Monday, January 11, 2021

Dewan Perdana Felda Penuhi Impian Raja Sehari Dengan Konsep Perkahwinan Ala Moden Dan Kontemporari

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.....

Majlis resepsi perkahwinan adalah satu majlis terpenting buat raja sehari yang inginkan meraikan hari bahagia bersama pasangan tak lupa juga keluarga dan sahabat handai. Faries sendiri mengimpikan majlis perkahwinan impian yang boleh mengembirakan semua orang. Baru-baru ini, Faries menghadiri satu majlis perkahwinan Fahmi dan Izzati yang diadakan di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur. Daripada luar dah nampak tersergam indah dewan ini dan betapa beruntungnya pasangan mempelai mimilih dewan ini bagi meraikan hari istimewa mereka.

Dewan Perdana Felda (Dsaji)

Dewan Perdana Felda dibawah kelolaan Felda Dsaji merupakan sebuah dewan yang berkapasiti penuh untuk 2000 orang tetamu dalam satu masa dan dihadkan kepada 700 orang bagi mematuhi SOP penyakit berjangkit Covid 19 yang melanda dunia saat ini. Dewan ini berbentuk bujur dan agak menarik kalau korang dapat lihat kemasan dalaman yang serba moden dan mewah.

Dewan Perdana Felda (Dsaji)

Selesai melangkah kedalam dewan ini, Faries dialunkan dengan iringan muzik daripada violin daripada seorang gadis. Mendayu-dayu je aluan violin ni. Ni baru je di pintu hadapan, didalam dewan perdana felda ini ada banyak lagi benda menarik yang korang kena tahu taw.... Antaranya....

Konsep Dekorasi Yang Menarik

Dewan Perdana Felda (Dsaji)

Dekorasi didalam dewan serba gah ini tak boleh dinafikan lagi. Memang cantik dan moden. Untuk pengetahuan korang. dekorasi pelamin digubah mengikut permintaan pelanggan dan pelamin yang ditujukkan diatas di olah mengikut tema flora atas permintaan pasangan pengantin. Selain daripada itu, dekorasi meja makan juga nampak kemas dan teratur. Faries sangat suka dengan sususan dan pilihan warna yang digunakan sebagai alas meja dan kerusi.

Dewan Perdana Felda (Dsaji)

Dewan Perdana Felda (Dsaji)


Kepelbagaian Menu daripada Felda Dsaji

Kalau korang pernah rasa makanan daripada Dsaji mesti korang dah sedia maklum akan kesedapan dan kualiti makanan daripada Dsaji. Faries dah pernah rasa beberapa kali makanan daripada Dsaji dan memang tidak pernah mengecewakan. Antara menu yang ditawarkan pada majlis tersebut ialah ayam masak merah, udang goreng, daging masak hitam, daging salai masak lemak cili api dan banyak lagi. Paling best Dsaji turut menawarkan beberapa hidangan menarik seperti Apam Johol yang sangat popular di Negeri Sembilan. Memang Sedap taw...

Dewan Perdana Felda (Dsaji)

Dewan Perdana Felda (Dsaji)

Selain itu, Dsaji juga menawarkan Aiskrim tapai dengan beberapa pilihan perisa seperti Strawberry, Keladi, Vanilla dan Mangga. Korang pernah rasa tapai? Sedap jugak 2 kombonasi ni. Didalam dewan ini juga disediakan beberapa booth makanan seperti Kambing Golek, Kuew teow goreng, apam balik dan juda cendol. Semuanya sedap taw....

Dewan Perdana Felda (Dsaji)

Dewan Perdana Felda (Dsaji)

Dewan Perdana Felda (Dsaji)

Kemudahan Fasiliti Terbaik

Kemudahan yang disedikan disini juga memang terbaik. Tandas yang bersih dan cantik dengan dekorasi. Selain itu, kemudahan ruangan solat yang luas sesuai untuk para pengunjung menunaikan solat.

Dewan Perdana Felda (Dsaji)

Dewan Perdana Felda (Dsaji)

PA Sistem serta Skrin LED

PA sistem turut disediakan disini. Korang tak perlu risau tentang masalah audio.Skrin LED juga disediakan 2 disebelah kanan dan juga kiri pentas untuk semua pengunjung. Benda yang paling suka dekat dewan ini ialah sistem pengcahayaan yang digunakan di dewan ini. Cantik kot. Tengok atas siling atas bintang2 kecil. Bukan itu sahaja, meja makan pengantin turut disediakakan diatas skrin LED.

Dewan Perdana Felda (Dsaji)

Dewan Perdana Felda (Dsaji)

Dewan Perdana Felda (Dsaji)

Dewan Perdana Felda (Dsaji)

Ruangan Parkir Yang Luas

Selain menitik beratkan soal dewan, parking juga merupakan benda penting yang perlu korang ambil kira supaya memudahkan para tetamu yang hadir kemasjlis perkahwinan nanti. Untuk pengetahuan kroang, ruangan parkir di Dewan Perdana Felda ini sangat luas. Parking bawah tanah turut disedikan dan juga parking valet untuk para tetamu VIP ataupun VVIP.

Dewan Perdana Felda (Dsaji)

Dewan Perdana Felda (Dsaji)

Ruangan Khas VVIP dan Bilik Pengantin

Untuk pasangan pengantin disediakan bilik persedian sebelum kepelamin. Pasangan pengantin boleh bermekap dan bersiap diruang bilik yang disediakan. Selain itu, tempat menunggu VVIP turut disediakan. Memang cantik dan mewah weyhhh....

Dewan Perdana Felda (Dsaji)

Dewan Perdan Felda (Dsaji)

Mengikuti SOP Covid 19**

Semenjak pandemic Covid 19 melanda dunia, langkah penjagaan harus dititik beratkan bagi mengelakkan pertambahan kes covid. Korang jangan risau, disini amat menitik beratkan SOP yang disarankan oleh pihak berkuasa. Notis peringatan penjagaan jarak, tempat pendaftaran senarai tetamu dan QR Scan Mysejahtera, Hand Sanitizer, topeng muka telah disedikan disini.

Dewan Perdana Felda (Dsaji)

Dewan Perdana Felda (Dsaji)

Dewan Perdana Felda (Dsaji)

Dsaji juga memberikan set penjagaan kebersihan yang terdiri daripada hand sanitizer, topeng muka, tisu basah antibakteria dan sarung tangan di atas meja. Setiap tetamu akan dibekal satu sorang set penjagaan kebersihan ini. Sarung tangan turut disediakan setiap orang diatas meja untuk mengambil makanan. Rasa lega dan puas hati dengan SOP yang diamalkan di sini.

Dewan Perdana Felda (Dsaji)

Dewan Perdana Felda (Dsaji)

Untuk maklumat lanjut boleh layari terus ke:

https://www.facebook.com/dewanperdanafelda/

Tel- 03-2698 8302

Dewan Perdana Felda
Jalan Maktab, Kampung Datuk Keramat, 
54000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No comments: