Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bila bercakap berkaitan produk penjagaan kulit terutamanya bagi lelaki boleh dikatakan agak rumit.Rata-rata lelaki tidak berapa kisah tentang penjagaan muka. Kadang-kadang dengan adanya produk pencuci muka sudah memadai walaupun kadar penggunaan itu boleh dikatakan tidak tetap. Faries bercakap berdasarkan pengalamn sendiri dan atas pemerhatian rutin harian kawan-kawan sekeliling juga. Hari ini Faries nak kongsi dengan korang semua tentang produk penjagaan muka yang Faries amalkan dan Faries rasa bagus untuk di kongsi iaitu produk penjagaan muka daripada Natural Instinct! Nak tahu apa kebaikan produk ini pada kulit muka? Jom baca sampai habis....
Untuk pengetahuan korang semua, Natural Instinct merupakan produk penjagaan muka yang dikeluarkan dari Australia. Produk ini mengandungi 100% bahan semulajadi yang sangat baik untuk membantu memperbaiki kulit muka. Antara bahan-bahan semulajadi yang terdapat didalam produk ini adalah... Faries rasa sesetengah bahan-bahan agak terkenal dan korang tahu kebaikannya.
Produk Natural Instinct ini datang dalam dua jenis iaitu Cleansing Oil dan Foaming Cleanser. Korang nak tahu tak kenapa pentingnya cleansing oil sebelum mencuci muka? Kulit muka terdedah dengan kotoran yang degil, dengan adanya cleansing oil dapat membantu membersihkan kotoran-kotoran degil yang melekat pada kulit muka. Kebiasaanya wanita tidak beberapa minat untuk menggunakan cleansing oil kerana ditakuti naiknya jerawat dan sebagainya. Alhamdulillah hampir 2 minggu pakai cleasing oil ini tidak ada masalah langsung malah kulit lebih lembut dan jerawat pun takut nak datang.hehehe
Jom Faries nak tunjuk sikit rutin harian Faries menggunakan produk daripada Natural Instinct:
Nak tahu lebih lanjut tentang produk Natural Instinct ini, boleh terus layari
https://www.facebook.com/drmedispaandwellness/
https://www.instagram.com/drmedispaandwellness/
atau hubungi
No H/P: 03-87339801
Whatsapp: 013-7706708
DR MEDISPA & WELLNESS
No 6-1, Jalan Reko Sentral 6,
Reko Sentral, 43000 Kajang
Selangor
18 comments:
Wahhh... Patutlah LeYa tengok Faries makin hensem & berseri-seri. Rupanya pakai produk dari Australia ni.. Hehe... Tahniah! Walaupum lelaki, tak bermakna penjagaan kulit tak perlu jaga kan..
Wah rasanya macam jarang dengar produk keluaran Australia ni. Buat masa sekarang saya dah selesa dengan produk sedia ada. Tapi bila baca review Faries rasa macam nak mencuba juga. Muka Faries pun nampak berseri betul!
Wah macam best je produk ni.. Packaging pun nampak lawa.. Boleh dicuba ni.. Tak pun bagi laki kita. Mhehehw
Terbaiklah ! Sekarang pon dah banyak produk untuk lelaki. Tak semestinya perempuan shj yg ada produk² penjagaan. Sekarang ni semua orang nak jaga.
Wahhh inilah rahsia kehenseman Faries ya.Bolehlah sis beli bagi gan anak bujang sis..biar dia nampak hensem
Kena suruh suami cuba la. Mana tahu berkesan untuk dia. Tq share info.
Auuuu memang menggoda sangat lah awak ni jangan sexy sangat hehehehe wakakaka patut wajah sentiasa awet muda ini rahsia awak yer ok kita nak guna juga boleh tak nak putih macam awak...
Jarang sangat aihh jumpa lelaki yang amik kisah dalam bab jaga kulit muka ni.
Salute pada Faries. Peewitt.
Pestime Ruby tahu pasal skincare dari Asutralia ni. Pasal ramuan dia, dari bahan semulajadi, menarikk.
Faries, Ruby nak bagi tips. kalau cuci muka, guna jari tengah dan jari manis tau ;)
produk baru ni. tak pernah dengar lagi. nampak bagus sebab macam natural punya kandungan. kalau sesuai dengan kulit wajah, okei lah.
Ini rahsia helok ye.
Tapi Rawlins akui produk kecantikan Australia memang baik dan berkesan. Rawlins pun ada pakai tapi takde la jadi helok macam awak/ Hehe
Waa... makin cantik dan hensem la adik kita ni. Ada nampak produk natural dekat farmasi tapi tak pernah cuba. Bagus la ada juga produk kecantikkan yang lelaki boleh guna juga.
Wah australia mari ni! Nampak best je produk ni. Akak boleh beli jugak untuk suami cuba. Kat Dr Medispa je yang ada ye dik? Kena p KL dulu lah nak beli produk ni. Nampak serasi dengan kulit asia.
Wah. Ini rupanya cara fairies jaga kulit muka. Jauh naa amik produk dari australia. Boleh la cuba produk ni. First time dengar sebenarnya
Patutlah cantik muka, bersih, rupanya pakai produk ni. Bolehlah saya cuba lepas ni sbb sejarang memang tengah mencari produk untuk muka. First time jugak dengar nama produk ni.
patutlah sekarang muka makin berseri-seri. ini rupanya rahsia nya. dah lah kita nak cuba tak kasi. fine. nanti aku beli sendiri. jeleslah member muka bersih nie.
Product organic australia mmg banyak yang bagus. Bagus juga natural instinct ni dtg dalam cleansing oil dan foaming cleanser. Boleh buat double cleansing method. Thank you share.
wah semenjak ada makwe ni makin rajin jaga muka ya, hahahahahahahahaha...makin flawless gitu...btw produk ni nampak menarik dan best
First time heard of this, as a man also need to take good care of their skin. Love this series specially for man, I can get my husband to try this.
Post a Comment