Monday, March 16, 2020

AmLife Meraikan Hari Tidur Sedunia 2020 Dengan Tema 'Menambah Baik Tidur, kehidupan, Bumi"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Bila bercakap mengenai tidur pasti ramai yang mempunyai masalah tidur yang mencukupi ataupun tidur yang nyaman. Seperti yang sudah sedia maklum, untuk mendapatkan tidur yang cukup kita mesti tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam setiap hari. Baru-baru ini, Faries telah hadir ke satu pameran yang dianjurkan oleh AmLife International Sdn. Bhd bertempat di Palace of the Golden Horses. Ini merupakan tahun ke-5 mereka meraikan sambutan Hari Tidur Sedunia 2020 dengan tema "Menambah Baik Tidur, Kehidupan,  Planet"("Better Sleep, Better Life, Better Planet"). Nak tahu yang menarik mengenai pameran ini? Korang kena baca sampai abis...


Sebelum pergi jauh, jom kite tengok serba sedikit latar belakang syarikat AmLife ini dimana  AmLife ditubuhkan pada tahun 2014, memasarkan "Industri Penjagaan Kesihatan Peralatan Tidur". Juga yang pertama dalam pasaran khusus ini dengan bergabung dengan teknologi dari Jepun. Produk AmLife dicipta khas bagi masyarakat zaman sekarang. Menurut Encik Lew Mun Yee, Pengasas & Presiden AmLife, "Pendidikan mengenai tidur bukan sahaja sentiasa di hati kami dan menjadi falsafah perniagaan kami, tetapi juga semakin penting  memandangkan masalah gangguan tidur semakin meningkat di rantau ini. Bersama Persatuan Tidur Sedunia, AmLife menganjurkan pameran tidur yang meliputi bengkel dan sesi demo di 3 negara  utama — iaitu Malaysia, Indonesia dan Taiwan pada tahun ini," kata Encik Lew.



Fakta Penting Mengenai Tidur! 

• Menurut hasil tinjau selidik Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 27% penduduk di 14 negara
dirundung masalah tidur.
• Menurut Persatuan Tidur Sedunia, trend gangguan tidur semakin meningkat, dengan semakin
ramai penduduk berdepan dengan masalah ini.
• 35% rakyat Malaysia mengalami sesuatu bentuk gangguan tidur.
• Lebih 53 peratus tenaga kerja Malaysia mendapat kurang daripada minimum 7 jam tidur dalam
tempoh 24 jam, dengan sekurang-kurangnya 51 peratus mengalami tekanan berkaitan kerja.
• 9 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami sedikit sebanyak insomnia dan satu atau beberapa jenis masalah tidur.

Kesan Buruk Disebabkan Kurang Tidur

STROK (ANGIN AHMAR) - 4 KALI LEBIH TINGGI
Menurut USA Today, mereka yang tidur kurang daripada 6 jam sehari berdepan dengan risiko diserang strok 4 kali lebih tinggi daripada mereka yang tidur lebih lama.
 
OBESITI (KEGEMUKAN) - 73% LEBIH TINGGI
Satu kajian yang dijalankan oleh Columbia University mendedahkan bahawa peluang menjadi gemuk adalah 73% lebih tinggi di kalangan orang yang kurang tidur.

KANSER - 47% LEBIH TINGGI
Satu kajian yang dijalankan oleh Persatuan Kanser Amerika mendapati bahawa kemungkinan mereka yang tidur kurang daripada 7 jam sehari mendapat kanser adalah 47% lebih tinggi.

JANTUNG - 1.45 LEBIH TINGGI

Kurang tidur boleh membawa kepada infarksi miokardium. Hasil kajian mendapati bahawa orang yang tidur kurang daripada 5 jam sehari berdepan dengan risiko 1.45 kali lebih tinggi menghidap penyakit jantung arteri koronari.

Bersempena dengan sambutan Hari Tidur Sedunia 2020, AmLife . AmLife telah melancarkan teknologi seni tidur baharu yang canggih dan menyeluruh, bermula dengan siri AmPower Platinum serba baharu dan Ampower Platinum Heat Sleep Mask (Topeng Tidur), AmPower Platinum Beautifly Pillow (Bantal) dan AmPower Platinum Blanket (Selimut). Rangkaian teknik ant-penuaan Platinum dari Jepun ini membantu melengahkan penuaan sel & menjadikan kulit awet muda, serta membantu pengguna mengekalkan keremajaan & kesihatan badan menerusi kebaikan tidur.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari terus ke  www.amlife.com.my.