Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Siapa dekat sini memang suka makan makanan western terutamanya steak? Angkat tangan. Kita geng! Faries memang suka sangat makan steak dan tapi tulah semua tahu steak kan agak mahal dan nak dapat yang betul2 memenuhi kriteria kita tu agak susah. Nak cerita sebenarnya Faries dah jumpa sebuah cafe yang menjual pelbagai pilihan steak yang sangatt sedap dan memenuhi citarasa iaitu Foodies Gourmet & Cafe yang terletak di Bandar Kinrara Puchong, Selangor.
Foodies Gourmet & Cafe sebuah kedai ala-ala mini market dimana di dalamnya kita akan lihat pelbagai produk seperti daging, ramuan, sos, rempah, peralatan dapur seperti pisau pemotong kemudian di dalamnya lagi ada sebuah kafe yang menyediakan makanan daripada bahan yang mereka tawarkan. Disini terdapat pebagai barangan yang korang boleh dapatkan antara daging lembu yang diimport khas daripada Australia iaitu
jenis daging wagyu, tomahawk, tulang rusuk op, lamb racks, lamb leg, lamb shoulder chops, daging ayam perap, sosej Jerman yang diimport, sosej premium, bahan makanan dan ramuan yang diimport, minyak truffle, dan banyak lagi. Daging yang diimport merupakan daging halal taw.
CAFE 🏪
Seperti sedia maklum, Foodies Gourmet mempunyai sebuah cafe yang menawarkan pelbagai pilihan makanan berkonsepkan barat (western) yang disediakan oleh chef-chef berpengalaman disini. Pilihan daging merupakan pilihan daging import dari Australia. Apa menu yang ditawarkan? Dekat sini ditawarkan steak dan semestinya daripada daging, kalau tak makan daging lembu daging kambing pun ditawarkan disini. Terdapat juga steak ayam, spaghetti, mee udon, pie, brownies dan pelbgai lagi. Bagi pilihan minum juga terdapat coffee and pilihan jus.
Disini juga, sediakan gabungan menu daripada Japan dan juga korea.Jadi kalau korang nak order steak Gochujang ke teriyaki ke memang ada disediakan dan sedap sangat. Memang one of my fav! Almaklumlah peminat korean kan. Bagi pilihan pencuci mulut pun memang best dan pelbagai.Korang tengoklah pilihan menu-menu dibawah. Jangan kering gusi taw sebab tu korang kena pergi dan rasa sendiri.
|
Oven roasted 180g Aust Beef Striploin Steak served with Gourmet Sauce and side of the day |
|
Spicy Gochujang Lamb |
|
Boss's favourite Beef Goulash with Baguette |
|
Garlic Teriyaki Chicken Leg with Japanese Salad and Potato Cakes |
|
Spicy Oven Baked Chicken Leg with Caramelised Vege and Potato Wedges
|
|
Spiced DF Hake Fish with Savoury Potato Wedges and Homemade Tartar Sauce |
Memandangkan korang dah terliur tengok menu-menu yang ditawarkan. Faries nak cerita bab harga dan keseluruhan dari aspek lokasi, kebersihan dan tahap kepuasan. Dari segi harga memang berbaloi dengan saiz hidangan dan rasa makanan yang ditawarkan. Dari segi kebersihan memang bersih dan kedai agak selesa dan tidak jauh dari kawasan bandar. Korang wajib datang sini taw....
Nak tahu lebih lanjut mengenai Foodie Gourmet boleh layari terus
Untuk tempahan : 012-2135277
No.29, Jalan BK5A/3A, Bandar Kinrara 5,
47180 Puchong, Selangor
Waktu beroperasi: 10 pagi hingga 10 malam
No comments:
Post a Comment