Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Lost World of Tambun merupakan sebuah taman tema yang besar dan cukup popular terletak di Bandaraya Ipoh. Pelbagai tarikan yang ada disini dan kini mereka telah membuka tarikan baru iaitu Hostspring & Night Park. Pada beberapa hari yang lalu, Faries sekeluarga telah datang kesini buat kali pertamanya. Seronok sangat dan tak terungkap rasanya. Kalau korang nak tahu apa yang best ada disini? Jom kite baca sampai habis.....
Lost World Hot Springs & Spa
Untuk pengetahuan semua, kali ini kami sekeluarga mengambil tiket masuk ke hostspring dan boleh masuk sehingga jam 11 malam. Lost World Hot Springs & Spa yang baru ini merupakan tempat bersantai yang sesuai untuk semua peringkat umur. Ia mempunyai sebanyak 15 tarikan yang terdiri daripada 13 kolam, 3 pondok persendirian untuk disewa serta Crystal Spa bagi pengunjung yang ingin dapatkan perkhidmatan mengurut dan waxing serta macam-macam lagi. Pada majlis pelancaran tersebut, para tetamu berpeluang untuk berendam dalam 5 kolam kolam air panas terbaru di Lost World Hot Springs & Spa, serta air terjun yang mengalir dari ketinggian 25kaki. Tambah menarik lagi dengan adanya gelongsor seperti mana di taman tema air.
Selain daripada itu, ada pertunjukan Api (Flaming Percussion) daripada abang abang professional. Memang ramai berkumpul seawal jam 8 malam. Kalau korang berminat boleh berkumpul di pentas utama untuk menyaksikan persembahan ini.
Harga tiket untuk hostspring seperti dibawah:
Petting Zoo
Tempat paling seronok untuk mendekati binatang, persekitarannya juga dijaga bersih memberi lebih keselasaan buat pengunjung. Rasai pengalaman untuk melihat sendiri habitat binatang liar seperti, pelbagai spesis ular, harimau malaya, zirafah, kuda belang, rusa, badak sumbu, flamingo dan banyak lagi! Boleh kata kebanyakan haiwan kat sini jinak-jinak tau?
Didalam ini juga terdapat haiwan-haiwan dipamerkan dicelah-celah batu-batu kapur yang sangat cantik. Korang kena explore kedalam sedikit dan pastikan pergi sebelum malam ye. Untuk kawasan ini hanya dibuka sehingga pukul 7 malam sahaja.
- Marmoset Tree House - Mempunyai marmoset iaitu monyet kecil seperti tupai yang berasal dari Amerika.
- Tortoise Kingdom - Taman kura-kura yang cantik dengan sungai semulajadi yang mengalir ke kolam kura-kura.
- Serpentarium - Taman ular.
- Ruby and Friends - Menempatkan raccoon (binatang seperti musang berasal dari Amerika) yang sangat lembut dan comel.
- Bird Paradise - Taman burung yang mempunyai 500 ekor burung dari 18 spesis.
- Rabbit Wonderland - Tempat arnab disekitar sungai buatan.
- Rain Forest Trail - Berjalan di dalam hutan.
- Rock Canopy.
Lumunious Forest
Seperti memasuki dunia Avatar yang mempersona, ‘Luminous Forest’ adalah hutan iluminasi yang berwarna-warni, di mana pokok-pokok dihidupkan pula dengan lampu neon dan cat bercahaya dalam gelap. Paling istimewa, terdapat juga hikayat khas bernama ‘Malayana’ serta makhluk-makhluk malam yang berpesta di sebalik cahaya-cahaya yang bergemerlapan ini.
Pokok-pokok pula dililitkan dengan lampu-lampu neon LED. Satu perkara yang saya kagumi adalah bagaimana LWOT dapat mengubah landskap yang dahulu hanyalah hutan simpan yang digunakan untuk sesi senaman berlari sahaja, menjadi sesuatu yang menarik seperti ‘Luminous Forest’ ini. Kali air yang mengalir, sungai-sungai yang menuruni bukit, tidak sedikitpun diubah. Mengalir deras dan bebas seperti sedia kala. Kamu hanya perlu meniti batu-batu buatan yang telah dibina khas bagi kamu merentasi sungai-sungai semulajadi ini.
Pokok-pokok pula tidak satu pun ditebang untuk membuat laluan. Kamu harus mendaki laluan yang berliku tetapi tidak terasa sama sekali kerana tangga batu yang bercahaya tersedia untuk kamu jalani. Cat-cat yang digunakan juga mesra alam dan tidak menggunakan bahan-bahan kimia yang terlarang. Bagi orang seperti Faries yang cintakan pokok dan alam semulajadi, perkara ini amat perihatinkan. Nampaknya LWOT berjaya mengimbangi antara hiburan dan konservasi hutan yang boleh diberi pujian dan layak mendapat tabik hormat daripada semua pencinta alam di Malaysia.
Tempat menarik lain
- Lost World Amusement Park.
- Lost World Water Park.
- Lost World Tiger Valley.
- Lost World Tin Valley.
- Lost World Lupe’s Adventure.
Macam mana? Korang rasa teruja tak? Faries sangat-sangat recommend untuk korang semua datang kesini bersama keluarga atau kawan-kawan. Nak dapatkan harga lebih berbaloi korang boleh book sacara online!
Untuk maklumat lebih lanjut,
https://sunwaylostworldoftambun.com/
Alamat:
SUNWAY LOST WORLD WATER PARK SDN BHD
No. 1 , Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh,
31150 Ipoh, Perak, Malaysia
Hubungi:
Theme Park Tel: 605- 542 8888 | Hotel Tel: 605- 540 8888
Fax: 605- 542 8899 | Email: lostworldoftambun@sunway.com.my
18 comments:
Yeah! Dah lama tak ke LWOT ni. Rupanya waktu malamnya dah meriah la.. Hohoho...bestnyaa..
Sis tak pernah lagi pergi Tambun ni, nak gak pergi sekali nanti...tengok kengkawan update semua share, memang best tempat ni..
Okay, tahun ni boleh masuk dalam wishlist...
BEstkan? I pun gi last year..memang meriah nau rasa! Mana taknya..serinok menikmati semua permainan dan kemudahan yanga ada kat sana hehe terutama hot spring
Akak belum sampai lagi List World of Tambun ni. Memang ada plan nak pergi tapi tak tahu bila dapat perginya. Semendang sibuk je kan
cantiknya Zorro! Unik kot kawasan haiwan dekat lost world of tambun ni. Lepas tengok entri ni rasa nak pergi pulak sebab cantik sangat! Kalau bawak family mesti best.
Bestnya. Entah bila lah kiteorang ni nak pergi. Dari dulu cakap nak pergi tapi tak sempat pun nak jejak kaki lagi ke sini.
Baru terfikir nak ke sini tempoh hari tapi now macam hujan non stop plak. Tunggu la sampai dah tak hujan balik - nak pergi relaxing kat kolam air panas tu.
Plan cuti CNY balik IPoh memang nak pergi LWOT tapi dengan cuaca yang sangat panas lit lit, then dgn mcm2 virus sekarang terus cancel nak ke sana.. tgg next cuti sekolah la kot... mmg seronok g sana sbb anak2 boleh mainnair, tgk petting zoo lagi.. seharian smp mlm dekat sana
ramai juga sudah blogger melancong dan review tempat ni.. sayangnya sangat jauh lokasinya dari tempat saya.. kalau dekat pasti ke sana juga.. menarik tempatnya dan banyak aktiviti best.. info lengkap.. tq bro
Bestnya boleh mandi manda belah malam pulak, dulu sampai petang jer boleh, teringin nak berendam kat kolam air panas waktu malam mesti best kan!
tahun 2019 dah dua kali datang lwot ni. In shaa Allah tahun 2020 nk bwk family gi sini :)
lama dah tak pergi bercuti ke Lost orld of Tambun. kalau dapat bawak satu family bercuti kat sini mesti meriah sangat kan.
Memang seronok kalau dapat bawa famili dan bercuti di sini. Macam2 yg kita boleh explore
HUwaaaa... bestnya gi LWOT. Salah satu tempat kesukaan sis ni sebab kat dalam tu macam2 ada. tak membosankan langsung. One day nak ajak family la ke sana, selalu dengan kengkawan je
Bestnya.. Asyik tengok orang ja pi ke sini... Nanti nak bawak anak2 stay dekat sini la... Sebab boleh layan dari pagi sampai ke mlam and tdoq dekat hotel dia ja kan...
Bestnya dapat bawak family bergembira! Kita belum pernah datang sini, ramai jugak jata best. Part malam ni cantiknya...
Thanks sharing, teruja nak bawak family jalan camni
Tak pernh pergi lagi..seornok tengok..banayk tempat dia ye..luas sungguuh..teringin nak pergi..harapa de rezeki datang sini bawak anak2
tak pernah pergi lagi tp memang maklum tempatnya memang best. insyaAllah nanti pegi
Post a Comment