Friday, October 16, 2020

Eat Sushi Sunway Giza Menawarkan Pelbagai Jenis Sushi Pada Harga Berbaloi!

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Siapa dekat sini peminat tegar Sushi? Angkat tangan sebab kita boleh geng.hehehe. Kalau korang nak tahu, Faries dulu paling tak suka sushi tapi setelah dipaksa makan oleh kawan baik sendiri 2 tahun lepas terus jadi jatuh cinta. Kalau boleh seminggu tu mesti ada 1 kali makan sushi.hahaha. Kalau korang ada masalah sama mcm Faries. Korang patot cuba dulu. Panjang pulak membebelkan.Sebenarnya Faries nak bagitahu yang Faries dah jumpa tempat makan sushi yang paling nyummmm iaitu di Eat Sushi Sunway Giza. Korang nak tahu tak apa yang bestnya sushi-sushi kat sini? Korang kena baca sampai habis la kan.heheheh

Untuk pengetahuan semua, Eat Sushi terletak di Sunway Giza Mall Kota Damansara dan merupakan cawangan pertama di luar negara dan tak lama lagi akan membuka lebih banyak cawangan baru di seluruh Malaysia. Eat Sushi merupakan restoran Jepun yang sangat terkenal di Australia. Mereka memilih Malaysia untuk mengembangkan lagi perniagaan sushi ini. Rasa macam taw-taw je orang Malaysia giler makan sushi.hehehe

Apa yang bestnya sushi dekat Eat Sushi ni berbanding tempat lain? Kalau korang nak tahu, pilihan sushi yang ditawarkan sangat pelbagai dan Faries rasa korang tak boleh jumpa pilihan sushi yang agak unik dihasilkan di restoran ini dan menjadi Signature Dish antaranya:



  • Unagi Rainbow Maki- Tambahan cream cheese daripada resepi asal unagi maki
  • Grill Salmon Rainbow Maki - Tambahan sos istimewa dan memberikan rasa sedikit masam
  • Tempura Sushi Maki - Maki digoreng bersama tempura
  • Avocado Rainbow Maki- Tambahn isi buah avocado
  • Grill Hotate Rainbow Maki - Campuran ketam bersama salad dengan grill scallop
  • Egg Rainbow Maki- Tambahan egg sheet untuk menampak lebih sedap




Harga?

Disini hanya terdapat 3 pilihan harga untuk satu pinggan dan pastinya sangat berbaloi dan boleh jimat lebih. Untuk pilihan set harga pun boleh dikatakan murah berbanding tempat tempat lain. Korang tak akan rasa menyesal. Selain itu, tempat untuk dine pun sangat selesa untuk makan didalam dan juga diatas. Dibahagian atas restoran ini boleh untuk mereka yang ingin adakan acara atau majlis khas tanpa diganggu dengan tetamu lain. Ruangan atas ni mampu memuatkan seramai 50 hingga ke 60 orang dalam satu-satu masa. Mereka akan serve semua hidangan untuk majlis khas korang jadi tak perlu nak risau.


Apa tunggu lagi? Jom bawa kawan-kawan, kekasih hati atau keluarga makan di Eat Sushi ni. Sangat Recommended!

Nak tahu lebih lanjut, boleh terus klik link dan info dibawah:

FACEBOOK | INSTAGRAM

Eat Sushi Sunway Giza
A-13-G, Sunway Giza Mall, Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi:
Dari 10 pagi hingga 10 Malam

03-74967318