Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kebanyakan orang Malaysia sangat cintakan Cendol. Lagi-lagi tengah musim panas betul tu. Pekena cendol lagi Umppphh je rasa. Faries sendiri pun memang sukakan cendol sampai cendol tepi jalan yang sesak pun sanggup berhenti semata-mata nak menikmati cendol. Cakap pasal cendol ni, Faries nak cerita baru-baru ini Faries pergi ke Cendol popular iaitu Cendol Kampung Hulu yang terlatak di Midvalley! Nak tahu apa yang unik dan best tentang Cendol Kampung Hulu ni korang kenalah baca sampai habis......
Kalau korang semua nak tahu, Cendol Kampung Hulu ini telah bermula sejak tahun 2017 lagi dan bermula di Melaka. Cendol ini sangat terkenal dan Faries sendiri pernah dengar dan cuma belum sempat merasa jer. Cawangan kedua Cendol Kampung Hulu ini terletak di Muar dan kini cawangan ketiga dan terbaru di Midvalley Megamall Kuala Lumpur. Daripada kampung terus ke bandar.Gituhhh. Jadi orang KL tak ada masalah lagi nak rasa cendol yang meletop ini.hehehe
Apa yang istimewanya Cendol Kampung Hulu ini ialah santan kisar dimana santan dibekukan dan dikisar. Serius sedap gila. Rasa macam makan bingsu yang korea tu tapi versi Melayu..hehehe. Serius sedap kot ais kisar santan lepas tu dengan topping yang mewah. Bukan letak sikit-sikit yer. Bagi peminat tegar durian pulak, durian yang digunakan durian jenis D24. Pergghh sedapnya! Nasib tak makan durian.
Ais santan yang dibekukan dan selepas dikisar.Serius sedap cam bingsuu rasa santan.... |
Harga korang jangan risau sebab sangat berpatutan dan pendapat Faries sendiri sangat berbaloi dengan apa yang ditawarkan. Isi banyak dan portion tu banyak. Nak kongsi berdua pun okey sangat. Apa tunggu lagi, jom la bawak kawan-kawan semua, keluarga nikmati cendol kat sini. Serius korang pasti tak menyesal. Yang penting Faries dah rancang nak repeat makan lagi kat sini.hahahaha
Terima Kasih Cendol Kampung Hulu
Nak tahu lebih lanjut, boleh klik ke
Waktu Operasi: Setiap hari bermula jam 10 pagi-10 malam
Cendol Kampung Hulu @ Midvalley
LG, East Court, AEON BiG,
Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra,
Mid Valley City, 58000 Kuala Lumpur,
20 comments:
Adehh... Sedapnya dapat makan cendol durian tu... Errmm... nak pergi jugak lah nanti once dah ade di KL ni..
meskipun dah ada kat sana, wajib la turun melaka merasa yg original dedepan masjid kg hulu, fareez.
then boleh lepak tepi sungai. bergambar.
lambai2 kat cruise yg lalu.
bukan setakat cendol jer ada tau, sini ada mcm2 lagi.
aida da pergi beberapa kali kat situ. memang terbaik cendol nyer.
ais nyer tu bukan ais biasa-biasa. kelapa frozen :)
So many types of cendol here. Gonna try their D24 durian cendol on my next visit to Mid Valley. Yummy yummy yummy !!!
Yeah, I tried it once in Melaka and like it a lot. Baguslah Dah Ada di KL sekarang. Kalo foreign friends datang boley bawa depa ke sana. Tq for sharing.
Uishhh macam macam jenis cendol ada. Menarik je. Tapi marina tak minum cendol. Hihi
Wah..cendol kampung hulu nie dah ada kt midvalley la..lepas nie xyah pergi sampai ke melaka kalau nak makan cendol sedap nie..memang femes la cendol nie..thanks fariest info..
Ah I see it's a fusion of bingsu perisa cendol lah ni! Kalau rasa nak splurge harga Rm 10 okay lah tapi bukan selalu sebab ada duriannnnn. Gonna get it kalau I go Midvalley cumanya jauh je lah. Haha.
wah, macam2 jenis cendol ada. semua nampak sedap. thanks sharing tempat lepak dengan member2 kat midvalley ni, syok gak makan cendol dalam mall ni, biasa makan tepi jalan jer
Assalamualaikum bro. Makan cendol pada waktu panas-panas memang terbaik. Dapat legakan tekak daripada haus. Terima kasih share tempat ini, jika ada peluang Naim ke sana, ingin mengcubanya
Awak nganga tu nak masuk mulut ker atau masuk ikut hidung cendol tu wakakaka... Gurau jer tau kita pun suka cendol Durian awak makan ker Durian hehehe.. Cendol sini banyak pilihan dan sedap semua nya...
Waduhh sedapnya tengok..yg buat leleh air liur cendol durian tu, perghh mengancam sangat. Nanti bolehlah sis cuba kalau ada area sana
Beriya ye nak makan durian tu?
Makan ke?
Hahaha.
Rawlins teringin nak makan mangga tu - sedapnya makan santan kisar + mangga tu.
Pergh ! Terbaiklah! Dari Melaka ke Midvalley! Jauh merantau. Bagus². Cendol kampung hulu memang terbaik. Cx as orang Melaka rasa bangga!
bestnya. naseb baik semalam dah makan abc, tak lah terliur sangat. tapi dia punya bahan bahan tu banyak gak kan.
Menariknya cendol kampung hulu dengan pelbagai perasa pulak tu. Durian tu nampak sedapnye lahai. Kalai pergi mid valley nak singgah makan sini.
uishh macam macam inovasi cendol ye. kretif nye depa. feveret saya ni, mujur tak mengidam kalau tak, tak pasal pasal kene keluar drive cari cendol sekarang juugak haha
Nampak hipster betul cendol kat sini. Dari packaging dia hinggalah ke presentation, memang nampak menggiurkan. Emi pun jadi teringin ni. Kreatifnya pemilik dia.
Wsh.. mcm2 petisa cendol dia.. tgk pun berselera nti nk traylahl
untunglah makan cendol tak ajak. okay enxt time bawak aku ke sini okay. nampak sedap ebtul cendol2 nya tu. dekat je midvalley, annti kita pergi eh
Wah..cendol kampung hulu dah ada di midvalley la..lepas ni bolehlah pergi sampai ke melaka kalau nak makan cendol sedap ni.
Post a Comment