Thursday, August 20, 2020

Sunway Lagoon dan Sunway University Bekerjasama dalam Melakukan Kajian Kehidupan SunBear.

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Baru-baru ini Faries berkesempatan menyertai majlis pelancaran terokai kehidupan Beruang Matahari (Sun Bear) hasil kerjasama Sunway Lagoon dan juga Sunway University. Kedua-dua pihak berkolaborasi dan terokai peluang pendidikan di Malaysia. Siapa yang tak kenal SunBear? Dekat Sunway Lagoon ada habitat ini. Nak tahu lebih lanjut berkenaan kajian ini? Jom baca sampai habis....

Wakil daripada Sunway Lagoon pada majlis ini yang diadakan di Sunway Lagoon, adalah Calvin Ho, Pengarah Eksekutif Sunway Theme Parks. Mewakili Universiti Sunway pada majlis itu ialah Dr. Elizabeth Lee, Pengarah Eksekutif Kanan Sunway Education Group. Turut hadir ialah Profesor Madya Dr. Shyamala Ratnayeke, Jabatan Sains Biologi. Profesor Madya Dr. Shyamala Ratnayeke berpengalaman dalam bidang kajian ekologi dan pemuliharaan tropikamamalia dan biologi spesies invasif. Pada tahun 2002, dia mendapat Penyelidikan AntarabangsaAnugerah Fellowship dari Yayasan Sains Nasional AS untuk menjalankan penyelidikan karnivor liar di Sri Lanka, termasuk kajian perintis mengenai beruang sloth. Dia mula bekerja didalam bidan ekologi semenjak menyertai Sunway University.


Terdapat dua subspesies beruang matahari di Malaysia, subspesies Malayan (Helarctos malayanus malaya) terdapat di Semenanjung Malaysia dan subspesies Bornean (Helarctos malayanus euryspilus) dijumpai di Borneo. Ia agak sukar untuk membezakan antara subspesies berdasarkan ciri fizikal, walaupun beruang matahari Bornean rata-rata lebih kecil. Oleh itu, penyelidikan mengenai filogeni spesies itu penting. Beruang matahari disenaraikan sebagai Hidupan Liar yang Dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.




Kalau korang berkesempatan korang boleh datang sendiri ke Sunway Lagoon dan lihat sendiri kehidupan SunBear ini. Faries pun sempat mandi manda sebaik sahaja selesai majlis ini.huhuhu

Nak tahu lebih lanjut, Boleh layari terus ke  www.sunwaylagoon.com


1 comment:

Illya LeYa said...

Bear paling kecik, itulah SunBear. 1st time tengok masa kat Sabah dulu.. Yeah.. Bestnye dah ade kat Sunway.. Dekat lah nak g tengok