini telah di ambil alih menjadi sebuah resort yang cantik. Mesti ramai yang nak tahu kenapa nama Tadom diambil atau digunapakai. Nama Tadom diambil daripada nama asal tempat ini iaitu Bukit Tadom yang menghiasi pemandangan di Tadom Hill Resort ini disamping kawsan tasik yang cantik yang dahulunya merupakan bekas lombong.



Tadom Hill Resort ini sudah dibuka dari tahun 2015 dan pada masa tu memang menjadi perbualan hangat sebab tempat cantik dan mempunyai konsep senibina yang unik yang menggunakan 100% buluh kayu.  Tadom terletak di kawasan Banting, Selangor jadi tak jauh pun untuk sesiapa nak datang ke sini.


Jauh pulak rasanya pengenalan tu kan, jom sambung cerita.hehehe.Faries kali ini bersama kawan-kawan selama 2 hari 1 malam. Macam-macam aktiviti yang kiteorang plan dan Alhamdulillah dapat rasa semua walaupun hari kedua aktiviti tak dapat dijalankan seperti yang dirancang disebabkan hujan lebat tapi seronok sebab dah dapat cover banyak aktiviti hari sebelumnya.

Jom kite terjah story Faries sepanjang 2 hari 1 malam di Tadom Hill Resort


AKTIVITI-AKTIVITI.....

Di Tadom Hill Resort ini pelbagai aktiviti korang boleh lakukan daripada yang extreme hinggalah yang sweet gitu. Aktiviti air merupakan main aktiviti, yelah sapa tak teruja tengok tasik yang cantik.hehehe. Serius banyak sangat jadi korang tak akan bosan pun kalau nak menginap disini lebih daripada 2 hari. Nak cerita sikit aktiviti pertama Faries dan kawan-kawan ialah



* Flying Fox
*Archery Combat
*ATV
*Bamboo Rafting
*Berkayak





Semua aktiviti-aktiviti yang Faries dan kawan-kawan join best giler. Paling suka main Bamboo rafting tu. Mencabar betul. Rasanya banyak lagi aktiviti yang ada kat Tadom Hill ini macam Paintball, Obstacles course dan banyak lagi.


Eh lupa nak bagitahu untuk sesiapa yang tak menginap tapi ingin masuk secara daily pass pun dibenarkan. Yang rumah berdekatan tu kan boleh la mai mandi menyelam kat tasik tadom ni. Nanti harga korang boleh rujuk kat bawah  entri ini.hehehe



*Tips: Untuk aktiviti air, semua orang diwajibkan memakai jaket keselamatan ketika korang berada didalam air. Ini bagi mengelakkan kejadian tidak di ingin berlaku sebab kedalaman tasik Tadom ini agak dalam yer mencecah 30 kaki.heheh

Aktiviti Malam yang korang boleh buat kat Tadom Hill ini iaitu Camp Fire

PENGINAPAN.....

Untuk penginapan, korang kena book awal sebab kat sini selalu penuh taw, lagi-lagi hari minggu, kiteorang pun dapat check in masuk jam 3. Tapi bila dah masuk bilik memang puas hati. Jatuh cinta rasanya tengok konsep buluh yang digunakan di hostel kiteorang. Bilik kiteorang jenis hostel yang mampu menempatkan 7-8 orang dalam satu bilik. Cantik.

Terdapat lebih daripada 4 jenis penginapan yang ditawarkan di Tadom Hill Resort ini antaranya Hakka Village, Bamboo Madu Chalets, Semantan Chalets, Gendui Chalets, Bamboo Hut, Hammock Sphere dan Bamboo Tent. Kesemuanya menarik dan diperbuat daripada buloh. Kami memilih Hakka Village sebagai tempat penginapan kami, tempat penginapan paling baru dan paling menarik kot yang ada di Tadom Hill ini. Meh nak cerita sedikit pasal Hakka Village ini merupakan idea daripada penempatan kaum Hakka yang berasal daripada negara China. Memang cantik dimana keadaan bilik didalam satu bulatan. Hiasan dalam pun cantik dan unik! Korang boleh tengok gambar-gambar kat bawah,



TEMPAT MAKAN.....

