Monday, September 9, 2019

Program 'Nak Ubah Hidup' 2019 Menggegarkan Setia City CC Sempena Bulan Kemerdekaan!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Impian untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik merupakan impian semua orang. Perubahan itu memang perlu untuk kita menaik taraf kehidupan kita tetapi tiada petunjuk yang betul dan akhirnya membuatkan semua orang terpaksa kekal ditakuk yang lama. Rasanya Faries pernah kongsi dalam entri yang lepas dimana Faries telah hadir ke program pakar motivasi perniagaan terkenal iaitu Dr Azizan Osman. Beberapa hari lepas, Faries telah menghadiri sekali lagi ke acara besar dan kemuncak iaitu 'Nak Ubah Hidup' yang diadakan di Setia City Convention Centre bersempena bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke 62....


Rata-rata pembaca rasanya amat mengenali Dr Azizan Osman dan Faries percaya ramai yang ingin berjaya dalam perniagaan dan inginkan ilmu daripada Dr Azizan sendiri. Minggu lalu hampir lebih 12 ribu ribu peserta berkampung di SCCC di Setia Alam untuk mempelajari teknik-teknik perniagaan terkini. Objektif utama penganjuran Program Nak Ubah Hidup ini ialah untuk membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.



Program Nak Ubah Hidup ini dianjurkan oleh Richworks selama 3 hari bermula daripada Jumaat sehingga ahad dan penyertaan kali ini sungguh mengalakkan daripada tahun-tahun lepas. Sambutan Kemerdekaan juga memberikan semangat kepada para peserta untuk mengubah nasib hidup mereka dan mereka sendiri mengira detik Kemerdekaan bersama-sama pada hari tersebut dan pada keesokkan harinya sesi dewan dimulakkan dengan bacaan doa sempena sambutan tahun baru islam.




Realiti Usahawan Kini...

Ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan yang tak berjalan lancar seperti yang diinginkan.

Atas sebab itu, RichWorks International bersama pengasasnya Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang perlu dibantu. Memandangkan Dr Azizan Osman sendiri pernah lalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan, dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta sering gagal dalam perniagaan beliau melihat ini sebagai peluang untuk beliau membantu lebih ramai orang lain.

Apa yang menariknya, kegagalan beliau dalam bisnes sehingga beliau pernah berhutang beratus ribu dan terpaksa menggadaikan rumah ibunya bagi melunaskan hutang, dan pada saat itu beliau berjanji, bila beliau berjaya dalam bisnesnya nanti beliau akan membantu seramainya anak bangsa untuk menjadi usahawan berjaya dengan ilmu dan formula hasil dari pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan dan ilmu yang beliau dapat dari mentornya di luar negara.

Sambutan Luar Biasa NUH....

Kemeriahan NUH 2019 pastinya dengan kehadiran para-para artis tempatan yang banyak memperoleh ilmu perniagaan daripada Dr Azizan sendiri. Antara artis yang hadir ialah Chef Zam, Hanez Suraya, Mawar Rashid, Raf Yaakob, Noraniza Idris, Rafidah Ibrahim, Fadzli Zainal, Afiq Muiz, Fadzlun Abas dan ramai lagi

Program NUH 2019 tak berhenti disini. Orang ramai sudah mula bertanya bila tarikh untuk program akan datang? Amboi nampaknya semua tak sabar. Untuk pengetahuan korang semua NUH 2020 akan datang dan korang dah boleh mula mendaftarrr. Jangan lepaskan peluang ini! Tempat terhad....

Nak tahu lebih lanjut, boleh layari terus,



15 comments:

Syamimi Saad said...

Ramai juga yang pergi program ni kan.
Teringin juga nak pergi.
Mana la tahu kalau dapat jemputan free ke kan. 🤪🤪
Mana tahu, dari situ kita berjaya ubah taraf kehidupan kita yang ada sekarang ni kan..

mamilova said...

program under dr memang ramai tak lepaskan peluang nak join. boleh masuk dalam whislist, insyaAllah dapat join juga seperti saudara.

mek yunie said...

program yang dianjurkan oleh azizan ni mesti gempak. semua akan bersemangat untuk teruskan perjuangan masing masing.

Nisa Kay said...

Nak masuk ni kena bayar ke? Atau dapat sponsorship? Hehe just asking tau sebab tengok macam ramai pulak influencer / bloggers yang pergi event ni.

Fadima Mooneira said...

Wow!!!!!!!!! Good program. Byk pengajaran dapat kan attend program macam nie. Thanx for sharing and have a good day.

AyuArjuna BiGoshh said...

bagus kan program ni..banyak yang kita boleh balajar dr dr azizan..terutama bagaimana nak ubah hidup ke arah yang lebih baik

Michelle Dolphin said...

Looks like a really good program. The crowd looks amazing. It's good to know that by changing our lifestyle we can be a better person.

Mahamahu said...

WOW AWAK NAK UBAH HIDUP HEHEHE NANTI DAH BERJAYA JANGAN LUPAKAN KITA YER KITA PUN NAK BERJAYA JUGA.. RAMAI ORANG DAH BERJAYA DENGAN PROGRAM DARI DR AZIZAN NI MEMANG BAGUS HUHUHAHU...

Aerill Hassan said...

Program yg sgt bagus. Alhamdulillah, dpt join satu sesi, mmg banyak yg dpt dipelajari. In shaa Allah nak sertai lagi kalau ada.

SalinaJohari said...

Teringin jugak nak join sesi motivasi gini. Sebelum ni ada geng pernah join dan seronok dengar pengalaman dia. Moga satu hari nanti dapatla .. hehhee

Cik Min said...

Har tu i tak sempat nak join sebab ada hal lebih penting. Actually i pernah masuk IMKK dulu hehe best gak la utk recharge minda n semangat

Huda Halid said...

tak pernah join apa2 event dr azizan ni. teringin juga nak join satu hari nanti. nampak best dan semangat jer semua

adianiez AIDA said...

dia masih organize function sebegini?
hmmmm aida x pernah join. x dpt nak komen byk pasal ni.
ada member yg join. ok she said.
aida prefer join seminar dgn pakar motivasi yg lain.
More to konteks agama. That one i like. Maybe sebab aida bukan org bisnes, kan...

adianiez AIDA said...

dia masih organize function sebegini?
hmmmm aida x pernah join. x dpt nak komen byk pasal ni.
ada member yg join. ok she said.
aida prefer join seminar dgn pakar motivasi yg lain.
More to konteks agama. That one i like. Maybe sebab aida bukan org bisnes, kan...

Mawardi Yunus said...

Bagus dapat join program macam ni. One day teringin jugak nak ada kat sini. Kadang-kadang kita perlu jugak motivasi macam ni kan untuk lebih berjaya