Korang sedar atau tidak dimana fungsi "Influencer" atau kita boleh panggil sebagai personaliti sosial media kini tidak asing lagi. Rata-rata golongan remaja lebih mengenali influencer yang mereka minati lebih daripada artis-artis yang sering bermain di kaca TV. Malahan ramai influencer lebih ramai dikenali atau boleh dikatakan setanding dengan artis-artis. Kalau korang nak tahu influencer ini menjana duit daripada iklan, gambar yang dipromosikan di akaun sosial media masing-masing. Pendapatan tu korang boleh faham-fahamlah dan lagi ramai pengikut lagi banyak income.hehehe. Faries sebagai blogger pun kadangkala ditawarkan job untuk mempromosikan sesuatu barang atau perkhidmatan. Okey korang sebagai influencer korang sedar tak korang sebenarnya perlu menunaikan tanggunjawab membayar cukai? Jangan risau sebenarnya banyak kebaikan untuk korang mengistiyarkan pendapatan yang korang jana... Nak tahu jom baca sampai habis....
Baru-baru ini, Faries telah hadir ke satu workshop yang dianjurkan oleh SushiVid dengan kerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertempat di Menara Hasil LHDN, Damansara Perdana. Objektif utama kolaborasi ini diadakan adalah untuk menerangkan kenapa masyarakat khususnya golongan "Influencer" mengenai tanggungjawab membayar cukai. Selain itu, memberikan persepsi yang telus dengan menyata industri pemasaran melalui sosial media adalah sah dan diterima umum.Kalau korang nak tahu, cukai yang korang bayar itu merupakan salah satu sumber dalam membangunakan fasiliti untuk negara kita dan kita harus rasa bangga sebab telah menunaikan tanggungjawab kepada negara dengan membayar cukai. Korang jangan risau, sebenarnya banyak insentif-insentif yang ditawarkan dimana korang sebenarnya boleh dapat rebate serta potongan cukai lepas korang declare pendapatan korang. Tapi haruslah menepati terma dan syarat.
Maklumat penting dimana, untuk para influncers selepas ini mana-mana job yang korang setuju untuk ambil sila dapatkan informasi dan maklumat pembayaran seperti (invoice,task requirement,statement). Menurut pihak LHDN, segala dokumen ini haruslah disimpan sehingga 7 tahun sebelum boleh dilupuskan.
Nak tahu cara-cara mengisi E-filing? Jangan risau tak susah. Jom ikuti langkah dibawah
Dibawah merupakan garis panduan untuk pembayar cukai untuk korang ikuti:
Langkah 1- Layari terus ke Laman Web Hasil - https://ez.hasil.gov.my
Langkah 2- Kepada pengguna sedia ada boleh terus masukkan maklumat seperti dibawah manakala untuk pengguna baru sila Klik Login Kali Pertama
Langkah 3- Sila klik e-Borang
Langkah 4- Pilih borang e-B (Untuk diisi oleh Influencer)
Langkah 5- E-Form ini mengandungi 4 halaman dan setiap halam harus diisi.
HALAMAN 1
Maklumat Individu
|
HALAMAN 2
Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan,
Pendapatan Tahunan Yang Belum Dilaporkan
|
HALAMAN 3
Pelepasan/Rebat/Tolakan Cukai/Pelepasan
Cukai
|
HALAMAN 4
Maklumat Pendapatan Perniagaan
|
Sila muat turun dokumen ini untuk mengetahui lebih lanjut cara mengisi setiap Halaman diatas-
1 comment:
Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators
Post a Comment