RichWorks Lahirkan 777 Usahawan Tahun 2020 Jana Hasil Jualan Lebih RM 2 Billion
Asalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Tahun 2020 merupakan tahun yang agak mencabar buat semua dikala dunia dilanda wabak pandemik covid-19. Ekonomi jatuh dan pergerakan manusia terbatas dan menyebabkan orang ramai mengalami kesukaran terutama kepada para peniaga. Alhamdulillah, berita gembira buat anak didik Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks dimana pada tahun ini mereka telah membimbing hampir 777 usahawan dengan hasil jualan sebanyak RM 2 billion!
Program yang ditawarkan oleh RichWorks selama ini terbukti berkesan dimana usahawan dibimbing serta diajar mempelbagaikan cara peroperasian perniagaan seiring dengan kehendak semasa. . Kini pembelian didalam talian sangat berkesan dimana orang ramai lebih masa dirumah akibat daripada kawalan pergerakan yang dilancarkan oleh pihak kerajaan bagi membendung wabak covid-19 ini. Pada masa ini juga merupakan masa terbaik untuk melakukan online marketing dan perniagaan secara dalam talian.
Untuk pengetahuan semua, 777 usahawan PKS yang dilahirkan tahun ini yang terdiri daripada Program Mentoring Spire dengan 466 usahawan dan Titanium dengan 311 usahawan menyaksikan peningkatan keseluruhan nilai jualan sekitar 10 peratus berbanding tahun lalu. Daripada RM2 bilion nilai jualan keseluruhan itu, Spire mencatatkan jualan sebanyak RM211 juta iaitu kenaikan 17.5 peratus pada tahun 2020 berbanding RM155 juta pada tahun 2019. Bagi Titanium pula mencatatkan kenaikan 9 peratus iaitu RM1.8 bilion jualan tahun ini berbanding RM1.5 bilion pada tahun 2019.
Mentoring Spire selama 12 bulan ini merupakan program bimbingan usahawan untuk membantu mencapai jualan perniagaan sehingga RM1 juta dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun.Apatah lagi, setakat hari ini saja seramai 207 usahawan yang menyertai Spire telah pun mencapai RM1 juta pertama mereka. Bagi Program Mentoring Titanium, ia juga selama 12 bulan yang mana mereka bukan saja mendapat ilmu dan bimbingan daripada Mentor, DatukWira Dr. Azizan Osman malah mendapatkan kepastian dalam membuat keputusan.
WHAT is NEXT??
Nak Kuasai Marketing 2021?
Berapa banyak Zero ‘0’ yang nak di-GANDAKAN?
Ingat lagi sales pernah RM0?
Ingat lagi sales bila capai RM100 yang pertama?
Ingat lagi perasaan capai sales RM1,000 yang pertama?
Dah lupa perasaan capai RM10,000 yang pertama?
Dah pernah capai RM100,000 pertama dan pernah jatuh?
Dah capai RM 1 juta yang pertama?
Berita baik buat semua, dimana RichWorks akan menganjurkan Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing yang akan berlangsung selama 3 hari untuk membantu usahawan atau bakal usahawan step-up diri dengan strategi pemasaran dalam bisnes mereka untuk pembuka tahun 2021 yang luar biasa.
Tarikh : 25 - 27 Disember 2020 (Jumaat - Ahad)
Masa : 9:00 pagi – 6:00 petang
Tempat : Aplikasi Zoom Webinar
Selama 12 tahun RichWorks beroperasi, mereka telah membantu lebih 1,100,000 (1.1 juta) usahawan untuk ubah hidup dan bisnes mereka dengan lebih baik. Perjuangan selama 12 tahun dalam melatih dan membimbing PKS terbukti dalam membina usahawan daripada Zero to Million!
RichWorks percaya peluang sentiasa ada untuk usahawan atau bakal usahawan di Malaysia untuk bangkit berniaga dan step-up untuk tahun 2021 dengan menggunakan teknik pemasaran yang betul dan seterusnya dapat lonjakan jualan dan bisnes mereka berkali-kali ganda.Dengan ini, RichWorks International bersama Pengasas Datuk Wira Dr. Azizan Osman ingin bantu mereka yang bergelar usahawan atau bakal usahawan yang komited untuk Formula Gandakan Sales serta pendapatan mereka bermula dari ZERO sebab misi mereka adalah melahirkan lebih ramai Usahawan Jutawan bermula dari Zero ke Million untuk tahun 2021.
Sejak COVID-19 melanda, RichWorks sebagai syarikat peneraju dalam syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan terbesar di Malaysia telah membantu lebih 400,000 ribu usahawan dengan penganjuran program keusahawanan secara virtual online dan percuma. Inisiatif ini untuk bantu mereka yang terkesan dengan krisis pandemik seperti COVID-19 serta sepanjang Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia tahun ini. Mereka telah bantu ramai usahawan untuk mula berniaga dan usahawan-usahawan yang terkesan untuk selamatkan perniagaan mereka.
Peluang terakhir sebelum tahun 2021.
RichWorks nak taja 3,000 pendaftaran terawal 100% adalah PERCUMA!
Jom korang daftar dan rebut peluang ini sekarang! Banyak ilmu perniagaan yang korang boleh manfaatkan nanti!
Ilmu yang penuh manfaat harus kita isi untuk lebih memantapkan strategi dan kaedah kita melangkah kejayaan. InsyaAllah... Satu program yg baik untuk kita turut serta.. LeYa pun dah join and nak join lagi. Jom kawan-kawan...
2 comments:
Ilmu yang penuh manfaat harus kita isi untuk lebih memantapkan strategi dan kaedah kita melangkah kejayaan. InsyaAllah... Satu program yg baik untuk kita turut serta.. LeYa pun dah join and nak join lagi. Jom kawan-kawan...
Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators
Post a Comment