Saturday, August 31, 2019

Menikmati Halal Dimsum di China Treasures, Sime Darby Convention Centre

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bila bercakap pasal makanan tradisi kaum cina mesti korang semua dah boleh teka kan? Dah semestinya Dimsum! Makanan kesukaan Faries dan rata-rata ramai kot yang suka tak kira apa kaum sebab kita kan hidup didalam satu rumpun. Tapi nak cari Dimsum yang Halal tu agak susah. Baru-baru ni, Faries makan Dimsum yang diiktiraf halal di Restoran China Treasures di Sime Darby Convention Centre di Bukit Kiara. Nak tahu apa yang best? Korang wajib baca sampai habis taw....

Untuk pengetahuan semua, Restoran China Treasures ini merupakan restoran dibawah pengendalian Sime Darby Convention Centre. Makanan yang ditawarkan bukan Dimsum semata-mata, terdapat menu lain juga tetapi Dimsum merupakan menu utama yang ditawarkan disini. Konsep restoran cukup cantik dan hiasan-hiasan dalaman lebih kepada chinese konsep.


Ada berita baik bersempena bulan kemerdekaan ini, China Treasures menawarkan buffet Dimsum sebanyak 22 jenis termasuk Japanese Sushi dan ada potongan khas sebanyak 31%. Berbaloi bukan? Jom korang tengok jenis-jenis dimsum yang ada dekat sini.

steamed rice roll with shrimp



Inilah dia charcoal bun. Sedapp





Paling popular. Pancake Durian. Bau die semerbak weyh. Memang durian oriii

Air Longan. Sedap Weyh

Antara dimsum yang menjadi pilihan Faries ialah steamed rice roll with shrimp. Berkali-kali tambah sebab sedap sangat!!! Kena makan dengan kuah die taw sebab lagi umpphh. Ada satu menu iaitu Salted egg york bamboo charcoal bun. Nampak hitam tapi inti dalam die best custard. Sedap weyh. Banyak sangat kalau nak senaraikan. Tapi memang boleh dikatakan semuanya sedap.hahaha. Eh lupa nak cerita kat sini minuman wajib Teh Panas Chinese. Sedap juga, masuk sangat time tengah feeling2 makan dimsum tu.heheheh

Inilah dia teh china tu, Sedap! Ada rasa teh bunga sikit.hehehe

Jom korang ajak kawan-kawan, keluargaa tersayang makan dekat sini! Serius tak menyesal sebab berbaloi dengan harga yang ditawarkan dan yang paling penting sedap dah Halal!

Mudah terhiburr.hehehe

Untuk maklumat lanjut, boleh layari atau hubungi

chinatreasures.sdcc@simedarby.com


03-2089 3788

Waktu Beroperasi
Isnin - Jumaat: 11:30 PG - 2:30 PTG
                           6:30 PTG - 10:30 PTG
Sabtu - Ahad: 12:00 PTG - 2:30 PTG
                         6:30 PTG - 10:30 PTG

Sime Darby Convention Centre
1A Jalan Bukit Kiara 1, 
60000 Kuala Lumpur, 
Malaysia



12 comments:

Anak Perak said...


dimsum & sushi adalah 2 jenis makanan yang saya berani cuba dlm kategori makanan cina/jepun..itu pun kdg2 tgok juga tempat dan peniaga yang menjualnya..

dimsum je ada 22 jenis.org x reti beza mcm saya ni, asal sama je bentuk,dimsumnya samaaaa je. haha

Mrs Pip said...

Banyaknya makanan, sedap2 lah...
Dimsum ok lah boleh layan, kak pip makan,
kalau ada sushi, ciaciacia tak reti nak makan,
tekak tak berapa nak berkenan..
tapi org lain makan nampak ok jak.

SalinaJohari said...

Bila terbaca je Sime Darby ...perghhh !! Memang tak pernah mengecewakan. Harga sure berbaloi dengan set menu yang diketengahkan dan kalau nak buat gathering recommended.

Mahamahu said...

WAHH MAKAN DIM SUM TAK HAJAK KITA YER AWAS HEHEHE SEDAPNYA SEMUA MAKANAN KAT SINI NAMPAK MENYELERAKAN DAN JUGA SEMUA KESUKAAN KITA.. INGAT AWAK PERGI AS PLUS ONE JER OPPSSS HEHEHE MARAH CLP...

Fadzil Ahmad said...

Dim sum. Tak pernah mengecewakan. Tengok dim sum durian macam nak cuba la pulak. Harga ok tak ? Ingat nk cuba mane tahu berkenan dekat hati kan

mek yunie said...

nampak sedap semuanya ni. tempat pun selesa. boleh makan dengan tenang dan menikmati betul betul. mek kalau dim sum makan masa musim tengkujuh. haha. baru rasa umpph sikit.

Aerill Hassan said...

Nampak sedap. Rasanya saya belum pernah makan dim sum. Nak cubalah lepas ni. Terima kasih share ya. Boleh bawak family ke sini.

AyuArjuna BiGoshh said...

Sedap2 dim sum kat sini. Meriah tgk. Nanti nak dtg repat balik makan kat sini. Tapi nak amik apa yang nak makan jerlah. Nanti rugi plak

HALIMAH BINTI MUHIDEN said...

Memang sefap din sum ni kak pernah. Mkn sekali rasa nk cuba mkn lg

Mouse Mommy Treats said...

Wow! Got dimsum and sushi served together? Looks yummy with varieties of food.

Zandra Zane said...

Tengok gambar boleh puas hati sikit. Almost and sebijik mcm chinese buat. Tapi mmg betul kat semenanjung nak cari yg halal sedap susah mesti rasa being compromise but on this look nampak legit.

Cubalah depa buat special buffet kan. Nak gak melantak kat situ lelama. Haha

Ruby said...

Dim Sum ni fav akak. Kalau dapat sos sedap dan dumpling pun dah suka sangat. Hehehe. Nak cari dim sum halal memang susah. Akak pun prefer makan dim sum di hotel. Hehe