Sunday, January 19, 2020

Pengalaman Menginap Bersama Keluarga di Putrade Allsuites di RPGC Ipoh, Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pembuka tahun 2020 memberikan nafas baharu dan masanya untuk bawa seisi keluarga bercuti walaupun untuk tempoh masa yang singkat.hehehe. Faries nak cerita dimana baru-baru ini Faries dan keluarga telah menginap di sebuah hotel yang terletak di Ipoh iaitu Putrade Allsuites. Perjalanan lebih kurang 3 jam daripada Kuala Lumpur kesini. Nak tahu apa yang menariknya hotel ini dan kenapa Faries memilih Ipoh sebagai lokasi pilihan? Korang kena baca sampai habis.....



Untuk pengetahuan semua, Putrade Allsuites merupakan servis apartment terletak di Royal Perak Golf Club (RPGC). Hotel ini terletak berdekatan Bandaraya Ipoh dan 5 minit daripada Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah. Hotel ini baru setahun beroperasi dan mempunyai 36 buah unit bilik jenis apartment. Putrade Allsuites ini memberikan konsep moden, mewah dan keselesaan buat para pelanggan yang akan menginap disini. Jom kite tengok serta terjah apa yang ditawarkan disini...

Jenis Bilik Yang Ditawarkan

One-Bedroom Suite

Konsep apartment 1 bilik yang pasti memberikan keluasan dan keselesaan kepada pengunjung. Bilik ini dilengkapi ruang tamu berserta ruangan dapur kecil berserta sebuah bilik yang mempunyai katil jenis twin or queen.


Two-Bedroom Suite

Bilik yang mampu memuatkan 4 orang atau lebih dimana konsepnya sama tetapi mempunyai 2 bilik dan 2 bilik air. Selesa untuk yang mempunyai keluarga besar. Ruanga tamu yang dapur kecil turut disediakan berserta kemudahan-kemudahan lain


Three-Bedroom Suite

Bilik yang boleh dikategori jenis mewah dan selesa. Hanya 2 unit ditawarkan dan sangat terhad. Hiasan dalaman berlain dengan jenis 1 & 2 bilik. Ruangan makan, dan ruang tamu sangat luas dan dekorasi dalaman sangat-sangat cantik. Bilik sangat sesuai untuk yang berkeluarga ramai dan mampu memuatkan 6 orang keatas.



Harga

Dah tengok bilik yang cantik-cantik dan moden tu kan mesti korang tertanya-tanya berapa harga untuk semalam. Sebelum tu Faries nak bagitahu jenis bilik yang Faries sekeluarga menginap ialah jenis bilik 2 bedroom. Selesa weyhh. Dah jom tengok harga dibawa;:

One-Bedroom Suite: RM 390 Nett 1 malam termasuk breakfast
Two-Bedroom Suite: RM 490 Nett untuk 1 malam termasuk breakfast
Three-Bedroom Suite: RM 540 Nett untuk 1 malam termasuk breakfast

Dining- Fairway Restaurant



Sepanjang keberadaan kami sekeluarga disini, kami menikmati makan tengahari, makan malam dan sarapan pagi di Fairway Restaurant ini. Restoran ini dibawah pengurusan Putrade AllSuites. Serius makanan dekat sini sedap tak tergambar. Faries paling suka bab portion yang disediakan sebab besar dan tak kedekut. Sarapan pagi yang disediakan pun boleh tahan. Bab harga untuk hotel sangat berpatutan dengan apa yang ditawarkan. Untuk pengunjung yang malas nak keluar cari makan tu, korang boleh je makan dekat sini. huhuhu..



Menu sarapan pagi
Kemudahan Lain


  • 18 Hole Championship Golf Course
  • Driving Range
  • Tennis Court
  • Swimming pool, Jaccuzzi, Wading pool
  • Games Room
  • Squash Courts
  • Fitness Gym
  • Dining Facilities
  • Banquet Hall
  • Pro-Shop



Tempat menarik dilawati Sekitar Bandar Ipoh

Kalau dah alang-alang menginap di RPGC Ipoh mesti korang tertanya-tanya tempat menarik apa yang ada disekitar Ipoh. Untuk pengetahuan korang semua, sepanjang 2 hari 1 malam Faries dan keluarga disana, kami teroka beberapa tempat menarik taw. Ipoh sebenarnya banyak tempat menarik cuma tak beberapa mendapat perhatian atau kata lain orang tak familiar. Jalan-jalan sekitar bandar Ipoh juga best sebab kebanyakan bangunan-bangunan disana masih mengekal struktur bangunan lama dan ianya sangat menarik.

Dibawah adalah tempat-tempat yang Faries sekeluarga lawati sepanjang berada di Putrade Allsuites RPGC Ipoh ini:

1. Lost World of Tambun


Memandangkan kami check dalam pukul 3 ptg. Kami ambil pakej hotspring untuk masuk ke LWOT ini. Pakej malam tu best juga sebab dapat mandi air panas dan dapat lihat beberapa tarikan menarik yang ada dekat sini. Faries paling suka jelaja Petite Zoo disini. Cantik sangat berlatarkan Gunung Ganang batu kapur.



2. Gunung Lang



Disini merupakan salah satu tarikan popular dikalangan para pelancong dan penduduk disekitarnya. Kami dibawa menaiki bot menyeberangi tasik. Tarikan yang ada di Gunung Lang ini adalah konsep rumah tradisional Melayu, Taman rekreasi, beberapa haiwan seperti ostrich, lembu dan banyak lagi. Rasa betul-betul tenang berada disini memandangkan kawasan ini dikelilingi gunung batu kapur.Cantikk.. Ha lupa nak bagitahu harga tiket pun murah jerr...



3. Concubine Lane, Ipoh


Tempat untuk sesiapa yang gemar bergambar dan ingin membeli cenderahati. Cantik weyh tempat bergambar disini. Barang-barang cenderahati yang dijual disini pun cantik-cantik dan murah. Not bad juga Bandar Ipoh ni kan.



4. Tempat makan Famous Nasi Ganja



Nasi ganja memang tidak dapat dipisahkan lagi dengan Ipoh. Faries sempat terjah nasi ganja Restoran Vanggey. Sedap pun sedap pada harga berpatutan. 


Nak tahu lebih lanjut, boleh layari terus ke 

www.putradeallsuites.com

+6052380022

Putrade Allsuites
Jalan Sultan Azlan Shah, 
31400 Ipoh, Negeri Perak

No comments: