Thursday, February 20, 2020

Penjenamaan Semula Hotel Espira Sri Petaling Serta Pelancaran Menu Baru!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....


Baru-baru ini, sempat berkunjung ke sebuah hotel dikawasan Sri Petaling yang dahulu bernama Hotel Sri Petaling dan kini sudah dijenamakan semula sebagai Espira Sri Petaling. Baru tahu wujudnya hotel ini dikawasan Bandar Baru Sri Petaling ini. Hotel ini merupakan hotel 3 bintang yang diuruskan sepenuhnya oleh Attana Hotels & Resort Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Permodalan Nasional Berhad(PNB). Nak tahu apa istimewanya hotel ini selepas dijenamakan semula? Korang haruslah baca sampai habis...

Semasa kami disana, kami dibawa ke setiap bilik yang ditawarkan disini dan pastinya yang telah diubahsuai sepenuhnya. Kalau korang nak tahu bilik-bilik yang ditawarkan disini antaranya Family Superior, Family Deluxe, Junior Suite dan Executive suite yang pastinya cantik tak terkata. Faries jatuh cinta betul dengan tema klasik elegen yang dieorang gunapakai. Harga pun ada promosi taw. Faries nak belanje korang tengok gambar-gambar dibawah.


Selain itu, Espira Sri Petaling juga melancarkan menu-menu baru hampir 13 menu kesemuanya yang akan ada di restoran hotel ini. Kalau korang nak tahu, pada tahun lepas sahaja, mereka telah memperkenalkan hampir 50 jenis menu baru. Perghh menarik bukan. Dan korang jangan risau dan tolong buang mindset kalau makan dekat hotel je mesti mahal. Harga boleh dikatakan berpatutan dan paling penting korang puas hati. 

Antaranya menu-menunya ialah:


  • Daging  Sirlion Bakar
  • NZ Lamb Chop Panggang
  • Daging Halia
  • Sup Ekor
  • Kacang Pool
  • Mee Sup Wantan
  • Beef Strongaanoff
  • Cili Padi Chicken Chop
  • Salmon Bakar
  • Ceaser Salad
  • Salmon Salad





Tak lupa juga signature dish dimana ESP menawarkan menu Nasi Goreng Sri Petaling yang merupakan menu pilihan dan namanya diambil daripada kawasan hotel ini berada. Nasi Goreng ini digoreng sempurna dengan ramuan istimewa dan dihidang bersama sambal udang , ayam goreng dan acar sayur. Serius sedap weyh!

Nak tahu lebih lanjut, korang boleh terus layari


No comments: