Friday, October 11, 2019

Ringkasan Belanjawan Malaysia 2020: Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Setiap kali tibanya bulan Oktober pasti ramai diantara kita menanti-nantikan pembentangan belanjawan negara. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus cakna berkenaan hala-tuju, tujuan dan dasar-dasar yang telah dirangka oleh pihak kerajaan untuk kesejahteraan kita semua. Belanjawan bagi tahun 2020 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan YB Tuan Lim Guan Eng di Parlimen sebentar tadi. Sebagai seorang Belia dan juga graduan baru, sudah pasti bajet untuk golongan belia menjadi perhatian Faries untuk ulas dan menilai adakah peruntukan yang disaluarkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dapat membantu pembangunan belia. Jom kita kupas satu-persatu..



Berdasarkan kupasan bajet yang telah dibentangkan, peruntukan bagi Kementerian Belia dan Sukan pada tahun ini berjumlah RM 1.2 Billion. Kenaikan sebanyak 10.95% berbanding bajet pada tahun lepas.


Fokus utama bajet yang disalurkan kepada KBS pada kali ini lebih kepada Pembangunan Belia, seiring dengan dasar yang sering dilaungkan oleh Menteri Kementeria Belia Dan Sukan, YB Syed Saddiq bagi membantu golongan muda belia mendapat pekerjaan yang lebih baik dan kehidupan yang selesa. Untuk pengetahuan semua, sebanyak RM 138 juta diperuntukan inskuslif bagi pembangunan belia melalui program-program .

- Youth Power Club (YP)
- Malaysia Future Leaders School (MFLS)
- Volunterism Initiatives

KBS akan memastikan peruntukan ini digunakan bagi melaksanakan pelan tindakan yang komprehensif demi pembangunan belia selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.


MALAYSIAN@WORK

Menyediakan insentif gaji kepada pekerja dan mendapatkan insentif untuk majikan. Inisiatif ini akan diuruskan oleh KWSP dan seterusnya akan dikemaskini oleh Sistem Insuran Pekerjaa (EIS) serta program pemasaran buruh yang aktif. Kerajaan menjangkakan inisiatif ini akan menelan kos sebanyak 6.5 billion bagi tempoh 5 tahun dan akan mewujudkan 350, 000 peluang pekerjaan dan mengurangkan kebergantungan kepada 130,000 pekerja asing.

Graduates@Work
Women@Work

  • Graduan yang menganggur lebih daripada 12 bulan
  • Apabila mendapat pekerjaan, insentif gaji sebanyak  RM 500 selama 2 tahun
  • Majikan : Insentif penawaran pekerjaan sehingga RM 300 sebulan untuk setiap sewa selama 2 tahun


  • Pekerja wanita yang kembali bekerja setelah berhenti selama setahun atau lebih dan berumur antara 30-50 tahun akan mendapat insentif berikut:
  • RM 500 sebulan semalam 2 tahun sebagai insentif upah
  • Insentif cukai dilanjutkan selama 4 tahun
  • RM 300 sebulan untuk majikan yang mengambil pekerja wanita dan akan diberi insentif selama 2 tahun


Locals@Work
Apprentice@Work (TVET)

  • Insentif gaji bagi rakyat Malaysia yang diupah untuk mengantikan pekerja asing RM 250 atau RM 500 selama 2 tahun
  • Majikan:Insentif menyewa sehingga RM 250 sebulan selama 2 tahun
  • Meningkatkan gaji minimum kepada RM 1,200 di bandar-bandar utama dan RM 1,100 diluar bandar

  • Elaun tambahan RM100 untuk pelatih TVET
  • Melanjutkan insentif cukai untuk Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) selama 2 tahun lagi
  • Insentif cukai yang diberikan kepada syarikat-syarikat dibawah Program Latihan Berstruktur (SIP) akan merangkumi semua pelajar bukannya kejuruteraan dan teknologi sahaja

Sebagai seorang graduan baru, Faries menyokong penuh usaha pihak kerajaan ingin membantu para graduan baru yang kini agak sukar mendapat pekerjaan setaraf dengan kelayakan yang dimiliki. Insentif seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu dan menyuntik semangat para graduan setelah lama menganggur. Peranan majikan juga diambil kira dengan memberikan insentif kepada majikan yang menawarkan peluangkan pekerjaan kepada graduan baru

Apa yang paling menarik sekali, golongan wanita sentiasa menjadi keutamaan dengan insentif-insentif menarik yang diberikan kepada golongan ini memberikan peluang untuk mereka kembali bekerja meskipun telah kian lama berhenti atau menganggur.

