Sunday, September 20, 2020

Mencuba Rawatan Dual Yellow Laser di Klink Dr Chong - Skin and Laser Center, Kepong

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Rasa macam dah lama tak manjakan kulit muka almaklumlah sibuk dengan kerja dan urusan hari-hari. Faries rasa kali terakhir buat rawatan muka pada pertengahan tahun lepas. Dan korang pun tahu yang lelaki biasalah tidak menitik beratkan sangat pasal penjagaan kulit walaupun Faries boleh dikategorikan sebagai lelaki metroseksual tetapi bab penjagaan kulit ni memang liat sikit. Tapi kalau dah ada tumbuh jerawat atau parut mulalah tak senang duduk.hahaha. Ok macam dah panjang sangat je kan membebel, sebenarnya nak bagitahu yang Faries baru sahaja mendapatkan rawatan laser di Dr Chong Klinik yang terletak di Kepong. Nak tahu Faries buat rawatan apa dan review Faries? Korang kena baca entri ni sampai habis.....


Sebelum pergi lebih jauh, jom kita tengok serba sedikit latar belakang Klinik Dr Chong ini iaitu salah satu klinik kulit dan estetik terbaik yang terletak di Kuala Lumpur, Shah Alam dan Johor Bahru di seluruh Malaysia. KDC berdedikasi untuk memberikan rawatan kulit dan estetik tahap tinggi yang anda mahukan, dengan selamat dan boleh dipercayai melalui teknologi perubatan moden dan paling tidak invasif. Mereka menawarkan pelbagai rawatan estetik yang komprehensif untuk wajah dan kulit yang mensasarkan kesan pilihan gaya hidup, penuaan, jerawat dan faktor lain yang menghalangi anda untuk mencapai kulit yang cantik, jernih dan sihat. Perkhidmatan yang disediakan merangkumi rawatan muka perubatan, rawatan pelangsingan, rawatan laser dan banyak lagi.

Dual Yellow Laser Treatment

Untuk pengetahuan semua, Dual Yellow Laser adalah salah satu rawatan laser yang paling maju dan rawatan peremajaan kulit yang terbukti secara klinikal. Ia juga dikenali sebagai rawatan laser non-ablatif yang tidak akan mempengaruhi kulit anda di luar kawasan yang disasarkan, memberikan anda hasil maksimum dengan ketidakselesaan dan kesan sampingan yang minimum.

Prosedur rawatan dual yellow laser ini menggunakan tembaga bromida yang diluluskan oleh FDA. Ia menawarkan keupayaan gelombang yang agak panjang untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti pigmentasi kulit dan masalah jerawat. Ia berkesan untuk peremajaan kulit secara keseluruhan untuk mengurangkan jerawat, mencerahkan kulit, dan memperbaiki tekstur kulit. Dan tambahan pula, kulit korang boleh glowing juga taw...


Bagaimana Rawatan Laser Ini Bertindak:

Penyerapan cahaya dan menggunakan kombinasi cahaya kuning dan hijau terus dipancarkan ke tisu kulit serta memancarkan cahaya dalam panjang gelombang tertentu untuk menyerap melanin untuk menghilangkan pigmentasi. Laser cahaya kuning akan dapat memusnahkan bakteria jerawat dan membasmi jerawat aktif.


Cuci muka sehingga bersih


Gel disapukan diseluruh kawasan muka


Rawatan laser dimulakan selama lebih kurang 15 minit


Setelah selesai, muka akan dibersihkan dan disapukan dengan sunblock dan pelembab

Rawatan ini membantu mencerahkan kulit dan peremajaan kulit secara keseluruhan tanpa downtime sama sekali. Prosedur ini membantu menghasilkan pertumbuhan kolagen, mengurangkan kemerahan dan memperbaiki kulit sensitif memberikan kesan pengetatan, pengencangan dan peremajaan keseluruhan pada kulit anda. Korang nak tengok wajah Faries sebelum dan selepas?


Apa tunggu lagi, jom dapatkan rawatan di Dr Chong Klinik dimana pelbagai jenis rawatan kecantikan ditawarkan disini. Dan yang paling penting, Dr Chong Klinik sedang mengadakan promosi sempena sambutan ulang tahun mereka yang ke 4 dan korang berpeluang memenangi sebuah kereta Proton Saga dan juga rawatan bernilai hampir RM 100,000. Fuhhh.



Nak tahu lebih lanjut, boleh layari terus ke

INSTAGRAM | FACEBOOK

Dr Chong Clinic - Skin & Lasers Center

37, Jalan Metro Perdana Barat 1, 
Taman Usahawan Kepong, 
52100 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Cawangan Lain: Johor Bahru, TTDI, Shah Alam

No comments: