Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua....
Bila bercakap soal kecantikan pasti ramai yang tertarik terutama golongan wanita tapi kini golongan lelaki pun sudah ramai yang mula menjada penampilan diri dan mengamalkan penjaan diri terutama kulit wajah. Korang percaya tak yang penampilan diri come first bila orang lihat korang. Sebab tu penjagaan kulit wajah dan diri sangat penting. Faries dulu pun jenis tak kesah tapi sejak meningkat umur rasa kulit wajah dah perlu penjagaan yang lebih rapi. Eh macam dah panjang sangat bercerita dan sebenarnya nak cerita baru- baru ini Faries telah pergi sendiri melihat rawatan di salah satu klinik Aestetik terkenal iaitu Dr Alice Ageless Medispa yang terletak di Jalan Maarof, Bangsar Baru, Kuala Lumpur. Kalau korang nak tahu apa rawatan apa yang ditawarkan disini, korang kena baca sampai habis....
Sebelum bercerita panjang, jom kita lihat serba sedikit latar belakang Dr Alice Medispa ini iaitu pada tahun 1999, Dr Alice Total Wellness and Ageless Medispa telah diperkenalkan dengan menawarkan kombinasi rawatan dalaman (Kesihatan & Kesejahteraan) dan luaran (Estetik & Anti-Penuaan). Dengan pendekatan holistik menggabungkan pengetahuan ilmu bidang perubatan Obgyn, seterusnya Dr Keluarga dan kini bidang astetik dapat memenuhi keperluan serta kehendak pesakit secara keseluruhan. Dr Alice Prethima Michael merupakan pengasad klinik aestetik ini dan beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidan Obstetrics and Gynaecology (OBGYN dan juga cometic.
- Dr Alice Gold Laser
- Dr Alice Facial Rejuvenation Method (Profhilo)
- Dr Alice Shine Bright Program
- Dr Alice Thread Lift Using Aptos Threads
- Oxygen to Derm Theraphy (New Treatment)
Berita baik dimana bersempena dengan bulan kemerdekaan, Dr Alice Total Wellness and Ageless Medispa telah menawarkan potongan harga diskaun 40% bagi rawatan Shine Bright Program. Tawaran sah sehingga 1 September sahaja!
Dr Alice Shine Bright Program
Rawatan Shine Bright ini diperkenalkan oleh Dr Alice untuk semua jenis kulit wajah terutamanya kepada mereka yang mempunyai masalah Melasma iaitu sejenis masalah kulit yang memyebabkan tompok-tompok dimuka dan pigmentasi kulit. Penyakit ini akan dialami oleh semua orang terutamnya setelah meningkatnya umur. Penyakit ini boleh dicegah awal dengan mengunakan produk tetapi sekiranya terlewat, produk tidak lagi membantu.
Rawatan ini mengunakan teknologi laser bagi menghilangkan tompok-tompok dimuka, mencerahkan kulit serta memberikan impak glowing pada wajah. Korang jangan risau teknologi laser ini tidak mencederakan kulit wajah anda. Selepas melakukan rawatan ini dalam lebih kurang 30 minit korang sudah boleh nampak hasilnya. Rawatan Shine Bright ini ditawarkan khas untuk merawat masalah penyakit Melasma ini.
Kita lihat contoh dibawah seorang klien sedang melakukan rawatan shine bright ini dimana Dr Alice memberikan sedikit komen mengenai keadaan semasa kulit wajah beliau. Kulit wajah beliau mempunyai pigmentasi serta bintik-bintik hitam. Antara faktor terjadinya masalah ini disebabkan tidak mengunakan sunblock ketika keluar terutama diwaktu siang.
Jom kita lihat produser rawatan Shine Bright ini:
Muka akan dibersihkan sebelum melakukan rawatan
↓
Gel kebas akan disapukan diseluruh wajah bagi mengurankan rasa kesan laser
↓
Setelah selesai kulit akan dibersihakn dan disapu dengan krim pelembab
↓
Akhir sekali, muka akan disapu dengan sunblock
Selepas menjalani rawatan Shine Bright ini kulit akan nampak lebih cerah dan glowing. Sesuai untuk sesiapa yang ingin menghadiri majlis besar atau perkahwinan. Jangan risau sebab rawatan ini tidak menggunakan jarum dan tiada downtime. Boleh keluar terus jalan-jalan dengan tanpa ragu-ragu dan yang penting cantik.Agitchewwww. Faries tunjuk gambar selepas melakukan rawatan dibawah yer.
Wajah selepas.
Oxygen to Derm Therapy
Salah satu rawatan baru yang diperkenalkan di Dr Alice Ageless Medispa ini. Mesin ini didatangkan khas daripada Korea Selatan. Rawatan ini berfungsi membantu kulit kusam kembali segar dan bermaya selain itu membantu menaikan seri wajah. Kawan baik Faries sendiri, Zharif melakukan rawatan OxyDerm Therapy ini.
Rawatan ini menggunakan teknologi oksigen yang disalurkan melalui topeng khas terus ke kulit muka bagi membuka pori-pori muka agar serum mudah meresap kedalam kulit wajah. Selepas itu, serum muka akan diletakkan menggunakan spray khas. Setelah selesai, kulit akan dikeringkan dan disapu dengan produk pelindung matahari.
Korang pasti rasa teruja bukan? Faries sendiri akan melakukan rawatan shine bright ini sebab kulit muka dah banyak tompok-tompok hitam dan pigmentasi.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari
257, Jalan Maarof, Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur
Dr Alice Anti Aging
62-1 Jalan Maarof, Bangsar Baru
59100 Kuala Lumpur
Tel : 03-22820994
Dr Alice Klinik
46, Lorong Batu Nilam 21-A,
Bandar Bukit Tinggi 2,
41200 Klang.
Tel : 03-3324699
2 comments:
Teruja pula tengok muka selepas rawatan. mesti best kan.. teringin nak buat juga nak cantikkan kulit.
Lepas ni kalau nampak Zharif ke Balqis ke... Dari jauh dah shine bright like a diamond! 😂😂
Post a Comment