Kat sini korang tak perlu risau, terdapat 2 buah restoran dibuka untuk korang makan. Satu restoran untuk makanan biasa dan satu lagi untuk menu-menu western. Kedai untuk membeli makanan ringan pun ada disediakan. Paling penting harga biasa sahaja yer, boleh dikatakan murah. Korang boleh je nak keluar tapi agak jauh sedikit kalau nak ke Pekan Banting ataupun ke KLIA.

Makanan kat sini pun boleh tahan, menu makan tengahari kiteorang ialah nasi buluh, agak menarik dan nasi sedikit lembut sebab dimasak menggunakan buluh. menu BBQ juga disediakan taw, korang bayar je sebab pihak pengurusan Tadom Hill yang akan sediakan. Tak perlu nak susah-susah bawa sendiri. Tempat untuk grill juga disediakan. Yang penting lepas guna korang pulangkan semula peralatan yang dipinjam. Rasanya ad deposit tapi okey la mudah kan. BBQ kiteorang malam tu rasa macam best sebab bahan-bahan  BBQ yang disediakan agak banyak dan banyak pilihan, ada daging, kambing, ayam, sayur, otak-otak, air minum dan banyak lagi,

Nasi yang dimasak menggunakan buluh



Menu sarapan pagi pun boleh dikatakan puas hati sebab macam kite makan kt hotel. Banyak pilihan taw walaupun pagi tu hujan lebat tapi kiteorang makan dengan tenang.hehehe

HARGA....

Harga dibawah untuk masuk menggunakan pas harian ya

Tadom Daily Pass
Activities
RM 22 Weekdays
RM 25 Weekend
RM 28 Peak Seasons
RM 30 Super Peak Season
Tadom Splash
Tadom Groove
Tadom Oasis

DIbawah pula harga Hakka Village dimana tempat Faries menginap.

Hakka Village
Harga
10 Rooms for 6 pax
2 Rooms for 4 pax
Not attached bathroom
Weekday RM 480
Weekend 540
Peak Seasons RM 600
Super Peak Season RM660
(6 pax)

Untuk harga bilik-bilik lain korang boleh terus ke website Tadom Hill Resort ya. Ada data lebih lengkap kat situ termasuk harga untuk semua aktiviti-aktiviti yang ditawarkan disana.

BAMBOO SHARING...

Sebelum berakhirnya aktiviti kami di Tadom Hill Resort ini, kami sempat berjumpa dengan pemilik Tadom Hill Resort ini. Beliau berkongsi banyak benda pasal buluh. Baru tahu pelbagai jenis buluh ada kat Malaysia ini. Sangat menarik mendengar perkongsian beliau. Tadom Hill ini juga membuat pendapatan sambilan dengan memproses buluh yang tidak lagi digunakan menjadi arang dan juga menghasilkan baja untuk pokok. Menarik bukan? Minyak untuk mencegah daripada ulat turut dihasilkan menggunakan buluh. Jom Faries belanja sikit gambar hehehe



Apamacam? Mesti korang rasa tak sabar nak ke Tadom Hill Resort kan. Tahu dah! Sebelum kesana lagi Faries dah baca pelbagai review dan ternyata apa yang ditulis tu betul. Korang yang inginkan kedamaian, nak adakan aktiviti bersama rakan kerja, bersama keluarga. Tadom Hill adalah tempat terbaik. Ingat tempah awal sebab tempat ini selalu full house. Enjoy korang!!!

*Tips: Untuk sesiapa yang datang dengan kenderaan sendiri tak perlu risau sebab parking luas dan banyak. hehehe


Terima Kasih Tadom Hill Resort! <3


Untuk sebarang tempahan dan tempahan lanjut, korang boleh layari terus ke



info@tadomhillresorts.com
reservation@tadomhillresorts.com

012 – 5225728|012 – 5225908|012 – 5225883

Tadom Hill Resort
Bukit Tadom, Kampung Labohan Dagang,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

20 comments:

Izaramli said...