(Locals@Work) iaitu program kesamarataan kos pengambilan pekerja yang bertujuan mengalihkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah. Kerajaan mengalakkan majikan mengambil pekerja tempatan bagi mengurakan kebergantungan kepada pekerja asing.

Langkah paling bijak dalam belanjawan 2020 ini adalah dengan memberikan tambahan elaun untuk para pelatih TVET dan ini akan meningkatkan dan menyuntik semangat golongan belia muda menyertai TVET. Selain itu, insentif memperpanjangkan insentif cukai  SLDN dan Syarikat dibawah SIP akan memberikan peluang kepada syarikat-syarikat melatih pelajar-pelajar TVET mengikut industri masing-masing.


MENGARUS PERDANA TVET

  • Peningkatan peruntukan daripada RM 5.7 billion  2019 kepada RM 5.9 billion bagi tahun 2020
  • RM 50 juta melalui PTPK untuk membiayai kursus TVET
  • Institusi Latihan Kemahiran Awam (IKLA)-Tambah baik peralatan dan upah pengajar daripada industri
  • Dana geran padanan sebanyak RM 20 juta untuk menyokong kursus TVET dengan kerjasama industri
  • Rangkaian  Universiti Teknikal Malasysia (MTUN) menawarkan kursus Ijazah untuk pelatih yang menamatkan pengajian dari Kolej Vokasional
  • Kerajaan akan menyediakan HRDF RM 30 juta untuk melatih sejumlah 3,000 belia dari isi rumah berpendapatan rendah.


Peningkatan peruntukan TVET  amat diperlukan dimana peningkatan ini akan disalurkan kepada para pelatih yang sedang mengikuti pengajian dan juga yang baru sahaja mengikuti pengajian. Di era teknologi kini, majikan perlukan graduan yang serba boleh bukan sahaja dari segi ilmu, rohani tetapi kemahiran juga penting. Boleh dikatakan graduan kini perlu ada kemahiran serba boleh bagi memenuhi keperluan majikan. Menyediakan latihan HRDF bagi golongan belia isi rumah berpendapatan rendah juga selaras dengan tema mensejahterakan dan memakmurkan rakyat didalam belanjawan 2020 ini.

SUKAN

  • Sukan Olimpik Tokyo 2020/ Sukan SEA Hanoi 2020/ Sukan Paralimpik-RM179 juta
  • Pemulihan kemudahan sukan/Menaik taraf  kemudahan sukan - RM 299 juta
  • eSport/eSukan- Peruntukan meningkat sebanyak RM 20 juta
  • Program sukan wanita/ Pasukan Kelab untuk wanita - RM 10 juta
  • Program Pembangunan Bola Sepak Negara- RM 45 juta
Peruntukan bagi persediaan Sukan Olimpik Tokyo dan sukan SEA Hanoi 2021 serta penghargaan kepada Atlet Paralimpik yang telah mengharumkan nama negara dan berharap dengan adanya peruntukan ini, para atlet lebih bersedia dan dapat melakar sejarah seperti kejayaan altet renang kita, Pandelela Rinong dan juga jaguh berbasikal Azizulhasni Awang di pentas Olimpik.  Pembangunan bagi peruntukan untuk sukan amat diperlukan tiap-tiap tahun bagi meningkatkan kemudahan bagi atlet dan juga orang ramai yang ingin bersukan. 

Selain daripada itu, Industri e-Sports adalah medium terkini yang penting dalam membina generasi masa depan. Ia langkah terbaik dalam dunia digital dan bukan sekadar bermain game namun ia merupakan langkah awal anak muda bersedia dalam Revolusi Industri 4.0. Sukan ini turut menjadi pilihan sukan dan sudah dipertandingkan di peringkat dunia. Justeru, kenaikan peruntukan selari dengan keperluan sukan ini pada masa kini dan hadapan. Paling menarik ialah Program Sukan Wanita dimana ianya sangat baik dan mendorong kaum wanita bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat

Berdasarkan intipati belanjawan bagi tahun 2020 ini, kita dapat lihat peruntukan bagi golongan belia bertepatan dengan hasrat pihak kerajaan untuk memperkasakan golongan belia pada masa akan datang. Dengan adanya peruntukan tertentu sudah pasti golongan belia akan kekal dihadapan dan menerajui negara pada suatu masa kelak.

Belanjawan Anak Muda 2020

Nak tahu lebih lanjut, layari


@KBSMalaysia - FB IG Tweeter

No comments: