Friday, March 20, 2020

D'Salai By Felda D'Saji Menawarkan Penghantaran Makanan Terus Kerumah Sempena Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Sudah sedia maklum kini seluruh Malaysia dibawah Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 March 2020. Harini merupakan hari kedua perintah kawalan ini dikuat kuasa sejak semalam. Rakyat dibenarkan keluar hanya dengan tujuan-tujuan tertentu. Korang nak keluar ke? Tak takot risiki penyakit Covid 19? Faham korang pening nak makan apa dekat rumah kan? Jom nak bagitahu korang semua D'Salai by Felda D'Saji menawarkan penghantaran makanan yang sudah pasti sedap-sedap belaka terus kedepan pintu rumah anda...


Untuk pengetahuan semua, tawaran ini terbuka kepada penduduk Kuala Lumpur dan sekitar yang berdekatan sahaja taw. Makanan yang ditawarkan untuk setiap waktu iaitu makan sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam. Macam mana nak tempah? Ada dua platform yang disediakan untuk korang buat tempahan iaitu melalui aplikasi Food Panda dan juga aplikasi BungkusIt. Korang muat turun sahaja dua aplikasi ni dan cari lah D'Salai nanti kat situ korang boleh pilih menu yang korang suka. 




Buat korang yang berada berdekatan dengan D'Salai Anjung Felda, Jalan Semarak Kuala Lumpur korang boleh pergi sahaja sana terus bungkus lagi jimat. Bagi pakej penghantaran ini terhad mengikut jajahan seperti pengguna aplikasi Food Panda hanya 5km-10km sahaja dari restoran. Manakala kalau aplikasi BungkusIt pula lebih kurang 15km-20km dari restoran. 

Jom kita tengok menu-manu yang ditawarkan oleh D'Salai ini:

Sarapan Pagi yang bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 10.00 
|Set Nasi Lemak, Set Mee Kari, Set Lempeng Kelapa, Set Mee Hoon Sup dan Set Lontong|




 Makan Tengah Hari yang boleh ditempah bermula pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang & Makan malam bermula dari pukul 3.00 petang hingga 7.00 malam. 
|Set Itik Salai, Set Daging Salai, Set Sup Kambing dan juga Set Ayam Bumbu|




Makanan yang ditawarkan dengan harga berpatutan taw. Serendah RM 5 pun hadoo. Jadi tak ada masalah nak makan sedap-sedap semasa perintah kawalan berkurung ni. 

Jom tunggu apa lagi? Tempah sekarang! Promosi ini terbuka hanya didalam tempoh kawalan pergerakan ini sahaja. Kalau tak tahu mengunakan aplikasi Food Panda atau BungkusIt, korang boleh terus melakukan tempahan melalui aplikasi Whatsapp.

Whatsapp D’Saji Delivery HOTLINE: 019-662 2525

  • Maklumat Tempahan
  • Nama : 
  • No tel :  
  • Tarikh : 
  • Masa :
  • Menu :
#StayAtHome
#StaySafe
#FightCovid19Together