Cantiknya tempat ni. Banyak pulak aktiviti lasak dia. teringin nak pergi. Kalau buat kem jati diri pun best jugak ni dekat sini. Tak apa la maybe next time boleh pergi dengan family buat family trip dekat sini.

Farhana Jafri said...

suka sangat tengok bamboo huts dia, kreatif dan natural friendly sangat! Aktiviti pun meriah dekat sana, pergi ramai-ramai nak relaks memang berbaloi sebab view dekat sana pun cantik

Rawlins GLAM said...

Sikit je gambar kita ye wak.

Rawlins GLAM said...

Nak pergi lagi sekali la sebab tak sempat buat terjunan tu. Kalau awak pergi next time, jangan lupa bawa kita sekali tau.

Muhammad Naim Abdullah said...

Tempat yang menarik dan menyamaikan perasaan kan. Mesti bersesuai jika bawa famili ke sana. Terima kasih memberi review yang terbaik

Mat Drat said...

Best nye.... Tempat Menarik, aktiviti pun banyak yg boleh dibuat.
Mat Drat kena pergi jugak ni, dan kena buat juga aktiviti berkayak dan naik ATV tu

Nadratul Syazwana said...

Tak sangka dah 4 tahun bukak Tadom Hill Resort ni eh. Nad pun tak pernah sampai lagi Tadom Hill ni. Pergi tempat camni kalau reramai seronok lah, meriah naik ATV semua tu. Sesuai sangat untuk activity teambuilding tu.

Mira Cikcit said...

Bilalah rasanya dapat ke Tandom Hills ni, dah lama teringin pergi tapi asyik tak dapat je. Dah lah dekat je dengan rumah pun. Geram je tengok orang lain post buat macam-macam activity dekat sana.

Sunshine Kelly said...

Wow this resort has so many activities and i like their dorm that looks like Hakka Village house in China

nurul aqidah azahar said...

on my list jugak ni. cantik jugak temoat dia kan. tempat nak tidur tu nampak rare sangat. Bila pergi dengan kawan2 ni best..very enjoy

AyuArjuna BiGoshh said...

Talk pernah sampi sini tapi selalu dengar nama tempat ni. Macam2 aktiviti boleh dilakukan kat sini ya. Paling best main atv tu hehe

Illya LeYa said...

Sangat menarik dan cantik. Memang sesuai buat gathering ramai-ramai

Lia Hasty said...

Tadom memang dalam wishlist lia juga nak kesana. Cuma masa je takde. Suka juga aktiviti air Yang ada kat sana kan.

MunirahMH said...

Nak pergi tapi tu la kwn2 xberapa nak pergi..sy je beria..haha..seronok tgok org pergi

Mawardi Yunus said...

Best kan dapat meluangkan masa hujung minggu kat sini. tak sangka dah banyak aktiviti yang kita boleh buat kat sini ya.

penaberkala said...

Pernah pergi sekali, memang best kat sini. Tapi sekarang nampak makin banyak attractions. Mesti lagi meriah dan best. Syioknya kalau dapat pergi ramai ramai macam ni

Wawa Ashihara said...

Sebenarnya dh lama mencari tempat penginapan yg boleh buat mcm2 aktiviti luar cmni.. Ingatkan xde kt tmpt lain. Rupanya kat sini pon ade dan lagi meriah tgk sbb tempat menginap pun guna buluh.. Unik sgt tempat ni kan..

Airah Syahirah said...

Bestnya dah lama nak pergi tandom hill ni tapi dah ada baby kena postpones kejap la plan tu. suka sangat tengok tempat penginapan diaorang sebab unik

Sharon Lee said...

This resort is so spacious and offer alot of activities for the guest! Don't mind spending my holiday here if I had chance =)

Mouse Mommy Treats said...

Really a nice resort! Natural environment with multiple outdoor activities for family and friends gathering! Will keep in my list. Thanks.